Makanan terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Masalah kesuburan bukanlah isu yang hanya melibatkan wanita semata-mata. Lelaki juga memainkan peranan besar dalam menentukan peluang kehamilan, terutama dari segi kualiti dan kuantiti sperma.

Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Pemakanan harian sebenarnya boleh memberi kesan langsung terhadap kesihatan sperma dan tahap kesuburan lelaki. Jika anda atau pasangan sedang merancang untuk menimang cahaya mata, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula apa yang dihidangkan dalam pinggan anda setiap hari.

Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Berikut adalah 10 jenis makanan yang terbukti bermanfaat untuk menyokong kesuburan lelaki secara semula jadi.

1. Telur

Telur bukan sahaja padat dengan protein, malah mengandungi vitamin E yang membantu melindungi sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini sekaligus meningkatkan kualiti serta bilangan sperma.

Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Kredit foto: Freepik

2. Bayam

Sayuran hijau seperti bayam kaya dengan asid folik – nutrien penting yang menyokong perkembangan sperma serta membantu meningkatkan kebolehannya untuk bergerak dan membuahi telur.

3. Pisang

Kandungan enzim bromelain dalam pisang berfungsi sebagai anti-radang semula jadi. Pisang juga mengandungi vitamin A, B1 dan C yang membantu dalam penghasilan sperma yang lebih sihat dan berkualiti.

Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Ads

4. Coklat Gelap

Coklat gelap kaya dengan L-Arginine HCL, sejenis asid amino yang mampu meningkatkan isi padu air mani. Ia juga dikenali sebagai makanan yang merangsang hormon dan meningkatkan libido.

5. Asparagus

Sumber vitamin C yang tinggi dalam asparagus membantu melindungi sel sperma daripada kerosakan, sekaligus meningkatkan bilangan serta keupayaan sperma untuk bergerak.

6. Brokoli

Sayur ini mengandungi asid folik yang tinggi dan memainkan peranan dalam menambah jumlah sperma. Kajian menunjukkan pengambilan brokoli secara berkala mampu meningkatkan jumlah sperma sehingga 70%.

Makanan Terbaik Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Kredit foto: Freepik

7. Buah Delima

Buah delima dikenali kerana kandungan antioksidannya yang tinggi, yang membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Ia juga menyokong penghasilan hormon yang baik untuk kesuburan lelaki.

Ads

8. Kacang Walnut

Walnut kaya dengan omega-3 dan arginine – kedua-duanya penting untuk meningkatkan peredaran darah ke buah zakar dan menyokong penghasilan air mani serta sperma yang sihat.

9. Bawang Putih

Kandungan selenium dan vitamin B6 dalam bawang putih membantu melancarkan peredaran darah serta menyokong sistem imun. Ia juga boleh membantu mencegah kerosakan sel yang boleh menjejaskan kesuburan.

 

Ads

10. Makanan Kaya Zink

Mineral zink sangat penting dalam pembentukan sperma. Anda boleh mendapatkannya daripada daging merah, kekacang, barli dan biji labu. Namun, pastikan pengambilannya dalam jumlah sederhana – sekitar 15 mg sehari – kerana terlalu banyak juga boleh memberi kesan sebaliknya.

Pemakanan yang seimbang bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan kesuburan lelaki. Selain daripada makanan-makanan utama di atas, anda juga boleh mencuba makanan tambahan lain seperti lobak, tuna, tomato, oren, biji labu, ginseng dan avokado untuk hasil yang lebih menyeluruh. Menjaga kesihatan reproduktif bermula dari apa yang anda makan – jadi, jom mula dari dapur!

BACA: Punca Sperma Berkurangan Dan Cara Kembali Subur!

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI