Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS, secara sedar atau pun tidak.
Pincang lah akan rumahtangga itu jika adanya suami dayus dan isteri yang nusyuz. Suami sebagai ketua keluarga untuk mengemudi bahtera rumahtangga perlu tahu hukum dan akibat menjadi dayus.
Penjelasan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Allah Laknat Lelaki Dayus
Ulama Islam juga bersetuju untuk kategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar:
Maksudnya: Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Bila Masanya Suami Jadi Dayus?
Rela aurat isteri dan anak perempuan dilihat lelaki lain:
Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. Sebagai contoh; tidak menegur atau ambil peduli saat mengetahui aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa juga kenderaan sepanjang yang menyebabkan auratnya terlihat.
Ads
Tak kisah isteri balik lambat dari tempat kerja:
Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantarnya pulang ke rumah. Rasa okay apabila membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Tidak peduli aktiviti anak perempuan:
Tidak melarang saat anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya, selain membiarkan anak perempuannya berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ dan memahami.
Bangga dengan isteri bergaya seksi:
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
Membutakan mata:
Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
Ads
Tiada rasa cemburu:
Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
Banyak lagi situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini. Yang penting, dayus ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus ke atas dirinya.
Audit dirimu wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Kepada para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T. Sayangi dan jagalah diri dan keluargamu dari api neraka.
Ingat lah para lelaki, suami dan ayah, pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” (Riwayat Ahmad)
Ads
Moga kita semua terhindar dari menjadi lelaki DAYUS ini.
Senarai Lokasi Kamera AES Terkini di Malaysia 2018
Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES) adalah sistem penguatkuasaan keselamatan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa dan secara automatik. AES ini akan mengesan dan merakam kesalahan trafik anda yang dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem AES ini dijalankan bertujuan bagi mengurangkan kesalahan trafik dan kadar kemalangan jalan raya.
Berikut dikongsikan senarai lokasi kamera AES di seluruh Malaysia:
A) Had Laju
1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River
(Arah Utara)
2. KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan
(Arah ke Bagan Datoh)
3. KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke
Selatan)
4. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah
ke Selatan)
5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah
ke Selatan)6. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
7. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang
ke PICC)
8. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC ke
Kajang)
9. KM D7.9 Sungai Besi, Kuala Lumpur
(Arah ke Selatan)
10. KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang
(Arah ke Utara)
B) Lampu Isyarat
1. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar
(Persimpangan Kg. Kerdeh)
2. Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan
Jalan Temenggung, Jalan King)
3. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan
Jalan Perhentian, Sentul)
4. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
(Persimpangan Jalan Sepadu)
C. Lokasi Baru Bagi Had Laju
1. KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh
2. KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar
3. KM 17 Gua Musang – Kuala Krai
4. KM 96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda
5. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
6. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
7. KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh
Info:
*Senarai lokasi kamera AES baharu akan dikemaskini dari masa ke semasa
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kejadian itu berlaku di sebuah gedung elektronik di China dan berjaya dirakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang berdekatan. Kalau korang nak beli telefon pintar jangan berini buat hal macam lelaki ini.
Seorang lelaki yang nekad menggigit bateri telefon pintar jenama iPhone hanya untuk mengesahkan ketulenan aksesori peranti berkenaan. Pada mulanya dia dilihat sedang berdiri di kabinet kaca kiosk jualan sebelum secara tiba-tiba memasukkan bateri tersebut ke dalam mulut, lalu menggigitnya.
Tonton Video Bateri Telefon Meletup Selepas Digigit
Menurut Taiwan News, lelaki berkenaan mahu menukar bateri telefon pintar iPhone miliknya yang sudah rosak kemudian bertindak sedemikian, sebelum letupan kecil sepantas kilat berlaku tanpa diduga namun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pihak berkuasa masih lagi menyiasat sama ada letupan itu adalah disebabkan bateri yang dijual tersebut sememangnya palsu mahupun ia terjadi kerana tindak balas gigitan yang dilakukan lelaki tersebut.
Sumber: Apple
Beberapa bulan sudah, syarikat Apple di Korea Selatan terpalit dengan isu yang melibatkan pengeluaran iPhone tidak berkualiti apabila kebanyakan pengguna mengadu sistem operasi dalam telefon pintar jenama itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan bateri. Sejurus itu, syarikat gergasi peranti berkenaan menawarkan penukaran bateri pada harga rendah sekitar RM115 iaitu jauh lebih murah daripada servis penukaran biasa.
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak tampak kacak di hari raya? Yelah time rasaya la kita berjumpa kembali dengan sanak saudara dan rakan taulan tapi tak perlu la sampai kering poket atau memecahkan tabung semata-mata mahu jadi kacak bergaya. Nah ikut je 5 rutin penjagaan wajah mudah ni!
1. Bersihkan muka
Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.
2. Sental
Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.
3. Melembab
Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikkan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikkan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?
4. Jerawat jangan dipicit
Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau. (Foto:
5. Rapi
Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim atau dirapi kemas dan disisir jika perlu. Macam ini barulah ‘hensem’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.