
lululemon memperkenalkan koleksi larian terbaharunya untuk musim ini menerusi kempen “Outrun the noise”, yang membawa pendekatan bahawa pengalaman berlari bukan sekadar dinilai melalui pace, jarak atau masa, atau bagaimana seseorang benar-benar menikmati setiap langkah.
Bagi ramai orang, larian kini bukan lagi sekadar aktiviti untuk membakar kalori atau mengejar rekod peribadi, sebaliknya telah menjadi satu ritual harian, ruang untuk bernafas, menyusun fikiran, dan seketika menjauhkan diri daripada kesibukan yang datang tanpa henti.
Koleksi berkenaan menghimpunkan beberapa rangkaian larian popular lululemon seperti Fast and Free, Shake It Out, Pace Breaker dan Mile Maker, selain memperkenalkan pilihan Iridescent baharu serta warna bermusim.

Bila Berlari Jadi Ruang Untuk ‘Reset’
Sesiapa yang kerap berlari mungkin pernah mengalami satu fasa apabila beberapa kilometer pertama terasa berat, tetapi semakin lama tubuh mula mendapat rentaknya.
Bunyi kerja, telefon, notifikasi atau tekanan harian perlahan-lahan hilang apabila perhatian mula tertumpu kepada pernafasan, langkah dan laluan di hadapan.
Itulah idea yang cuba diketengahkan lululemon melalui “Outrun the noise”.

Menurut lululemon, kempen tersebut melihat larian sebagai sesuatu yang lebih besar daripada prestasi fizikal. Ia turut merangkumi proses persediaan sebelum berlari, ritual seseorang pelari, usaha bersama rakan serta detik-detik kecil yang berlaku sepanjang perjalanan.
Dalam konteks gaya hidup moden, pendekatan seperti ini cukup relevan.

Tidak semua orang keluar berlari untuk mencatat sub-20 minit bagi 5K atau mengejar marathon seterusnya. Ada yang hanya mahu mendapatkan 30 minit untuk diri sendiri selepas seharian bekerja.
Dan kadangkala, itulah yang membuatkan seseorang terus kembali berlari.
Gear Yang Tidak Mengganggu Larian
Bila cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, pemilihan pakaian untuk larian memainkan peranan lebih besar daripada sekadar penampilan.
Pakaian yang terlalu berat, lambat kering atau menyimpan haba boleh menyebabkan sesi larian terasa kurang selesa, terutama apabila tempoh latihan semakin panjang.

Atas sebab itu, koleksi Run terbaharu lululemon memberi penekanan kepada fabrik yang ringan, mudah bernafas serta cepat kering supaya haba tidak terkumpul dan pelari boleh memberi lebih perhatian kepada pergerakan badan.
Untuk wanita, antara tambahan baharu ialah Iridescent Convertible Running Jacket yang menggunakan fabrik ultra ringan dengan tekstur matte serta kemasan berkilau.
Apa yang menarik, bahagian lengannya boleh ditanggalkan menggunakan zip. Jadi apabila badan mula panas selepas beberapa kilometer, jaket boleh diubah mengikut keadaan tanpa perlu menanggalkan keseluruhan lapisan pakaian.
Turut diperkenalkan ialah Iridescent Mid-Rise Running Short 2”, dengan zip sisi boleh laras bagi memberikan ruang pergerakan lebih luas. Seluar tersebut turut dilengkapi mesh brief liner, tiga poket belakang serta gelung pada pinggang untuk menyimpan baju ketika berlari.
Pilihan Untuk Pelari Lelaki
Untuk lelaki, lululemon lebih menumpukan kepada gabungan pakaian ringan yang boleh digunakan untuk larian santai, latihan harian atau sesi dengan intensiti lebih tinggi.
Antara pilihan yang diketengahkan ialah Fast and Free Singlet, Pace Breaker Short 5” Linerless, Mile Maker Mesh Short Sleeve, Metal Vent Tech Long Sleeve, Mile Maker Ripstop Short 4” serta Fast and Free Half Tight 8”.

Seleksi dari lululemon ini datang dalam beberapa pilihan warna termasuk Fuchsia Taffy Tone, Laser Lime, Feather Grey, putih dan hitam.
Warna yang lebih terang seperti Laser Lime mungkin bukan pilihan semua orang, tetapi dalam komuniti larian hari ini, pakaian berwarna terang sudah menjadi sebahagian daripada identiti visual terutama untuk sesi group run, race day atau latihan pada waktu pagi.
Running Lifestyle Semakin Besar
Populariti larian sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga mengubah cara orang melihat sukan tersebut.
Dahulu, berlari mungkin sekadar memakai sepasang kasut dan keluar ke taman.
Hari ini ia sudah berkembang menjadi satu budaya yang mempunyai run club, komuniti, perlumbaan hujung minggu, acara sosial, recovery session serta pilihan pakaian yang semakin khusus mengikut jenis latihan.
Namun di sebalik perkembangan itu, asasnya masih sama.
Larian hanya memerlukan seseorang untuk keluar dan mula bergerak.
Sebab itu konsep “Outrun the noise” terasa dekat dengan realiti ramai pelari. Ada hari seseorang mahu mengejar pace. Ada hari dia sekadar mahu menyelesaikan lima kilometer tanpa melihat jam.
Kedua-duanya tetap larian.
BACA: Apa Itu Movember & Signifikasi Terhadap Kesedaran Kesihatan Lelaki
The Gardens Mall Dibuka Semula Dengan Ruang Baharu
Serentak dengan pelancaran koleksi tersebut, lululemon turut mengumumkan pembukaan semula butik di The Gardens Mall pada 20 November 2026.
Butik berkeluasan 3,606 kaki persegi itu direka sebagai ruang yang menggabungkan elemen pergerakan, komuniti dan interaksi, dengan reka bentuk berinspirasikan akar jenama itu dari Pacific Northwest.
Sempena pembukaan, pelanggan yang membeli botol air terpilih boleh mendapatkan khidmat customisation percuma pada 20 hingga 22 November serta 28 hingga 29 November.

Bagi komuniti kecergasan, perkembangan sebegini juga menunjukkan bagaimana pengalaman berlari semakin bergerak melangkaui sekadar produk.
Ia sudah menjadi tentang komuniti, pengalaman bersama dan rutin yang membantu seseorang terus bergerak.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

je senang
