Berita

Maghribi Sahkan Mawla Amin Bukan Rakyat Mereka

Share

Pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaku sebagai jalur keturunan ke-38 Rasulullah untuk menarik pengikut mazhab pimpinannya, status kewarganegaraan Mawla Amin akhirnya terbongkar.

Memetik laporan Sinar Harian, Maghribi mengesahkan Mawla Amin, atau nama sebenarnya Mohamed Amin Ouradji bukanlah rakyat negara itu.

Kementerian Hal Ehwal Luar di Rabat membuat pengesahan itu kepada Kedutaan Malaysia pada September lalu dan menjelaskan Mawla Amin yang dilahirkan dengan nama Habib Mohamed Amin Ben Sayed EL Idrissi El Hassani memegang dwikenegaraan, Perancis dan Algeria.

“Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.

Tiada Hubungan Dengan Mana-Mana Keturunan Nabi Muhammad Di Maghribi

“Selain itu, dia juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara ini,” jelas kementerian itu lagi sambil menambah pihak berkuasa agama tempatan juga tidak menyokong ajaran atau aktiviti keagamaan yang dibawa olehnya.

Mawla Amin berkahwin dengan wanita warga tempatan dan cuba menukar namanya pada 2014.

Kredit Sumber: Sinar Harian

BACA: Bunkface Bawa Bait Lirik Ketuhanan Dalam “Hilang” 

IKLAN