Sejak tujuh tahun lalu, pelakon senior Kenji Sawahi mengakui dia sudah belajar mendalami agama Islam bersama sahabat baiknya yang juga seorang ustaz.
Oleh itu, pemilik nama sebenar Lim Boon Wah itu berharap memperoleh hidayah daripada Allah, demikian lapor Harian Metro.
Kenji dengan rela hati belajar mendalami Islam kerana minat yang mendalam terhadap agama itu
Dia juga tertarik dengan sikap hormat-menghormati orang Melayu di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa.
“Sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal,” katanya.
Sudah Biasa Dengan Masyarakat Islam Sejak Kecil
Ibu bapanya adalah pelakon opera Cina yang membuat persembahan di seluruh negara.
Ads
Oleh itu, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang tinggal dalam perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis.
“Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.
“Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.
Ads
“Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan,” katanya.
Tiada Penyakit Kronik Di Usia Emas
Kenji tuurt meluahkan rasa syukur kerana Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepadanya dan rezeki tidak putus dalam lakonan meskipun kini berstatus warga emas.
“Syukur saya masih sihat dan tiada penyakit tiga serangkai itu (kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung). Pada usia yang sudah ’emas’ ini, saya memang menjaga pemakanan harian serta bersenam untuk kesihatan.
Ads
“Lagi pun, saya tidak suka orang panggil lelaki yang sudah berumur macam saya ini warga emas sebab saya masih kuat, sihat, bertenaga, aktif dan boleh bekerja,” katanya yang masih tenang hidup membujang.
Penyakit ‘Slip disc’ ni memang tidak boleh di pandang remeh dan dibuat main. Sebelum ini Hafiz Suip yang popular dengan lagu awan nano ni pernah di serang penyakit ‘Slip disc’ gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal. Terbaru, telah memuat naik satu gambar beliau menerima rawatan dengan caption ‘ Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku…slip disc datang lagi dengan permainan baru!!’
Rata-rata netizen mendoakan Hafiz kembali sihat dan kata-kata semangat buatnya.
Namun rentetan dari kisah Hafiz Suip ini kami kongsikan sedikit info tentang penyakit ‘Slip disc’ ini
SLIP DISC
Slip disc adalah keadaan di mana tulang belakang telah berganjak atau telah tergelincir dari posisi kedudukan asalnya. Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.
Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor. Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH SLIP DISC
Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini.
Di antaranya ialah disebabkan:
Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.
KAEDAH RAWATAN UNTUK MENGATASI MASALAH SLIP DISC
Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang
1.REHAT SECARA TENANG DAN RELAKS
Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. Boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Jangan terlalu berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.
2. BERJALAN KAKI SEDEKAT BOLEH
Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).
Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.
3. AMBIL UBAT JIKA PERLU
Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, mengehadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu. Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.
Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.
4.CUBA TERAPI HABA ATAU AIS
Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Hanya boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.
Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.
5. TERAPI FIZIKAL
Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal. Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan. Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.
6. PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG
Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri. Mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.
7.PENGAMBILAN SUPLEMEN UNTUK TULANG BELAKANG
Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc. Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini bintang bola sepak popular, Cristiano memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama bayi baru di akaun Instagram miliknya. Posting tersebut mendapat sehingga 5.9 juta likes.Baby Girl itu di beri nama Alana Martina.
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
Georgina selamat melahirkan anak perempuan yang diberi Alana Martina dan si kecil baru ini merangkap anak keempat setelah yang sulung mereka Cristiano Ronaldo Jr. berusia 7 tahun kemudian lahir si kembar Mateo dan Eva pada Julai lalu hasil ibu tumpangan.
Cristiano menulis kapsyen didalam Portugis bermaksud “Alana Martina baru sahaja dilahirkan! Geo dan Alana baik-baik sahaja! Kami semua sangat gembira!”.
Anak sulung Cristiano juga kelihatan begitu gembira dan paling menarik dia terus menjadi seorang abang kepada tiga orang adik sekaligus pada tahun ini! Namun sehingga kini, atlet bola sepak ini masih belum mendedahkan siapa ibu kandung kepada Cristiano Ronaldo Jr.
Diharapkan keluarga Cristiano bahagia selalu dan terus berkongsi perkembangan yang baik-baik kepada peminat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyanyi Zayn Malik baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas berkongsi rahsia menjaga suaranya agar tetap lunak dan merdu.
Dalam sebuah video wawancara dengan British Vogue, Zayn mendedahkan bahawa dia selalu membawa sirap ubat batuk Cap Ibu dan Anak, yang juga popular di Asia terutamanya Malaysia.
Dalam satu video tular di TikTok, bekas ahli One Direction ini berkongsi rahsia dia mengamalkan minuman yang dirasai seperti madu.
Dalam video 15 saat itu, Zayn Malik tunjukkan minuman yang dia guna dan sebut ia sebagai ‘eliksir istimewa’.
“Ini macam madu dari China, sangat bagus untuk penjagaan pita suara. Saya panggilnya eliksir istimewa.
“Saya bawa ni ke mana saja, terutama bila nak bernyanyi… campur dengan sedikit air…,” kata Zayn.
Perkongsian Zayn Malik ini menarik perhatian netizen Malaysia sebab minuman yang dia guna tu rupanya ubat batuk jenama popular yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia.
Tinjau ruangan komen, ramai netizen geli hati dan tak sangka ubat batuk jenama tu juga jadi ‘senjata rahsia’ untuk jaga pita suara oleh penyanyi antarabangsa ni.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.