Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia.
Tumbuhan ini dipercayai mempunyai nilai untuk ubatan dan digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.
Ketum juga dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja di bawah bahang mentari.
MENGAPA BILA AMBIL KETUM RASA TENAGA BERTAMBAH DAN TIDAK TERASA PENAT?
Ketum sebenarnya mempunyai molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini adalah sejenis molekul seperti opioid (indole-based opioid-like) yang bersifat agonis separa pada reseptor opioid. Daun ketum kering mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.
Menariknya, walaupun mitragynine adalah agen agonis separa bagi reseptor opiat, kompaun ini bersifat stimulan (pada dos yang rendah) ia dikatakan meningkat kesedaran dan kepekaan. Kompaun ini juga meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah. Sebab itu ia diambil untuk ‘pecah peluh’. (kerana degupan jantung tinggi, tekanan darah juga meningkat, badan akan rasa lebih hangat dan berpeluh).
Ia juga menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur. Mytraginine juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.
Pada dos yang tinggi ia akan menyebabkan keadaan depressan seperti opioid morphine, jadi ia boleh digunakan sebagai penahan sakit dan anti diarea. Orang yang mengambil ketum pada dos yang cukup tinggi, akan menyebabkan hilang kesedaran dan keadaan ‘stupor’. Jadi pengambilan ketum sangat bergantung pada dos dan keadaan toleran seseorang.
Ads
APA ITU OPIOIDS?
Molekul opioid adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opioid lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan analgesik dan mengurangkan pergerakan usus besar. Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional.
Ketum juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opiat yang lebih poten berbanding mitragynine.
BENARKAH TIADA KAJIAN TERHADAP KEBAIKAN KETUM?
Pelbagai kompaun menarik telah ditemui dan dikaji dari pokok ketum.
Ads
Contohnya kompaun-kompaun alkaloid seperti ajmalicine, mitraphylline, mitragynine pseudoindoxyl, dan Rhynchophylline.
Kompaun ajmalicine yang juga ditemui pada tumbuhan Kemboja cina (Catharantus roseus), Akar tikus (Rauvolfia serpentina) telah digunakan sebagai ubat darah tinggi (dipasarkan dengan jenama Circolene, Cristanyl, Duxil, Duxor, Hydroxysarpon, Iskedyl, Isosarpan etc).
PERLUKAH PENAMBAHAN BAHAN-BAHAN LAIN (UBAT NYAMUK, UBAT GEGAT, AIR BERKARBONAT, MINYAK LINTAH ETC) UNTUK MENDAPAT KESAN STIMULAN KETUM?
Tidak.
Kompaun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut.
Ads
Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol, ubat batuk, akar seruntun, buah pinang (sebagai contoh) untuk menghasilkan ‘rasa’ dan kesan yang diinginkan.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN KETUM
Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan.
Ramai yang menyangka ‘ketagihan’ seperti yang selalu digambarkan oleh drama dan filem – menggigil dan berpeluh-peluh, mengamuk dan hilang akal. Benar, tetapi ketagihan juga merangkumi kebergantungan kita pada bahan tersebut. Contohnya,kalau tak ambil ketum akan terasa letih, mengantuk. Malah keinginan yang kuat terhadap ketum juga adalah salah satu tanda-tanda ketagihan.
KETUM JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKSELESAAN, MENGGIGIL, DEPRESI, KESAKITAN OTOT DAN MENURUNKAN KEINGINAN SEKS.
Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, pengambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.
Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.
SUMBER : RootOfScience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja dikaitkan dengan wajah yang sihat, tetapi juga sebaliknya. Sistem yang lemah boleh menyebabkan penyakit kulit seperti jerawat dan noda/kecacatan kulit. Seperti kulit anda, dinding sistem penghadaman mempunyai liang-liang mikroskopik. Apabila sistem anda kekurangan bakteria baik dan dipenuhi dengan bakteria tidak baik, saiz liang-liang ini membesar bagi membolehkan kandungannya bocor keluar. Apabila sistem imun badan anda mengesan “penceroboh” ini, ia akan bertindak balas dan menyebabkan keradangan, sekali gus mengakibatkan noda-noda atau kecacatan pada kulit dan jerawat.
TABIAT MEMBUANG AIR BESAR YANG SIHAT
Walaupun tabiat membuang air besar mungkin cara yang paling ketara untuk memberitahu sama ada atau tidak anda mempunyai sistem penghadaman yang sihat, adakah anda tahu cara untuk membezakannya jika najis dan pergerakan usus anda betul-betul menunjukkan sistem penghadaman yang sihat? Najis dan tabiat membuang air besar adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu lain, jadi tidak ada gunanya membandingkan tabiat membuang air besar anda dengan orang lain. Cara yang paling mudah adalah untuk menanda aras pelawasan terdahulu. Jika anda mendapati tahap pelawasan diri anda berkurangan daripada sebelum, mula mengalami kesakitan atau ketidakselesaan, atau melihat sebarang perbezaan yang ketara pada najis walaupun anda tidak mengubah diet, anda mungkin memerlukan bakteria baik dalam diet anda.
NAFAS TIDAK BERBAU
Adakah anda mempunyai nafas berbau walaupun anda memberus gigi dengan kerap? Masalah ini mungkin tidak terletak pada ubat gigi, tetapi pada sistem penghadaman anda! Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik dalam sistem penghadaman anda boleh membuatkan orang lain memalingkan muka mereka ke arah lain apabila anda bercakap. Salah satu cara untuk mengenal pasti diri anda tergolong dalam kumpulan ini adalah anda mungkin perasan nafas anda menjadi lebih teruk selepas menikmati sesuatu yang manis. Tanpa menyedari, anda sering memberikan makanan yang membantu pembiakan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman anda. Tinggalkan tabiat makan mint untuk menghapus bau nafas dan sebaliknya mulalah mengambil minuman probiotik seperti VITAGEN Kurang Gula .
SISTEM IMUN YANG LEBIH KUAT
Tahukah anda bahawa sistem penghadaman merupakan sebahagian besar daripada sistem imun badan anda, mengatasi sel-sel darah putih anda? Bayangkan sistem penghadaman seperti span yang menyerap nutrien daripada makanan yang anda makan. Sistem penghadaman akan lebih haus jika anda kerap mengunyah makanan ringan dan tidak mendapat cukup bakteria baik dalam diet anda. Ia juga mengurangkan keupayaan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien daripada makanan anda. Pada masa yang sama, sel-sel imun dalam sistem penghadaman bertindak seperti pengawal keselamatan, yang mengiringi patogen penceroboh daripada tubuh anda. Dengan mendapatkan probiotik yang mencukupi dalam diet, anda boleh memelihara ‘span’ anda di tahap yang optimum dan memastikan pengawal keselamatan kuat dan sentiasa berjaga-jaga!
MEMORI DAN MINDA YANG AKTIF
Kebiasaannya semangat anda terjejas disebabkan oleh penyakit. Tahukah anda bahawa ia membawa kesan kepada sistem penghadaman anda kerana sistem penghadaman berhubung terus ke minda anda. Sistem penghadaman mengandungi banyak neuron, atau sel-sel otak, di mana ia sering dirujuk sebagai otak kedua. Neuron ini dihubungkan kepada sistem saraf pusat, yang pada asasnya adalah otak dan saraf tunjang, melalui satu saraf tertentu yang dinamakan vagus. Di sinilah terletaknya hubungan antara sistem penghadaman dan otak. Neuron di dalam sistem penghadaman anda menghasilkan kira-kira 90% daripada serotonin tubuh yang dikaitkan dengan mood, memori, tidur dan tingkah laku sosial.
SUMBER : BERITA HARIAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.
Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.
Mari kita lihat perkongsian seorang lelaki melalui satu status yang dimuat naik oleh Carlos Phang, dia berjaya berhenti dari menghisap rokok sebanyak 30 batang sehari yang memakan masa hampir 6 bulan. Ianya satu perkara yang amat mustahil bagi seorang perokok tegar selama 10 tahun.
Pada minggu pertama proses untuk berhenti merokok adalah sangat menyiksakan pemuda itu. Menurut Carlos, dia terpaksa berdepan dengan sakit kepala yang teruk dan tidak mendapat rehat dan tidur dengan secukupnya.
“Merokok adalah habit yang tidak elok dan tidak sihat. Rasa ketagih untuk merokok memang sukar untuk dilawan. Dengan itu amat sukar untuk berhenti dari merokok”
“Jika ditanya pada perokok di luar sana, sanggupkah mereka bagi RM3000 dan dengan wang sebanyak itu, kita akan membelinya sebanyak rokok yang dia mahu. Tak kisahlah sekaya mana pun dia, jawapannya pasti tidak”
Jelas pemuda lagi, perokok tidak percaya mereka sebenarnya mengeluarkan wang sebanyak itu untuk melepaskan rasa ketagihan rokok itu.
“Dalam satu kotak rokok ada 20 batang dan harganya adalah RM17. Saya merokok hampir 30 batang dalam sehari”
Namun, pemuda ini membuktikan dia berjaya menyimpan sebanyak RM4875 iaitu jumlah yang sepatutnya dia habiskan untuk membeli rokok dalam masa 6 bulan.
Tambahnya lagi, bagi mereka yang ingin berhenti merokok jangan mengurangkan jumlah rokok yang dihisap kerana ianya hanya akan membuatkan mereka rasa lebih ‘nikmat’ untuk merokok.
“Jangan menafikan bahawa rokok itu sesuatu yang memang tidak elok. Malah ianya hanya membazirkan wang ringgit. Lebih baik anda berhenti sebelum terlambat”.
Makanan Yang Mampu Membantu Anda Berhenti Merokok
MADU
Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah.
Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.
MAKANAN MASIN
Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok.
Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.
HALIA DAN BAWANG PUTIH
Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok.
Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok.
Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok.
KAYU MANIS
Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok.
Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.
EPAL
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit.
Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok.
Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.
Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.
SUSU
Ketika merokok, bibir kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap.
Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir.
Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.