Sekitar April lalu, pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengesahkan akan memasarkan model scrambler klasik Benelli Leoncino. Akhirnya model berkenaan rasmi berada di pasaran tempatan pada harga RM29,678 (termasuk GST) seunit.
Buat anda yang tidak punya masa untuk membaca. Infografik di bawah merangkumi informasi lengkap tentang Scrambler Itali itu:
Ads
Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya klasik, tetapi juga digabungkan dengan teknologi moden. Ia dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS), instrumen digital dan teknologi lampu LED.
Ads
Benelli Leoncino dipasang di Malaysia dan hanya akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Pelanggan boleh memilih Leoncino warna hitam atau merah dan model tersebut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.
Ads
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kuala Lumpur bakal jadi pusat tumpuan dunia bila Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) berlangsung dari 8 hingga 11 Julai 2025. Tapi dalam masa yang sama, kau kena ready sebab banyak jalan utama & lebuh raya sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.
Ni bukan acara biasa-biasa, bro. Mesyuarat ni himpunkan barisan Menteri Luar Negeri ASEAN, VVIP dan pegawai penting. Demi keselamatan & kelancaran acara, trafik sekitar KL akan dikawal ketat.
Kalau kau jenis yang ulang-alik kerja atau ada plan lepak tengah bandar minggu ni, elok sangat kau take note benda ni.
➡️ Lebuh KLIA ➡️ Lebuhraya Elite ➡️ Lebuhraya MEX ➡️ Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban ➡️ Lingkaran Putrajaya ➡️ Jalan Istana ➡️ Jalan Damansara ➡️ Jalan Tun Abdul Razak ➡️ Jalan Ampang ➡️ Jalan Sultan Ismail ➡️ Jalan Bukit Bintang ➡️ Jalan Imbi
Kalau biasa lalu kawasan ni awal pagi, better plan route lain siap-siap.
➡️ Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee ➡️ Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng ➡️ Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC
Area KLCC memang sesak waktu biasa pun, minggu ni lagi padat bro. Jangan degil, elak lalu kalau tak ada urusan penting.
➡️ Pukul 7 pagi — Laluan hotel ke KLCC ➡️ Pukul 4 petang — Laluan KLCC ke hotel
➡️ Pukul 7 pagi — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 5 petang — KLCC ke hotel ➡️ Pukul 7 malam — Hotel ke KLCC ➡️ Pukul 10 malam — KLCC ke hotel
➡️ Laluan hotel ke KLCC
Datuk Seri Yusri Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pesan kat semua:
✅ Rancang perjalanan lebih awal – Jangan last minit baru nak redah, nanti menyesal ✅ Guna pengangkutan awam – MRT, LRT, Monorel semua berjalan seperti biasa, lebih lancar & jimat stress ✅ Elak pusat bandar waktu puncak – Lagi-lagi untuk kenderaan perdagangan, jangan masuk kawasan sesak kalau tak nak menyumbang pada trafik jem
Sebagai pemilik kereta, anda pasti peka dengan setiap perubahan yang berlaku pada kenderaan kesayangan anda. Sensasi pemanduan harian sudah sebati, jadi bila ada ‘sesuatu yang tak kena’, deria anda pasti dapat mengesannya dengan pantas.
Namun, mengesan masalah itu satu hal, memahami puncanya pula adalah cerita yang berbeza. Bukan semua daripada kita arif selok-belok enjin kereta.
Ambil contoh paling biasa: tiba-tiba kereta terasa berat sewaktu dipandu. Bagi yang berkemampuan, mungkin jalan mudahnya terus ke bengkel.
Tapi hati-hati! Jangan sampai jadi mangsa penipuan bengkel yang terus mendakwa perlu ‘overhaul’ dengan kos yang melambung tinggi.
Sebenarnya, rasa berat pada kereta ketika memandu boleh jadi petanda pelbagai masalah kecil yang boleh diselesaikan tanpa perlu berhabis ribuan ringgit. MASKULIN kongsikan beberapa punca utama yang mungkin menjadi penyebabnya:
Palam Pencucuh (Spark Plug) Sudah Tamat Hayat: Palam pencucuh mempunyai jangka hayat sekitar 30,000 km atau setahun sekali. Jika sudah melepasi tempoh ini, prestasinya akan menurun dan memberi kesan pada kuasa enjin.
Tappet Enjin Lari ‘Setting’: Tappet di dalam ruang enjin boleh beralih dari tetapan asalnya. Lakukan pelarasan tappet setiap 18 bulan jika kereta kerap digunakan untuk perjalanan jauh, atau dua tahun sekali bagi penggunaan biasa.
Penapis Petrol Tersumbat: Penapis minyak petrol yang tersumbat akan menghalang aliran bahan api lancar ke sistem pembakaran enjin (karburetor/suntikan minyak). Sebaiknya, tukar penapis ini setiap kali anda menukar timing belt.
Penapis Udara Penuh Habuk: Penapis udara (air filter) yang kotor dan tersumbat dengan habuk juga mengehadkan aliran udara ke enjin, menyebabkan kereta terasa berat. Cuci atau ganti penapis udara jika perlu.
Enapan Karbon Berlebihan: Pengumpulan karbon berlebihan di dalam sistem pembakaran enjin boleh menjejaskan prestasi. Disarankan untuk melakukan cucian karbon setiap dua tahun sekali.
Brek Cakera Melekat: Sistem brek yang tidak diservis atau diperiksa secara berkala boleh menyebabkan piston brek melekat, menghalang disc brake daripada dilepaskan sepenuhnya selepas brek ditekan. Cuba pandu perlahan pada gear 1 atau 2 dan dengar jika ada bunyi geseran. Tukar minyak brek setiap tiga atau empat tahun, dan tukar pad brek bila diperlukan.
Bearing Roda Rosak: Selepas usia kereta mencapai 8 hingga 10 tahun, bearing roda mungkin mula rosak. Tanda kerosakan ini biasanya adalah bunyi berdengung kuat yang kedengaran apabila memandu pada kelajuan 80 km/j ke atas.
Timing Enjin Lari:Timing enjin kereta yang terlalu rendah atau lari daripada tetapan asal juga boleh menjadi punca. Lakukan pelarasan semula timing enjin di bengkel.
Dengan mengetahui punca-punca ini, anda lebih bersedia dan tidak mudah ditipu sekiranya berhadapan dengan masalah kereta terasa berat. Pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan optimum.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini kita sudah memasuki 21 Ramadan, bermakna tidak lama lagi ramai di antara kita semua akan mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Pelbagai medium pengangkutan akan menjadi pilihan namun majoritinya akan pulang dengan menaiki kereta.
Jika anda sebagai ketua keluarga pastinya keselamatan ahli keluarga dan juga keselesaan mereka juga menjadi keutamaan.
Besar kemungkinan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi segala persiapan mungkin anda sudah siapkan. Servis kereta pun sudah. Tapi bagaimana caranya untuk jimatkan penggunaan minyak dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Kalau ikut caranya memang anda boleh jimatkan kos minyak. Jadi apa yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak atau tak bazirkan minyak kereta kita adalah dengan beberapa perkara ini. Ada cara yang betul pemandu harus lakukan.
1Ikut kelajuan yang ditetapkan. Bawa laju memang menghabiskan minyak. Tapi bawa dengan kelajuan yang consistent boleh elak kita daripada bazirkan minyak okay ?
Apa salahnya pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7 atau 8 buka lah tingkap. Atau petang – petang. Cuaca pun dah redup kan.
Sekarang ni semua orang bergantung kepada Waze. Bukan sebab kita tak tahu jalan tetapi Waze bagi tahu mana jalan pintas shortcut sekiranya berlakunya kesesakan. Secara tak langsung boleh menjimatkan minyak.
Elakkan bawa kereta semasa hujan. Rintangan air di jalan raya buat kereta lebih berat dan perlukan tekanan minyak yang tinggi
Periksa tekanan tayar kereta anda. Jika kurang angin maka lagi banyak menggunakan minyak kerana ia tidak pergerakannya tidak lancar.
Bawalah barang yang tidak keterlaluan. Ingat anda mahu pulang beraya bukannya pindah rumah. Jadi pastikan muatan kereta pun biarlah berpada dan sesuai.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu memberikan manfaat untuk anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang