Tempat kerja ibarat rumah kedua bagi kebanyakan kita. Selain melaksanakan rutin harian menyiapkan tugasan, pelbagai perkara boleh dilakukan. Sebagai contoh, pejabat juga menjadi kawasan biasa bagi sesetengah pekerja melakukan perkara yang melekakan. Maka ini boleh menyebabkan produktiviti dan prestasi menurun. Berdasarkan kaji selidik terhadap pengurus besar yang dilakukan oleh CareerBuilder, ada 7 perkara yang boleh melekakan para pekerja ketika waktu bertugas.
1- TELEFON BIMBIT
Akuilah, penggunaan telefon bimbit semasa bertugas di pejabat merupakan antara ancaman terbesar tanpa disedari para pekerja. Mungkin sudah terbiasa telefon bimbit tidak dapat dipisahkan dari tangan, lalu rutin ini terbawa-bawa hingga masuk ke tempat kerja. Tambahan pula, dengan lambakan media sosial membuatkan minda anda lebih terarah menyemak inbox, berbalas pesanan, muat turun gambar dan melayari video. Teknologi kian maju, namun tetap ada kekurangannya, bukan?.
2- GOSIP
Mempunyai rakan sekepala di tempat kerja juga ada baik buruknya. Baiknya, kehidupan di tempat kerja anda akan lebih ceria. Buruknya jika anda dan yang lain didapati sering mengumpat serta bergosip bila saja ada masa terluang. Malah lebih teruk jika gosip dan perbualan itu diheret hingga ke beberapa jam lamanya. Banyak masa akan dibuang begitu saja padahal tugasan di meja sendiri dibiarkan menimbun.
3- INTERNET
Bagi mereka yang bertugas di pejabat setiap masa, pasti akan diberikan komputer peribadi dengan amanah untuk digunakan bagi menyiapkan tugasan. Tetapi malangnya tidak setiap masa komputer itu digunakan untuk perihal kerjaya saja. Kebanyakan masa diambil untuk melayari Internet tanpa henti seperti Youtube, Facebook dan lain-lain. Ini sudah pasti akan menyebabkan kerja tertangguh tanpa disedari.
Ads
4- MEROKOK
Ini rutin melekakan sering diamalkan terutama sekali bagi para lelaki di luar sana. Kononnya untuk meredakan stres, mengambil rehat seketika sambil menyedut rokok di kawasan tertentu hanyalah akan membuang masa. Tambahan pula jika ada rakan yang menemani. Perbuatan ini akan diheret ke ‘masa tambahan’ jika banyak perkara dibincangkan sambil menghembus asap rokok. Sudahlah ia aktiviti yang tidak sihat, malah akan turut mengotorkan persekitaran.
5- MESYUARAT
Ya, mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berbangkit sememangnya digalakkan, tetapi mesyuarat yang tidak perlu di samping terlalu lama hingga ada kalanya mengambil masa setengah hari hanya akan membuang masa anda dan yang lain. Lebih buruk jika mesyuarat itu hanya diisi dengan bualan kosong, di samping kehadiran makanan dan minuman yang dipesan sehingga menyebabkan pembaziran.
Ads
6- MENYINGGAH
Ini antara rutin yang pasti diamalkan setiap daripada kita. Kala bosan duduk di meja sendiri setelah beberapa ketika, pinggul anda mulai panas dan mulalah anda bertindak untuk menyinggahi ke meja-meja rakan sekerja. Anda datang dan mulakan bicara, mengganggu rakan dan ada kalanya juga duduk bersembang berjam lamanya. Elakkan sama sekali.
7- PANTRI
Pantri menjadi salah satu ruang di tempat kerja yang penting buat pekerja untuk mengambil masa seketika rehat sambil meneguk minuman bagi melegakan tekanan. Tetapi akibat keadaan pantri yang selesa dan tertutup, anda akan kerap kali ke pantri beberapa kali dalam sehari hanya untuk minum dan berehat, tanpa disedari masa berlalu pantas.
Ads
5 PERKARA MELEKAKAN PALING POPULAR
1- Kakitangan yang sering mengambil gambar di pejabat mahupun di dalam bilik air (selfie)
2- Kakitangan yang sering tidur di bawah meja bila ada masa terluang
3- Kakitangan banyak menghabiskan masa melayari YouTube.
4- Kakitangan yang sibuk melakukan kerja luar di dalam pejabat, seperti perniagaan sendiri dan lain-lain.
5- Kakitangan yang sering ke kafe berulang kali untuk makan dan melepak.
6- Kakitangan yang mengaku ke surau untuk bersembahyang, padahal ke sana hanya untuk melelapkan diri seketika, mahupun untuk keluar seketika dari pejabat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ubat-ubat penahan sakit di pasaran seperti ponstan, voltaren, indocid, mobic, celebrex, arcoxia TIDAK boleh diambil sewenang-wenangnya oleh golongan yang mempunyai perkara-perkara di bawah:
1. Penyakit gastrik, ulcer atau luka di dalam perut serta usus
2. Penyakit buah pinggang atau hati(liver)
3. Penyakit darah tinggi yang tidak terkawal
4. Sejarah alergik kepada salah satu ubat penahan sakit di atas
5. Sejarah penyakit jantung, stroke
6. Sedang mengalami pendarahan di dalam badan atau darah ‘terlampau cair’
7. Sedang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin
8. Sedang mengandung terutamanya selepas 30 minggu kandungan
Elak membeli sendiri ubat-ubat kecuali dibenarkan oleh doktor.
Ubat tahan sakit seperti dinyatakan adalah dari golongan NSAIDs ( non steroidal anti inflammatory drugs). Risiko pain killer jenis ini adalah pendarahan bahagian gastrrointestinal ( perut dan usus) yang teruk dan boleh membawa kepada kematian. NSAIDs merangsang acid perut dan dalam masa yang sama mengurangkan mucus normal yang melindungi lapisan perut. Ubat ini adalah sangat tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai gastritis dan ulcer.
Penggunaan secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang serius , dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terutama bagi golongan yang berumur lebih 60 tahun, pesakit darah tinggi, pesakit jantung, yang mempunyai masalah buah pinggang. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit ?
Bagi penyakit kronik seperti arthitis atau sakit sendi yang kebanyakannya dialami oleh golongan tua, mungkin saya boleh mencadangkan penggunaan glucosamine dan condroitin iaitu sejenis supplement, selain mengelakkan dari kehausan sendi yang lebih serius, ia juga boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan.
Bagi mereka yang mungkin mengalami sakit gigi / radang boleh menggunakan larutan antiseptik mulut untuk berkumur dan mendapatkan antibiotik jika gigi telah dijangkiti bakteria.
Bagi kaum wanita yang mengalami masalah period pain setiap kali datang haid ,mungkin boleh mengurangkan sakit menggunakan gel / cecair yang hangat ( hot compression ). Namun jika sakit ini berterusan untuk jangka masa yang lama. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.
Sakit kepala? Fahami sebab dan kenal pasti dahulu puncanya. Jika migraine anda perlu mengelakkan daripada mengambil makanan / minuman yang menyebabkan atau triggef migraine. Mungkin pengambilan ginkgo biloba boleh diamalkan kerana baik untuk pelancaran darah ke otak.
SUMBER : FACEBOOK DR HILMU ABDULLAH
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lee Min Ho dinobatkan aktor Korea paling popular selama 12 tahun berturut-turut. Sejak kemunculannya sebagai Goo Jun Pyo dalam drama bersiri Boys Over Flowers pada tahun 2009, nama Lee Min Ho semakin melonjak naik bukan sahaja di Korea Selatan, malah turut dikenali di peringkat antarabangsa.
Lee Min Ho Dinobatkan Aktor Korea Paling Popular Selama 12 Tahun Berturut-turut
Kini, bintang utama dalam drama terbaru When the Stars Gossip (2025) ini terus mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang aktor Korea yang paling digemari masyarakat dunia.
Terbaharu, Lee Min Ho sekali lagi dinobatkan sebagai aktor Korea paling popular. Satu pencapaian cemerlang yang telah dikecapinya selama 12 tahun berturut-turut.
Menurut laporan dari Sportskeeda, pengiktirafan ini berdasarkan hasil tinjauan 2025 Global Hallyu Survey yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea.
Tinjauan tersebut menilai tahap penglibatan global terhadap kandungan budaya Korea. Ia dijalankan antara 29 November hingga 27 Disember 2024 dan melibatkan seramai 26,400 responden dari 28 buah negara. Keputusan rasmi telah diumumkan pada 7 April 2025.
Lee Min Ho berjaya meraih tempat pertama dengan 7.0% jumlah undian, sekali gus menarik perhatian peminat dari seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, hingga ke Timur Tengah. Ini membuktikan daya tarikan global yang dimilikinya masih kukuh dan relevan.
Antara selebriti Korea lain yang turut tersenarai ialah Gong Yoo dan Song Hye Kyo, yang masing-masing menerima 2.4% undian daripada para responden.
Buat para peminat Lee Min Ho, anda kini boleh menyaksikan projek lakonan terbarunya When the Stars Gossip (2025) di platform penstriman Netflix. Jangan lupa nantikan karya-karya lain beliau yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia!
Minuman detoks memang cukup bagus untuk membuang segala toksin dalam badan, tapi tahukah anda, detoks tidak boleh diambil kerap kali terutama detoks lemon. Pengambilan detoks setiap hari atau berulang kali akan menyebabkan anda terima kesan yang buruk untuk kesihatan. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku, kurangkan pengambilan detoks lemon ini.
1.Gigi terhakis
Lemon buah yang berasid. Jika diambil kerap kali, acid lemon akan menghakis enamel gigi dan membuatkan gigi sangat sensitif dan mudah ngilu pada makanan sejuk dan panas.
2. Pedih ulu hati
Ditambah dengan rasa masam dan diambil setiap hari akan menyebabkan pedih ulu hati. Selain itu, anda akan mengalami sakit perut dan pedih.
3. Kerap buang air dan dehidrasi
Air lemon mempunyai vitamin C yang tinggi. Pengeluaran air kencing meningkat disebabkan nutrien ini terkenal dengan sifat diuretic yang membuatkan anda kerap membuang air kecil.
Dehidrasi akan berlaku apabila mulut anda mula kering, kulit kering dan sakit kepala, jadi kurangkan pengambilan air lemon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.