Bukan mudah nak kurus, tambah-tambah lagi bila disuruh makan buah epal. Ini kerana tak semua orang suka makan epal terutamanya epal hijau kerana rasanya yang masam.

Bagi memastikan ada enjoy makan buah epal, Wan Haslinda berkongsi di Facebooknya resipi kurus dengan buah epal dan mentega kacang yang sememangnya berkhasiat sebagai pemakanan diet. Moga resipi ini akan membantu anda mendapatkan berat badan ideal.

Wanita Ini Ajar Resipi Kurus Cara Mudah Dengan Buah Epal & Mentega Kacang

RESIPI MAKAN EPAL UNTUK KURUS

Tadi ada tengok klip video cara nak kurus dengan makan epal. Epal ni mungkin ramai tak suka, rasa macam tak enjoy macam tu je kan.

IKLAN

Ada yang lebih enjoy buat rasa nak lalu makan.

Bahan-bahan:

Epal hijau sebiji
Epal merah sebiji
Peanut butter kosong
Susu low fat milk

IKLAN

Cara membuatnya:

1. Epal hijau/merah hiris seperti dalam gambar.
2. Lepas tu, susu blender sekali dengan peanut butter.
3. Siap curah atas epal yang di hiris tu tadi.
4. Nak lebih yummy lagi, tabur kismis.
5. Lepas tu boleh la ngapp ?

IKLAN

Resepi ni elok di makan waktu pagi dan petang selepas Asar.

Selamat mencuba.

SHARE & TAG kawan anda yang nak kurus tapi tak suka makan epal. Hehe

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI