Sebut sahaja Amazon pastinya cukup ramai yang mengenali jenama ini. Apa tidaknya ia kini berada ditangga ketiga jenama paling berharga di seluruh dunia.
Jadi tidak hairanlah logonya juga cukup dikenali ramai dan sentiasa muncul di skrin komputer dan juga peranti pintar milik kita semua. Tapi tahukah anda maksud di sebalik logo jenama Amazon?
Foto: Getty Images
Segalanya bermula dengan pengasasnya yang kini merupakan manusia ketiga terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos. Mengimbas kembali penubuhan syarikat ini pada tahun 1994, Jeff Bezos merancang untuk mencipta kedai buku terbesar di dunia.
Bermula dari situ dia mula mencari idea untuk memberikan nama dan logo yang sesuai. Pada awalnya, Jeff Bezos dikatakan ingin menamakan syarikatnya dengan nama ‘Cadaver’, seperti dijelaskan oleh penulis teknologi terkenal, Brad Stone menerusi bukunya, ‘The Everything Store’.
Ads
Namun selepas melihat beberapa kemungkinan Jeff Bezos membukan halaman kamus pada seksyen huruf ‘A’. Di situ dia tertarik dengan perkataan ‘Amazon’. Jelas Brad lagi, nama Amazon itu sendiri cukup hebat kerana ia bukan sahaja sungai terbesar di dunia malah berkali ganda lebih besar dari sungai seterusnya.
Ia merupakan nama yang dilihat cukup sesuai buat syarikatnya dan berharap untuk menjadikan platform buku di atas talian mampu memberikan tawaran besar secara simbolik seperti sungai tersebut.
Ads
Bak kata orang, ‘the rest is story’. Sejak penubuhannya Amazon kini menjadi gergasi dunia dengan mengembangkan tawaran produk pelbagai kategori. Malah boleh dikatakan apa sahaja jenis produk terlintas di fikiran pasti ada di Amazon.
Ads
Lihatlah pula pada logonya. Sekali imbas ramai akan ingat terdapat bentuk senyuman di bawah logo ‘Amazon’. Namun tahukah anda ia adalah anak panah yang merujuk daru huruf ‘a’ ke huruf ‘z’?
Ia melambangkan pengguna mampu mencari apa sahaja produk tersenarai dari A sampai Z.
Sekarang anda tahu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesetengah orang memang ada memasang niat untuk bergelar seorang pelakon namun realitinya, tidak ramai yang tahu tentang cabaran yang bakal dihadapi.
Dalam erti kata lain, tidak semua berpeluang menjadi ‘bintang’ malah ada yang masih kekal merangkak sebagai ‘extra’ biar pun sudah ratusan filem atau drama disertainya.
Namun begitu, jika anda berjaya menempatkan diri sebagai seorang pelakon yang kekal relevan tanpa terpalit sebarang kontroversi yang melampau, itu sudah menjadi satu pencapaian yang baik.
Menerusi entri kali ini, penulis telah menemu bual salah seorang production manager (PM) yang telah lama terlibat dalam bidang seni, Aimi Said.
Selain pernah terlibat sebagai pengurus artis dalam bidang muzik suatu ketika dahulu, Aimi yang berusia 37 tahun baru-baru ini telah menggalas tanggungjawab sebagai PM kepada sebuah drama bersiri yang sedang top antaranya Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di TV3.
Ketika ditemu bual, Aimi telah berkongsi 11 tips dan info ini sangat penting buat mereka yang ikhlas ingin menyertai bidang lakonan :
1. Miliki kepelbagaian teknik lakonan
Sebagai seorang pelakon, teknik lakonan merupakan sesuatu yang amat penting. Setiap pelakon harus bijak menyesuaikan diri dengan watak yang dibawa untuk memantapkan gaya lakonan tersebut seiring dengan skrip yang diberikan.
2. Harus jadi kreatif
Seorang pelakon harus pandai mencipta kaedah lakonan mengikut kreativiti sendiri dan penciptaan ini boleh meluaskan lagi serta menambah pengetahuan pelakon tersebut bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang pelakon yang hebat.
3. Letakkan diri dalam dilemma
Seseorang pelakon memerlukan dilemma untuk menjayakan sesuatu watak. Hal ini kerana dilemma merupakan antara method yang paling baik untuk menghidupkan watak kerana ia menyebabkan pelakon ‘terpaksa’ masuk ke dalam watak yang diberikan.
4. Faham karakter
Pelakon harus memahami sesuatu karakter yang dibawa. Perkara ini akan memudahkan dia berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu kepada penonton dengan penuh perasaan dan emosi itu dapat dirasai bersama.
5. Study watak sebaik mungkin
Bukan sahaja pelajar malah pelakon juga harus membuat homework sebelum masuk ke dalam dunia lakonan tersebut. Seseorang pelakon itu perlu rajin menganalisis, memahami dan tahu tentang latar belakang watak yang dibawanya.
6. Hadam teks dan skrip
Apabila terpilih untuk memegang sesuatu watak dan diberikan skrip, pelakon harus memahami teks tersebut dari mula pembacaan skrip sehinggalah ke pengakhirannya. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengadaptasi teks tersebut.
7. Jaga attitude di set
Untuk kekal relevan dalam industri, attitude semasa di set penggambaran harus dijaga. Anda harus tahu yang apabila anda belakon, anda hanya dibayar gaji untuk bekerja. Maka, patuh dan ikut arahan. Populariti juga akan datang daripada hasil kerja yang dibuat.
8. Jangan demand melampau
Tidak salah untuk seseorang pelakon itu demand harga mengikut kadar yang bersesuaian. Tetapi jika melampau-lampau, susah untuk PM menawarkan job. Kebiasaannya, jika seseorang pelakon itu tidak berkira tetapi senang terima bayaran yang berpatutan, penerbit dan PM juga akan mudah untuk memberikan job yang lain.
9. Buang sifat sombong dan bajet popular
Jangan bersikap sombong dan pandang rendah terhadap kru filem dan sesiapa sahaja yang berada di set penggambara. Anda perlu tahu bahawa anda jadi terkenal menerusi komitmen orang yang berkerja di dalam set yang sama.
10. Jaga calltime
Menjadi seorang pelakon, bukan bermaksud anda bekerja mengikut waktu pejabat masuk 8 pagi balik 6 petang atau kerja 10 pagi balik 10 malam. Bekerja sebagai seorang pelakon memang tidak tentu masanya. Justeru, calltime sangat penting untuk tidak mengganggu jadual penggambaran yang dirancang.
11. Sediakan wardrobe
Seseorang pelakon itu harus faham bahawa wardrobe (pakaian) seharusnya disediakan oleh pelakon itu sendiri dan bukannya daripada pihak produksi. PA pelakon seharusnya alert untuk menyediakan wardrobe sendiri atau tajaan untuk pelakon yang dijaganya dan bukannya datang set lengang kangkong dan tidak beterima kasih tetapi hanya tahu complaint sahaja itu dan ini.
12. Kerja kuat dan ikhlas
Memang untuk menjadi seorang pelakon itu harus mempunyai aura, bakat dan peminat tersendiri. Tetapi pada masa ini, formula itu sudah tidak menjadi. Ia memerlukan keikhlasan, kerja kuat dan sentiasa merendah diri secara konsisten untuk memastikan seseorang itu kekal relevan sepanjang masa.
Nampak macam mudah bukan? Glamournya dunia artis. Tetapi di sebalik tabir, itulah kisah realiti yang perlu dihadap dan dijadikan sebagai tanggungjawab.
Kongsi Aimi, jika berdepan dengan pelakon yang bijak dan pandai menyesuaikan diri, syukurlah untuk kesemua kru produksi yang bekerja.
Jika tidak, pasti akan berdepan dengan mereka yang lupa diri dan meminta itu dan ini untuk disediakan segala keperluan mereka.
“Ingat harga yang dibayar kepada anda sudah cukup tinggi dan anda cuma bekerja makan gaji sebagai seorang pelakon.
“Perkongsian ini bukan untuk mereka yang sudah berada dalam industri sahaja malah khas buat mereka yang memasang niat untuk bergelar seorang bintang,” ujar Aimi.
Aimi yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai pegawai polis menegaskan, dalam pekerjaan sebegini, anda seharusnya memasang niat untuk mencari rezeki bukannya jalan pintas untuk dikenali namun akhirnya, membuatkan anda lupa diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang tak dinafikan, bukan setakat wanita yang memastikan bentuk tubuh kekal ideal dan langsing, lelaki juga berusaha keras menjaga penampilan agar tidak berlebihan berat badan.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pencapaian yang membanggakan buat pemain sayap negara bertubuh kecil ini apabila memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar.
Faisal Halim mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya ‘menipu’ pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.
AFC sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.
Sekadar info, Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).
Tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.
Tahniah Faisal, moga kejayaan ini menjadi inspirasi anak muda untuk memajukan sukan bola sepak tanah air.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.