Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, “Hilang”, yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua platform streaming digital utama.
Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan “Hilang”, single keempat dari album terbaru mereka yang dinantikan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, “Hilang” berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface.
“Tanpa Allah Pasti Hilang Arah Tuju Kehidupan”
Kredit komposisi untuk “Hilang” adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pasti hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan.
Ads
Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Production Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian penting dalam kerjaya gemilang kumpulan ini.
Ads
Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila “Hilang” membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi yang memukau.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti Bunkface di platform media sosial.
Dalam dunia bola sepak, bakat kadangkala diwarisi. Bukan setakat anak ayah lagenda je yang meletup, tapi ada juga pasangan adik-beradik yang dua-dua berjaya capai pentas tertinggi.
Ada yang sama pasukan, ada yang bersaing, dan ada juga yang berjuang di dua negara berbeza. Jom kita tengok siapa antara 10 pasangan adik-beradik terkenal yang sedang dan pernah mencipta nama dalam dunia bola sepak moden.
Eden Hazard pernah mencuri tumpuan dunia dengan aksi magisnya bersama Chelsea dan Real Madrid. Adiknya, Thorgan Hazard pula mungkin tak se-glamor abangnya, tetapi tetap menjadi pemain penting untuk Borussia Dortmund dan skuad kebangsaan Belgium.
Kedua-duanya pernah beraksi bersama dalam kejohanan besar seperti Euro dan Piala Dunia, membuktikan bahawa keluarga Hazard memang sarat dengan bakat bola sepak.
Kolo Touré dikenali sebagai pertahanan kental Arsenal, Manchester City dan Liverpool, manakala adiknya, Yaya Touré, pula ialah enjin utama di bahagian tengah untuk Barcelona dan Manchester City.
Yaya dikenang sebagai antara pemain tengah terbaik Liga Perdana Inggeris, dengan kemampuan fizikal dan teknik yang luar biasa. Gabungan dua beradik ini menjadi tonggak pasukan Ivory Coast sepanjang satu dekad.
Adik-beradik yang menjadi nadi kejayaan Manchester United era 90-an dan awal 2000-an. Gary Neville kekal sebagai pemain setia di posisi bek kanan, manakala adiknya Phil Neville lebih versatil, mampu bermain di beberapa posisi.
Selepas bersara, mereka terus relevan dalam dunia bola sepak – Gary sebagai pundit terkenal dan Phil pula meneruskan kerjaya kejurulatihan, termasuk melatih skuad bola sepak wanita England dan kelab di MLS.
Pasangan adik-beradik ini menarik perhatian dunia apabila mereka beraksi untuk dua negara berbeza. Jérôme memilih untuk mewakili Jerman, manakala Kevin-Prince beraksi untuk Ghana.
Mereka bahkan pernah berentap dalam Piala Dunia 2010 dan 2014 – menjadikan mereka antara adik-beradik pertama bertembung dalam kejohanan terbesar dunia. Walaupun jalan hidup bola sepak mereka berbeza, kedua-duanya berjaya menempatkan diri dalam sejarah bola sepak antarabangsa.
Lucas Hernandez dan adiknya Theo adalah antara pemain pertahanan terbaik yang lahir dari Perancis. Lucas pernah beraksi untuk Bayern Munich, manakala Theo menyerlah bersama AC Milan.
Menariknya, kedua-dua mereka gemar bermain di posisi pertahanan kiri dan sering membantu dalam serangan. Aksi laju, agresif dan bersemangat menjadikan mereka aset penting skuad Les Bleus.
Kembar dari Brazil ini menjadi kegilaan penyokong Manchester United ketika era Sir Alex Ferguson. Kedua-duanya tampil berani, pantas dan bertenaga di posisi bek sisi.
Fabio lebih banyak bermain di kiri, manakala Rafael di kanan. Selepas meninggalkan Old Trafford, mereka membawa haluan masing-masing tetapi tetap dikenang sebagai ‘kembar Red Devils’ yang meninggalkan impak besar.
Paul Pogba tidak asing lagi bagi peminat bola sepak dunia. Dengan karier penuh warna di Juventus dan Manchester United, gaya flamboyant dan flair tersendiri menjadikan Paul antara bintang global.
Abangnya, Florentin Pogba pula lebih low-key, beraksi sebagai pertahanan dan mewakili Guinea di pentas antarabangsa. Dua-dua membawa semangat bola sepak, walaupun berada di laluan yang berbeza.
Anak kepada lagenda Afrika, Abedi Pele, dua beradik ini membawa nama keluarga Ayew ke satu tahap yang lebih tinggi. Andre Ayew pernah menjadi kapten Ghana dan antara pemain penting di Ligue 1 dan Liga Perdana Inggeris.
Jordan Ayew pula lebih konsisten dalam EPL bersama Crystal Palace. Mereka dikenali sebagai pemain yang penuh semangat juang, setia kepada pasukan negara dan membawa harapan peminat Ghana.
Inaki dan Nico Williams kini menjadi antara bintang paling dinanti dalam bola sepak Eropah.
Inaki memilih untuk mewakili Ghana sebagai penghormatan kepada asal usul keluarga mereka, manakala adiknya Nico terus membina nama bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Kedua-duanya bermain di posisi serangan untuk Athletic Bilbao, dan dikenali dengan kelajuan serta kreativiti mereka di sayap.
Walaupun hubungan mereka sebagai adik-beradik tiri, kedua-dua Rodrigo dan Thiago berkongsi satu perkara – sentuhan kelas dunia.
Thiago Alcântara, maestro tengah dari La Masia yang bersinar bersama Barcelona, Bayern Munich dan Liverpool.
Rodrigo pula lebih versatil dan pernah mewakili Sepanyol di peringkat antarabangsa. Mereka membuktikan bahawa walaupun jalan berbeza, keluarga tetap boleh lahirkan dua pemain bertaraf elit.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertumbuhan sukan pickleball di Malaysia kini memasuki fasa yang lebih serius apabila kejohanan kebangsaan pertamanya Gatorade Malaysia Closed 2025 diumumkan secara rasmi.
Dengan penyertaan pemain dari seluruh negara, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan pertama seumpamanya tetapi simbol perkembangan pesat sukan ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Dianjurkan oleh Malaysia Pickleball Association (MPA) dan dikoordinasikan bersama Kuala Lumpur Pickleball Association (KLPA), kejohanan ini membuka peluang kepada atlet terbaik negara untuk bersaing bagi ranking nasional rasmi.
Ia juga menandakan permulaan ekosistem kompetitif yang lebih tersusun bagi sukan yang sebelum ini lebih sinonim sebagai aktiviti rekreasi.
Gatorade Malaysia Closed 2025 dijadual berlangsung dari 5 hingga 8 Disember 2025 di PickleDepot di Sentul Depot. Para peserta akan bertanding dalam kategori Lelaki Perseorangan, Wanita Perseorangan, Beregu dan Beregu Campuran.
Penyertaan hanya dibuka kepada pemain Malaysia, sekali gus menjadikan kejohanan ini medan paling penting untuk menentukan kedudukan sebenar atlet tanah air dalam dunia pickleball.
Sebagai penaja utama dan rakan hidrasi rasmi, Gatorade menekankan komitmen mereka terhadap pembangunan atlet dan komuniti sukan Malaysia.
Menurut Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., “Gatorade sentiasa berdiri atas prestasi, sains dan kemajuan. Pickleball ialah sukan yang memerlukan kelincahan, daya tahan dan pemulihan pantas.
“Kami menyokong pemain harian untuk menemui potensi mereka, meningkatkan permainan dan bersaing di pentas kebangsaan. Beyond sponsorship, kami mahu membina ekosistem sukan yang melahirkan atlet berdisiplin dan resilient.”
Kenyataan ini menggambarkan peranan Gatorade bukan sekadar penaja tetapi penyokong aktif dalam membentuk komuniti sukan yang lebih kompetitif.
Peranan kejohanan ini dalam membina masa depan sukan pickleball turut ditegaskan oleh YB Dr. Kelvin Yii, Penasihat Malaysia Pickleball Association.
“Kejohanan ini menandakan bab baharu yang menarik untuk pickleball di Malaysia. Dengan menyediakan laluan kompetitif yang jelas, kita sedang membina asas bagi pembangunan bakat jangka panjang dan kehadiran nasional yang lebih kukuh dalam sukan ini,” jelasnya lagi.
Minat terhadap sukan ini kini melonjak. Daripada sukan santai kepada platform pembangunan komuniti dan gaya hidup aktif, Gatorade Malaysia Closed 2025 menjadi pemangkin kepada struktur pertandingan yang lebih tersusun.
Kejohanan empat hari ini akan berlangsung mengikut peraturan rasmi bagi memastikan keadilan dan standard pertandingan setara dengan kejohanan antarabangsa. Penonton boleh hadir menyaksikan sendiri aksi atlet tempatan di Sentul Depot atau mengikuti sorotan melalui Instagram @gatorademalaysiaclosed2025.
Pendaftaran akan ditutup pada 30 November 2025 atau apabila semua slot penuh.
Kejohanan ini bukan sekadar menonjolkan bakat tempatan tetapi turut menegaskan komitmen Gatorade dalam mempromosikan gaya hidup sihat, peluang inklusif serta pertumbuhan sukan baharu di Malaysia.
Dengan struktur pertandingan lebih kukuh, sokongan organisasi dan penglibatan komuniti yang semakin meluas, pickleball kini berada di landasan tepat untuk menjadi antara sukan paling berkembang di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurag seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema. Sebenarnya, batuk adalah tindak balas normal yang baik untuk kita. Tindak balas ini dikenali sebagai tindak balas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan pengganggu.
Ada dua jenis batuk yang utama:
* batuk yang berkahak
* batuk yang tidak berkahak
Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk kita mengenalpasti jenis batuk yang didiami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.
Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.
Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.
Batuk yang berkahak
Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui janis batuk yang dialami.
* Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak adanya penyakit-penyakit lain yang membahaya.
* Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamsa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.
* Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.
* Kahak yang putih atau jerneh menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang membahaya.
* Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB) dan sebagainya. Segera dapatkan rawatan lanjut.
Kaedah mengurangkan batuk
* Minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
* Ambil bahan-bahan yang menambah lendir seperti tenusu, daging, gula dan makanan manis. Tepung putih dan sebagainya hendaklah dikurangkan.
* Sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa untuk menghentikannya.
* Persekitaran yang berhabuk, berasap, toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.
* Sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
* Hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
Perhatian :
-Sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.
-Kebanyakan ubat adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.
-Sekiranya batuk tidak berkurangan dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.
-Batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.