Steroid anabolik sering menjadi pilihan bagi lelaki yang ingin membina otot dengan cepat.
Namun, adakah penggunaan steroid benar-benar berbaloi atau lebih banyak mendatangkan mudarat?
Apa Itu Steroid?
Steroid anabolik adalah bahan sintetik yang meniru hormon testosteron dalam badan.
Ia digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan otot dan meningkatkan prestasi fizikal.
Walaupun ia mampu memberikan hasil yang cepat, penggunaan steroid tanpa kawalan boleh membawa kesan sampingan yang serius.
Foto : mStar
Kesan Sampingan Fizikal
Penggunaan steroid secara berlebihan boleh mengundang pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan fizikal.
Salah satu kesannya ialah gangguan hormon, di mana steroid boleh menyebabkan testis mengecut dan mengurangkan penghasilan testosteron semula jadi.
Selain itu, pengguna steroid sering mengalami masalah kulit seperti jerawat teruk akibat peningkatan aktiviti kelenjar minyak.
Ads
Keguguran rambut juga boleh berlaku, terutama bagi lelaki yang mempunyai kecenderungan genetik kepada kebotakan.
Lebih membimbangkan, penggunaan steroid memberi tekanan tinggi kepada organ dalaman seperti hati dan buah pinggang, yang boleh membawa kepada kegagalan organ dalam jangka panjang.
Foto : Iluminasi
Kesan Psikologi
Selain kesan fizikal, steroid juga boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental.
Pengguna sering mengalami perubahan emosi secara mendadak atau lebih dikenali sebagai ‘mood swings’.
Ini boleh menyebabkan mereka menjadi cepat marah atau mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘roid rage’.
Ads
Apabila seseorang berhenti menggunakan steroid, tahap hormon dalam badan berubah secara drastik, yang boleh membawa kepada kemurungan dan kecemasan.
Malah, ada pengguna yang mengalami ketagihan terhadap steroid kerana kesan psikologi dan fizikal yang dialami, menjadikannya sukar untuk berhenti.
Bekam adalah salah satu rawatan tradisional yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat moden.
Ia melibatkan proses mengeluarkan darah kotor dari tubuh melalui kaedah sedutan dan tusukan kecil pada kulit.
Walaupun sering dikaitkan dengan rawatan alternatif, bekam sebenarnya menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang boleh menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.
Foto : Rawatan Bekam
Proses Detoks yang Semula Jadi dengan Berbekam
Darah kotor yang terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk keletihan, sakit kepala dan masalah kulit.
Bekam membantu mengeluarkan darah yang mengandungi toksin ini, sekaligus meningkatkan fungsi organ seperti hati dan buah pinggang dalam proses detoksifikasi.
Meningkatkan Peredaran Darah
Proses sedutan semasa berbekam merangsang peredaran darah yang lebih baik di kawasan yang dirawat.
Ini membantu membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke tisu tubuh, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan.
Foto : Glam Lelaki
Melegakan Stres dan Ketegangan
Bekam juga dikenali sebagai salah satu cara untuk meredakan stres dan ketegangan otot.
Proses ini membantu merehatkan otot-otot yang tegang, terutamanya di bahagian bahu, belakang dan leher.
Ia sangat bermanfaat bagi individu yang sering berhadapan dengan tekanan kerja atau gaya hidup yang sibuk.
Bagi mereka yang mengalami sakit kronik seperti migrain, sakit sendi atau masalah saraf, bekam boleh menjadi alternatif yang berkesan.
Kajian menunjukkan bahawa bekam mampu mengaktifkan sistem saraf yang membantu tubuh mengurangkan persepsi terhadap kesakitan.
Foto : UMSU
Bekam bukan sekadar rawatan tradisional, ia adalah cara yang efektif untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Dengan manfaat seperti detoksifikasi, peningkatan peredaran darah dan pengurangan stres, bekam boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan anda.
Namun, pastikan untuk mendapatkan rawatan daripada pengamal yang bertauliah bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan proses ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmySiapa kata cabaran bomba tak mencabar? Dalam episod 6 Fire Fighter Challenge, Nad dan Syafiq buktikan semangat juang yang tak kenal menyerah! Mereka tak pandang belakang, terus mara hadapi setiap halangan demi mencapai kemenangan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahun, bulan Jun disambut sebagai Bulan Kesihatan Lelaki. Pada tahun 2024, tema yang diangkat ialah “Teach Men and Boys How to Fish (for Health)“, diilhamkan daripada pepatah “Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach a man to fish, and you feed him for a lifetime”, demikian menurut laman web Men Health Month.
Jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu, ia bermaksud “Beri ikan pada seseorang, maka anda memberinya makan untuk satu hari. Ajarkan seseorang itu memancing, maka anda akan memberinya makan seumur hidup.”
Pepatah ini menggambarkan bahawa memberikan ilmu yang berguna jauh lebih berkesan dan bermakna daripada sekadar memberi bantuan sementara. Itu yang ingin diketengahkan pada Bulan Kesihatan Lelaki kali ini.
Dalam konteks kesihatan dan kesejahteraan, tema ini menekankan pentingnya mendidik lelaki dan anak lelaki tentang cara menjaga kesihatan mereka.
Pendidikan yang betul akan membekalkan mereka dengan pengetahuan yang diperlukan untuk membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat, yang akan memberi kesan positif sepanjang hayat mereka.
Matlamat tahun ini adalah untuk “membina pengetahuan lelaki dan anak lelaki untuk mempengaruhi gaya hidup mereka agar membuat pilihan yang lebih sihat yang akan memberi kesan kepada keputusan mereka sepanjang hayat.”
Tarikh Penting Bulan Kesihatan Lelaki 2024
Walaupun Bulan Kesihatan Lelaki berlangsung sepanjang bulan Jun, terdapat beberapa tarikh penting yang khusus untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perbincangan yang lebih mendalam mengenai kesihatan lelaki.
10-16 Jun: Minggu Kesihatan Lelaki
Salah satu tarikh penting ialah dari 10 hingga 16 Jun, yang dikenali sebagai Minggu Kesihatan Lelaki. Minggu ini merupakan inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan lelaki dan menggalakkan institusi untuk membangunkan polisi dan perkhidmatan kesihatan yang lebih mesra lelaki dan keluarganya.
Selain itu, Minggu Kesihatan Lelaki juga akan digunakan sebagai platform untuk membuka ruang perbualan yang bermakna mengenai kesihatan mental dan fizikal.
Isu-isu kesihatan mental sering kali menjadi pantang larang atau sukar untuk dibincangkan di kalangan lelaki. Dengan adanya platform ini, diharapkan dapat mengurangkan stigma dan membuka jalan untuk lebih ramai lelaki mendapatkan bantuan yang mereka perlukan.
Pada 14 Jun pula, akan disambut sebagai “Wear Blue Day”. Pada hari ini, orang ramai digalakkan untuk memakai pakaian berwarna biru sebagai tanda sokongan terhadap kesedaran kesihatan mental lelaki.
Penggunaan tanda pagar #ShowUsYourBlue dan #WearBlue di media sosial juga digalakkan untuk menunjukkan solidariti dan menyebarkan mesej kesedaran ini kepada lebih ramai orang.
Bulan Kesihatan Lelaki 2024 bukan sekadar untuk meningkatkan kesedaran, tetapi juga bertujuan untuk mendidik dan memberi pengetahuan yang dapat membantu lelaki membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan bermakna sepanjang hayat mereka.
Dengan tema “Teach Men and Boys How to Fish (for Health)“, diharapkan lebih ramai lelaki dan anak lelaki dapat memanfaatkan pengetahuan ini untuk kesejahteraan jangka panjang. Sambutlah Bulan Kesihatan Lelaki dengan menyokong kempen ini dan sertai usaha untuk memperbaiki kesihatan lelaki secara menyeluruh.
Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina meninggal dunia selepas menyiarkan video melahap ayam goreng dan nasi putih, demikian lapor The New Paper.
Dongz Apatan, atau nama sebenarnya Manoy Apatan yang aktif berkongsi video mukbang menikmati makanan bersaiz hidangan besar di laman Facebooknya, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok.
Dia yang berusia 38 tahun itu mempunyai lebih 457,000 pengikut di laman media sosial itu.
Manoy kali terakhir dilihat menerusi sebuah hantaran video pada 13 Jun, memaparkan sejumlah besar ayam digoreng di dalam kuali yang kemudiannya dimakan oleh Manoy bersama nasi putih.
Keesokan harinya, adik perempuannya Leah Apatan memaklumkan menerusi hantaran Facebook yang Manoy mengalami serangan jantung sekitar jam 3 petang dan dikejarkan ke hospital.
“Terdapat banyak komen mengatakan yang Manoy patut mati kerana dia tamakkan makanan, tetapi itu hanya sekadar kandungan,” kata Leah kepada media tempatan.
“Dia sebenarnya tidak makan banyak. Dia juga tidak menghabiskan hidangannya. Manoy tidak tamak, dia membantu orang lain,” tambah Leah.
Akibat Garam Berlebihan & Daging Setiap Hari
Doktor pakar jantung Tony Leachon memberitahu yang punca kematian Manoy adalah disebabkan strok hemoragik.
“Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darahnya meningkat dan saluran darah di otaknya pecah,” jelasnya.
“Ia berpunca daripada makanan bergaram tinggi dan pengambilan daging. Anda melakukannya setiap hari dan saluran darah anda di dalam otak akan tersumbat”.
Memetik portal Gleneagles Hospital, strok adalah seperti serangan jantung, tetapi strok menjejaskan saluran darah di otak dan bukannya jantung.
Strok hemoragik pula erlaku apabila salah satu saluran darah di otak pecah dan berdarah.
Keadaan ini kemudian menghalang sebahagian otak daripada menerima oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kerosakan.
Strok hemoragik dikelaskan mengikut jenis darah yang menyebabkan kerosakan.
Jenis yang paling biasa ialah aneurisme yang berlaku apabila arteri di otak yang melemah atau pecah.
Sekadar makluman, mukbang merupakan istilah gabungan dua perkataan Bahasa Korea iaitu “meokneun” yang bermaksud makan dan “bangsong” yang bermaksud siaran.
Istilah itu merujuk kepada pencipta kandungan media sosial yang berkongsi video mereka menikmati makanan sambil beramah mesra dengan penonton.