Anda perlu meletakkan 100% komitmen untuk kurus dalam masa 60 hari. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang berjaya membuktikannya.
Cuma kesungguhan masa yang menentukan hasilnya yang anda perolehi. Anda yang boleh turunkan berat badan dalam masa sebulan, dua bulan, tiga bulan maha enam bulan pun ada.
Sudah berapa banyak tip yang anda baca? Dan sudah berapa kali anda mulakan misi untuk kuruskan badan?
Jika anda masih selesa dengan cara yang lama, ayuh bangkit kali ini untuk teguhkan niat mahu kurus dalam masa 60 hari.
Bukannya hendak kurus kerana mahu kelihatan kacak semata-mata malah apa yang Maskulin ingin tekankan kepada anda adalah betapa pentingnya menjaga kesihatan diri.
1. Set minda untuk kurus
Kalau anda buat keputusan untuk mahu kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, pastikan hari ini juga anda sudah nekad mahu melakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu hadapan.
Tetapi biasanya selepas bulan Ramadan, ada yang berkata, “Takkan tak nak makan juadah hari raya, setahun sekali kot.” Maka dengan ini, anda memang sukar untuk kurus sampai bila-bila.
2. Pelajari ilmu tentang kalori
Kalori sebenarnya lebih banyak terbakar semasa anda tidur. Mesti ramai yang tak tahu tentang fakta ini kan? Sebenarnya kalau nak kurus, memang mudah sahaja. Caranya, ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari.
Ads
Misalnya anda perlukan 1300 kcal sehari, pastikan jangan makan sehingga lebih 2500 kcal untuk hari tersebut. Kalau kurang daripada 1000 kcal pula, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Apa-apa pun, pengambilannya adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil
Makan dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan perut anda terkejut. Tetapi yang untungnya, anda boleh makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap satu pinggan yang penuh dengan makanan.
Anda boleh simpan biskut di tempat yang mudah anda capai jika perlu namun perlu dipastikan biskut itu mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. Elakkan makan pada waktu malam
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal.
Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
Ads
5. Elakkan makananan dan minuman yang bergula
Tak semestinya anda perlu menunggu waktu tua dan menghidap kencing manis atau diabetes, baru anda nak elakkan makanan dan minuman yang bergula. Kesedaran ini sebenarnya penting untuk semua peringkat umur.
Jadi, jauhi minuman yang bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain secara kerap. Minum air masak itu adalah lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, pasti anda tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat itu wajib dibuang!
6. Tukar makanan kepada yang rendah lemak
Kalau pergi Giant atau Tesco, selepas ini tolong lihat apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan. Kalau anda seseorang yang teliti, anda pasti akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak yang dipamerkan pada pek tersebut.
Berbalik pada ilmu asas, pelajari tentang pengambilan kalori. Begitu juga dengan pengambilan lemak. Pastikan selepas ini anda lebih berjaga-jaga. Kalau terbiasa makan nasi penuh, kali ini paksa diri untuk makan nasi separuh pula.
7. Banyakkan makan buah
Jangan kata Malaysia tiada buah-buahan yang lazat dan berkhasiat. Tahukah anda, buah-buah tropikal ini harganya sangat mahal di negara asing. Berbalik kepada cara untuk kurus secara efektif, makanlah buah-buahan tempatan.
Ads
Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang misalnya ada banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan juga membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan dan berjoging
Kalau tak sempat pergi ke gym pun tak mengapa. Yang penting, anda kena selalu bergerak. Kalau selalu berjoging, lagi bagus. Sesekali kalau asyik naik lif sahaja, apa kata tukar rutin kepada naik tangga pula?
Lebih menyihatkan badan dan boleh mengeluarkan peluh. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peredaran darah malah dapat membuang lemak dan menaikkan stamina.
10. Beri komitmen 100% tujuan asal mahu kurus
Kembali ke tip yang pertama iaitu set minda. Tiada gunanya selepas anda set minda untuk kurus tetapi anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Rasa malas itu sakit penyakit. Anda kena paksa diri anda untuk konsisten dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, anda perlu ingat tak ada gunanya kalau anda ‘exercise’ selama seminggu tetapi selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin ramai di antara anda kurang tahu tentang khasiat bawang putih khususnya untuk golongan lelaki. Kita semua tahu bahawa bawang putih merupakan antara elemn penting dalam masakan. Ia bukan sahaja memberi rasa yang sedap malah mempunyai banyak khasiat.
Malah dalam pelbagai peradaban dan budaya bawang putih digunakan dalam pelbagai jenis masalah. Sama ada masakan barat, Cina, India dan juga masalah tradisi Melayu, bawang putih memainkan peranan cukup penting.
Kali ini MASKULIN ingin mengajak anda untuk mengetahui apakah khasiat bawang putih untuk lelak.
FAEDAH SEKSUAL
Ya, bawang putih memang terkenal sejak dari dulu sebagai antara bahan yang mampu memperbaiki kualiti seks anda. Ia telah lama dianggap sebagai salah satu jenis aphrodisiac. Bawang putih membantu pengaliran darah lalu memperbaiki fungsi tenaga dalaman dan seks anda. Jadi makanlah bawang putih demi untuk diri anda dan isteri, ya.
KESIHATAN JANTUNG
Bawang putih bukan sahaja mampu membantu anda meningkatkan kualiti seksual anda bersama pasangan tetapi ia juga boleh memberikan faedah untuk jantung. Bawang putih mampu membantu untuk melawan penyakit jantung, merendahkan tekanan darah dan menghalang berlakunya darah tersumbat. Ia juga dipercayai boleh merangsang merendahkan kadar kolestrol.
KESIHATAN PROSTAT
Salah satu ancaman besar buat lelaki ialah kanser porstat. Malah terdapat kajian bahawa lelaki yang mengamalkan diet tinggi bawang putih boleh merendahkan risiko terhadap benign prostatic hyperlasia (BPH). Selain bawang putih, bawang besar juga memberikan efek lebih efisyen melawan BPH.
ANTIOKSIDAN, ANTIBAKTERIA & ANTIVIRAL
Bawang putih mengandungi allicin. Ia memberikan banyak khasiat kepada lelaki seperti antioksidan, memerangkap free radicals dan membantu tubuh untuk membuang toksin dan meningkatkan fungsi hati. Kajian juga menunjukkan orang yang sering makan bawang putih lebih rendah risikountuk jatuh sakit. Jika anda demam selsema, bawang putih boleh membantu melegakan hidung yang tersumbat.
UNTUK KAKI
Jika anda sebagai seorang atlet atau sentiasa aktif dalam aktiviti larian atau hiking, kesihatan kaki pastinya menjadi keutamaan. Bawang putih mengandungi enzim yang boleh membantu melawan fungus di bahagian kaki. Lenyek dua ulas bawang putih dan tambahkan di dalam air suam untuk hasilkan footbath. Rendamkan kaki selama 30 minit. Ia boleh membantu kaki anda lebih segar dan tidak dijangkiti fungus.
MELAWAN KANSER
Bwang putih juga mengandugi selenium yang boleh membantu menghalang kanser yang sering menghantui lelaki seperti prostat, usus, rectum dan perut.
Sumber: Prostate.net
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Marathon adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.
Maraton & Buah Pinggang
Ramai orang nampak kelam-kabut bila membaca rencana akhbar tempohari mengenai maraton membahayakan buah pinggang. Mungkin sebab saya seorang pelari maraton juga seorang Pakar Buah Pinggang, sangat ramai yang ajukan soalan dan kerisauan mereka.
Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.
Apakah “acute kidney injury?”
Ianya kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk). AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada “baseline”. AKIN tahap 2, adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.
Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas maraton. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.
Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.
Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang.Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.
Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:
1. Respect the distance
Training / latihan & persiapan sangat penting. Jangan lah dok eksyen tiada training pun anda boleh habiskan maraton. Ini membahayakan kesihatan anda. Dengan latihan, badan & otot anda akan lebih biasa & peka dengan larian sejauh itu. Risiko “rhabdomyolysis” kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.
2. Kekalkan hidrasi Kekalkan hidrasi anda sebelum, semasa & selepas maraton
3. Elak makan ubat tahan sakit
Elakkan makan ubat tahan sakit jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (seperti Ponstan, Voltaren dan yang sewaktu dengannya) selepas larian tersebut.
Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.
Sumber : Siakap Keli
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Remaja 15 tahun, Jayboy Magdadaro dari Cebu, menjadi wira selepas menyelamatkan lebih 50 mangsa banjir ketika Taufan Tino. Keberanian luar biasa ini membolehkannya menerima biasiswa penuh sebagai pengiktirafan.