Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Jika tidak ditangani dengan segera, stres boleh memudaratkan fizikal dan mental. Oleh itu, saat anda mengalami stres, tubuh memerlukan nutrisi yang baik untuk mengawal emosi.

Selain rehat yang secukupnya, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang juga penting kerana ia boleh membantu anda dalam merawat stres.

Ini merupakan antara makanan yang boleh membantu menghilangkan masalah stres anda. Jangan bimbang kerana makanan ini menyihatkan dan tidak menggemukkan.

1. AVOKADO

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Selain boleh menurunkan paras gula dalam badan, buah yang sering menjadi pilihan ketika diet ini boleh memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan anda untuk mengunyah. Ia dapat membantu mengawal hormon stres pada tubuh. Buah avokado kaya dengan pelbagai khasiat antaranya folat, Omega-3, vitamin E, vitamin B, vitamin A dan pelbagai nutrisi penting yang lain.

2. COKLAT GELAP

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!

IKLAN

Pakar kimia dari Jerman, Justus Von Liebig mengesahkan bahawa coklat adalah makanan yang sempurna. Di sebalik rasanya yang enak, coklat kaya dengan nutrisi tambahan yang boleh memulihkan tenaga. Amalan mengunyah coklat ketika dilanda stres boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira kerana ia merembeskan hormon endorfin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.

3. BUAH BERI

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Buah beri mengandungi bahan antioksidan yang tinggi yang dikenali sebagai antosianin. Semua buah beri termasuk strawberi, raspberry dan blackberry kaya dengan vitamin C yang boleh membantu mengatasi stres. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah beri juga dapat membantu menghasilkan dopamin yang berfungsi untuk menajamkan tumpuan, memori dan memperbaiki mood.

4. TEH

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!

IKLAN

Sejak dahulu lagi teh dipercayai boleh membantu mengubati beberapa masalah kesihatan dan menjadi minuman penghilang stres. Menurut satu kajian, para responden yang mengambil teh sebanyak empat cawan sehari selama enam minggu mengalami penurunan hormon kortisol dalam situasi yang boleh menyebabkan stres. Menurut seorang pakar zat makanan, minum teh panas di pagi hari boleh membuatkan anda lebih tenang.

Bahkan menurut satu kajian pada tahun 2011 mengatakan bahawa kandungan L-theanine-asam amino dalam teh hijau boleh membuatkan fikiran menjadi tenang dan aman. Ini kerana teh hijau dilengkapi dengan kandungan kafein yang mampu menambahkan konsentrasi dan fokus.

5. PISANG

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Pisang mempunyai kandungan asam amino tryptophan dan protein yang diubah menjadi serotonin di dalam tubuh untuk memberikan kesan relaks, boleh memperbaiki mood dan memberikan rasa bahagia. Ia juga memiliki kandungan vitamin A, B, dan C yang bagus untuk menstabilkan tekanan darah.

IKLAN

6. OAT

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Oat merupakan snek yang bagus untuk diamalkan kerana ia mengandungi tryptophan yang boleh menghasilkan rasa tenang. Oat juga mengandungi kandungan vitamin B6 dan magnesium yang tinggi, menjadikan ia antara makanan yang melegakan. Karbohidrat kompleks yang ada di dalam oat dapat membantu meningkatkan kadar serotonin iaitu hormon mood baik dalam otak. Serotonin tidak hanya memiliki sifat antioksidan, sebaliknya ia juga dapat menenangkan sekali gus membantu mengatasi masalah stres.

7. YOGURT

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Mengamalkan pengambilan yogurt juga dapat menurunkan peningkatan stres yang berlebihan. Bukan itu sahaja, yogurt juga dapat meningkatkan kadar serotonin dalam otak sekali gus memberikan rasa tenang ketika anda dilanda stres.

8. IKAN SALMON

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Stres berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon adrenalin dan kortisol. Mengambil ikan salmon, antara makanan anti-stres yang berkesan kerana adanya kandungan lemak asid Omega-3 yang boleh melawan kesan negatif daripada hormon stres, sekali gus mengurangkan kadar adrenalin dan kortisol di dalam badan.

9. SAYUR-SAYURAN BERDAUN HIJAU

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Bukan sahaja menyihatkan, sayur-sayuran yang berdaun hijau mengandungi kandungan folat yang boleh menghasilkan dopamin iaitu zat kimia otak yang boleh merangsang kebahagiaan. Selain itu, ia juga dapat membantu memberikan ketenangan dan menghilangkan tahap stres.

10. KEKACANG

Makanan Yang Sesuai Untuk Merawat Stres, Yang Penting Sihat & Tak Menggemukkan!Kekacang seperti badam, pistachio, kacang walnut, biji bunga matahari, labu dan bijan kaya dengan vitamin B2, vitamin E, magnesium dan zink. Magnesium dapat mencegah daripada kemurungan dan membantu dalam menstabilkan emosi. Manakala vitamin B2 dapat memberikan rasa gembira, zink pula antara komponen untuk melawan stres dan vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI