Bercakap tentang minuman berkarbonat atau lebih mesra dengan panggilan ‘air gas’ di kalangan pengguna tempatan, ia bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian kita.
Malah ke mana-mana kita pergi pasti tidak akan bebas dengan minuman berkarbonat yang dijual di restoran makanan segera, restoran biasa, hotel mewah, stesen minyak mahupun kedai runcit sebelah rumah saja.
Minuman berkarbonat sudah menjadi budaya pemakanan yang sebati dengan kehidupan seharian kita. Cuma ia bergantung kepada kita sahaja untuk mengawal pengambilan air yang banyak memberikan mudarat kepada kesihatan.
Perkara paling utama tentang minuman berkarbonat pastinya kandungan gula yang terlampau tinggi. Bila kita bercakap tentang makanan atau minuman mengandungi gula yang tinggi ia secara langsung dikaitkan dengan pelbagai penyakit.
Ads
Tapi tahukah anda apa yang berlaku dalam badan selepas meminum minuman berkarbonat ini?
1. SELEPAS 10 MINIT
Anda baru sahaja lepas makan atau mungkin anda ingin hilangkan dahaga. Lalu air gas menjadi pilihan untuk penuhi hasrat itu. Untuk 10 minit pertama kira-kira 10 sudu kecil gula masuk sistem badan. Ini adalah jumlah melebihi 100% dari yang disyorkan.
2. SELEPAS 20 MINIT
Kandungan gula dalam darah meningkat mendadak lalu menyebabkan pemecahan insulin. Hati akan menghantar isyarat terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak. Bagi haiwan, atau tikus makmal, fruktos sampai ke hati dalam kuantiti yang mencukupi dengan kelajuan yang mencukupi, dan hati akan menukarkannya kepada lemak.
Ads
Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah.
3. SELEPAS 40 MINIT
Kira-kira 40 minit selepas anda mengambilnya penyerapan kafein sudah tamat. Anak mata anda menjadi besar dan tekanan darah meningkat sebagai respon kepada hati yang merembeskan kadar gula yang banyak ke saluran darah.
Ads
Reseptor adenosin dalam otak pula disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk. Lima minit selepas tempoh ini badan akan rangsang rasa seronok kerana dopamin telah dihasilkan.
4. SELEPAS SEJAM
Jadi apa yang berlaku selepas sejam anda meminumnya? Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. Perkara ini akan lebih buruk dengan kandungan gula yang tinggi.
Kandungan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium. Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda.
Apabila rasa seronok dan “rush” dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil “sugar crash”. Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam minuman berkarbonat itu tadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin anda sendiri mungkin sudah lali dengan pelbagai kempen anti merokok yang telah tersebar sejak sekian lama di pelbagai medium media sama ada bercetak, elektronik atau kempen jalanan.
Tapi percayalah kempen ini tidak akan terhenti selagi kadar kematian akibat penyakit daripada kesan merokok dapat dikurangkan.
Mungkin anda sendiri pun terutama perokok sudah tahu bahawa separuh daripada perokok di seluruh dunia membunuh mereka. Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sebanyak 22.8% atau 4.99 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
Ia merupakan satu jumlah yang sangat besar dan cukup merisaukan. Penyakit kronik berkaitan rokok seperti penyakit kardiovaskular dan kaser merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kematian di Malaysia.
Selain kesan jangka masa panjang yang mengancam nyawa, rokok juga memberikan kesan jangka masa pendek. Apakah kesan jangka pendek yang mudah sering diremehkan oleh perokok?
Jom kita lihat di bawah.
HIDUNG
Sedikit demi sedikit mengurangkan deria bau. Disebabkan itu juga kalau diperhatikan ramai orang yang berhenti merokok akan mula mendapat selera makan kembali.
KULIT
Merokok juga dapat memberikan kesan terhadap kulit. Ia mengurangkan suhu badan dan kulit muka akan menjadi cepat berkedut.
MATA
Mengakibatkan mata berair dan radang mata yang boleh menggangu daya penglihatan.
Rokok yang disedut dan dihembu mengeluarkan asap mengandungi gas beracun. Aantaranya ialah pembebasan gas karbon monoksida. Ia menyebabkan oksigen kurang disalurkan ke otak lantas tidak dapat berfungsi baik dengan sepenuhnya.
TELINGA
Merokok juga boleh mengurangkan kadar pengaliran darah dan boleh menyebabkan pekak.
MULUT
Antara bahagian yang paling terdedah dengan kesan ketara ialah mulut. Pertama gigi akan menjadi kuning dan mudah reput. Selain itu ia boleh ‘membunuh’ deria rasa dan menjadikan mulut berasa tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak. Perokok juga sering terdedah dengan masalah nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
PARU-PARU
Paru-paru merupakan organ yang sering dikaitkan dengan rokok. Untuk kesan jagka masa pendek perokok mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga stamina mereka untuk bersukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kalau nak berat turun penting untuk anda ambil makanan diet. Ya, bukan mudah nak maintain kurus selepas berdiet. Jadi untuk anda kekal kurus, guna makanan diet yang betul.
Ingat! Jika diet tak jaga, tak mustahil berat badan anda boleh naik semula. Jangan kerana tak amalkan pengambilan makanan diet, berat yang turun sejak anda diet berbulan-bulan lamanya kembali ke berat asal.
Bagi yang nak berdiet ataupun mengekalkan berat badan, pastikan anda guna 27 makanan diet yang dikongsikan Aimi Nawi menerusi laman Facebooknya.
Dengan panduan makanan diet ini, anda masih mampu makan makanan yang sedap, mengenyangkan dan sihat. Hanya perlu mengubah sedikit pengambilan makanan kepada makanan diet ini untuk anda mendapatkan berat badan yang diidamkan.
Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat.
Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.
Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti.
Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat.
8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.
Kalau tak nak, pesanan penaja dont do diet but change your way of eating☺️
1. BISKUT
Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful lah naa?
2. KOPI
Siapa suka minum Coffee tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu.
Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan?
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari tu.
3. MINYAK MASAK
Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah.
Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.
SEBAIKNYA guna yang belah kiri which is minyak sawit olein tu.
Tapi jenis minyak ni tak significant sebab yang penting control KUANTITI penggunaan.
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng.
My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit Gambar di atas sebagai contoh, bukan nak promote mana-mana brand.
4. MAYONES
Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa.
Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat
Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon.
Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting KUANTITI. Mayo hadkan 1 tsp per serving.
Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.
5. SOS
Ni antara sos yang selalu guna dalam meal #dapursihat
Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni.
Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet.
So sos boleh guna yang penting kawal KUANTITI.
Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus.
6. BERAS
Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni.
Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit.
Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.
Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih.
Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.
7. JEM
Jem biasa dekat kedai tu semua tinggi gula. Yang guna High Fructose Corn Syrup atau Dextrose pun banyak. Tak nak tau.
Nak jem beli yang brand St.Dalfour ni. NO sugar added. Natural sweeteness dari buah je.
Mahal sikit. Tapi sihat dan kalori pun rendah.
Ni satu lagi jam brand Steffi. Walaupun tulis no sugar added tapi tengok ingredient ada guna maltitol syrup which is sejenis gula alkohol.
Walaupun alkohol tapi dia bukan alkohol yang memabukkan tu.
Gula alcohol ni bersifat low GI cuma dalam steffi ni guna maltitol yang GI dia tinggi sikit dari gula alkohol lain tapi still low GI.
Cuma as warned dekat botol tu kalau consume banyak sangat boleh ada laxative effect (cirit). Ada orang akan bloating, badan berangin etc.
8. GARAM
Ni garam bukit warna pink tu. Benefit nya, ada sedikit mineral lain. Tapi bab garam ni pun sama. Jenis tak lah main peranan sangat sebab yang penting KUANTITI. Jadi guna sesikit yang boleh.
9. WRAP
Ahkak dinner suka makan wrap. Cepat. Sebab malas nak masak?
Wrap digalakkan guna yang Wholegrain atau 6 Grains. GI lagi rendah, so kenyang lama.
Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 tu sebab banyak gula dalam tu.
Nak bihun the best cari yang bihun dari beras perang yang rendah GI macam ni.
Bihun biasa yang putih tu GI tinggi. So kita makan sikit tapi kurang kenyang. Cuma kalau nak jugak boleh tapi mesti follow rule PingganSihat. Mesti ada protein dan a lot of veggies. Baru boleh rendahkan GI hidangan tu. Baru kenyang lama.
14. MEE
Diet nak makan mee? Boleh. Nah guna Vit’s Ramen Mi Kuning ni. Lagi menyenyangkan dari mee kuning biasa. Dan low fat.
15. SOS CILI
Nandos ni sebab sos dia agak sihat dan rendah kalori. Tapi personallly saya tak minat pun. Kalau makan sandwich or wrap sama ada guna #chilijam by #dapursihat or guna je sos cili life tu tapi hadkan 1/2 tbsp. Sebab sos cili manis, tinggi gula.
16. PITA
Jemu makan sandwich. Jemu makan wrap. Boleh try buat menu pita pulak. My choice pita wholemeal. Kenyang lama.
17. BAKED BEANS
Beans & lentils bagus tau untuk orang diet. Buat baked beans makan dengan 2 keping roti dan 1 bj telur separuh masak so yummmy?
Guna yang tuna in water tak kisah brand apa pun. Tak nak yang in oil or mayo ke apa.
19. YOGURT
My favorite plain Fresh Yogurt brand Sunglo. Atau boleh juga plain Greek Yogurt. Letak fresh fruit, letak #homemadepeanutbutter by #dapursihat pun dah sedap.
Beza fresh yogurt dengan greek yogurt ni fresh yogurt lagi rendah protein dari greek yogurt. Tapi kurang masam.
20. CHEESE
My choice Bega Super Slim sebab lagi rendah kalori☺️
21. SALAD DRESSING
Guna brand Kewpie tapi had 1 tsp je tau. Tapi lama-lama buat sendiri je salad dressing guna Fresh yogurt mix dengan Apple cider, sedikit salt dan sedikit P3 sweetener or gula.
22. COKLAT
Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan ? tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 peket ?
23. AYAM
Kena belajar makan ayam dada sebab kurang lemak, tinggi lean protein. Paling elakkan chicken wing.
Jika anda bercita-cita mahu mendapatkan bentuk tubuh yang fit atau sado, terdapat beberapa steps yang perlu anda buat sendiri di rumah terlebih dahulu.
Ini kerana jika anda belum boleh menguasai 4 steps ini, ia bermaksud tubuh anda belum bersedia dan kalau terus angkat barbell pun, ototnya sukar untuk naik.
Sebabnya, anda belum mampu mengimbang tubuh anda dengan baik dan untuk membuatkan tubuh berada dalam mood sedia, ini steps yang perlu anda amalkan :
1. Bangkit tubi
Sama seperti tekan tubi, buat gerakan ini 20 kali pada peringkat permulaan. Pastikan anda dapat rasa tegang di bahagian perut untuk hasil yang berkesan.
2. Tekan tubi
Buat tekan tubi sebanyak 20 kali sehari pada peringkat permulaan. Cuba curi-curi masa anda mungkin selepas bangun daripada tidur pada waktu pagi.
3. Squat jump
Untuk gerakan squat jump pula, buat sebanyak 30 kali. Squat jump dapat menguatkan otot jantung selain melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
4. Pull up
Pull up akan menguji bagaimana anda dapat mengimbangkan tubuh anda selain menunjukkan tubuh anda sudah bersedia untuk mengangkat beban. Buat pull up sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali untuk peringkat awal.
Buat gerakan ini setiap hari dalam paling kurang 3 set. Misalnya, anda boleh lakukan pada waktu pagi, petang serta malam.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.