Pasti ramai yang berniat untuk menyimpan di awal bulan, tup tup dapat gaji semua habis kadang-kadang tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’ la jawabnya.

Mampu Dapat RM5,580 Setahun! Ikut Tip Ekstrem Lelaki Ini Simpan Duit Dengan Pasangan

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, yang penting fokus dan demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.

Tapi bagaimana nak simpan duit? Jadi kami kongsikan tip saudara Hafizul Hakim ni, paling seronok kalau buat bersama pasangan. Akhir tahun boleh siap bercuti bersama dahhh. Beliau praktikkan dan dia berjaya menyimpan RM5580 setahun . Menarik, kan?

Mampu Dapat RM5,580 Setahun! Ikut Tip Ekstrem Lelaki Ini Simpan Duit Dengan Pasangan

Ini Caranya :

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

IKLAN

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

IKLAN

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Mampu Dapat RM5,580 Setahun! Ikut Tip Ekstrem Lelaki Ini Simpan Duit Dengan Pasangan

IKLAN

HASIL SETAHUN

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan

Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?

– Kumpul modal deposit rumah
– Kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– Dana kecemasan keluarga
– Dana pendidikan anak-anak
– Dana umrah/haji
– Spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Best kan!  Menarikkan dan bagus tip yang dikongsikan oleh lelaki ni, apa lagi jom tag pasangan masing-masing.

Selamat menabung!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI