Sering sahaja ada masalah dengan rambut? Rambut cepat gugurlah, kejunglah dan berkelimumur? Sabar Jangan panik!

Sebenarnya banyak produk yang boleh anda cuba dan ada di antaranya berkesan!

Jangan bimbang, MASKULIN ada terjumpa satu posting mengenai produk penjagaan rambut. Menurut Shehnaz Khan, walaupun ada sesetengah orang kata produk ini tak bagus, tetapi bagi dirinya, dia hanya try, error dan mendapati produk ini bagus untuk dirinya malah tidak salah untuk dia berkongsi kepada orang ramai.

Walaupun akui produk ini agak mahal, tetapi ia bagus untuk pastikan rambut lebat dan cantik walaupun setiap hari rambut gugur.

“Rambut gugur tu normal tapi kalau kurang dari 50 helai lah kalau lebih tu memang masalah. Tapi camne nak kira lak sehelai-sehelai? Hahahha test pakai tangan. Rasa-rasa segenggam gugur kulit kepala dah nampak dan mula botak, ketahuilah awak dah ada masalah kulit kepala.

“Rambut gugur disebabkan oleh kulit kepala kelumumur, berminyak, kering dan pemakanan. She share setiap detail di gambar. Ok lah semoga bermanfaat” tulisnya.

#1: SEBORIN HAIR TONIC SCHAWARZKOPF

“Mahal Sikit Tetapi Bagus!” Ini Antara Syampu & Hair Tonic Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore

Tonik untuk kuatkan akar rambut dan khas untuk rambut nipis dan gugur.

Dia bukan spray. So korang nak jimat korang beli btol spray kat Mr. Diy atau kedai RM2 . Selepas itu spray kat kulit kepala .

IKLAN

Sambil spray tu gosok-gosok kulit kepala. 1 botol seborin RM50 . Jangan terkejut ye boleh pakai sampai 3-4 bulan. Pakai setiap hari. Bau ubat biasalah. Beli kat shopee pastikan beli yang original ye sebab banyak yang fake dan clone.

#2: SYAMPU ALPECIN

“Mahal Sikit Tetapi Bagus!” Ini Antara Syampu & Hair Tonic Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore

Syampu ini untuk rambut gugur dan kuatkan akar rambut.

Bau macam ais mentol. Pakai syampu ini dan biarkan selama 2-3 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Lepas bilas anda akan rasa rambut anda kejung keras sikit. Tetapi jangan panik, pekara itu normal sebab syampu ini tak ada paraben, sls.

IKLAN

Jadi kena pakai conditioner atau hair mask. Harga di Watson RM34 . Jika lelaki pakai boleh lah tahan sebulan . Jika perempuan pakai 2-3 minggu habis . Tapi best ye sejuk je kat kepala best!

#3: HAIR TONIK SEBORIN

“Mahal Sikit Tetapi Bagus!” Ini Antara Syampu & Hair Tonic Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore

Hair tonic ini khas untuk rambut yang berkelumumur . Pakainya di tempat yang bermasalah. Untuk jimat, letakkan ia didalam botol spray. Harga hair tonic ini RM50. Memang bagus!

#4: HAIR MASK KERATIN SMOOTH

IKLAN

“Mahal Sikit Tetapi Bagus!” Ini Antara Syampu & Hair Tonic Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore

Conditional hanya akan menggugurkan rambut, Cara pakainya lepas syampu menggunakan Alpecin sapu benda ini dari tengah bahagian rambut hingga ke hujung.

Biarkan 5-10 minit lalu bilas dengan menggunakan air yang bersih. Rambut anda akan menjadi lembut dan wangi.

#5: LOREAL ELSEVE EXTRAORDINARY OIL

“Mahal Sikit Tetapi Bagus!” Ini Antara Syampu & Hair Tonic Terbaik Yang Boleh Didapati Di Drugstore

Dalam banyak-banyak hair oil yang pernah di cuba, yang ini sumpah bagus gila! Letaklah banyak mana sekalipun rambut anda akan jadi lembut gila.

Malah sifatnya yang ringan dan meresap itu memjadi pilihan hati. Recommend for those yang ada masalah rambut kering, berwarna, kejung.

Cara pemakaiannya pun mudah, hanya perlu 2-3 titis di tapak tangan dan ratakan dari tengah rambut sampai ke hujung.

Sumber: Shehnaz Khan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI