Tanyalah mana-mana pemilik kereta atau kenderaan. Di antara jenis kerosakan yang boleh membuatkan darah mereka berderau ialah timing belt rosak atau putus. Ini kerana apabila kerosakan pada komponen ini berlaku ia boleh menyebabkan kerosakan yang sangat teruk dan pemilik perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk baikinya.
Buat anda yang memiliki kereta berusia 2 atau tiga tahun ke atas, perkara seperti ini perlu diberikan perhatian yang cukup baik. Salah satu persoalan yang mungkin anda tertanya-tanya atau tidak berapa pasti adalah bilakah masanya atau perlu untuk tukar timing belt?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pakar automotif, Proshox Garage dari Johor Bahru menerusi satu hantaran mereka di Facebook.
Kalau anda ingin tahu jawapan dan penjelasan yang cukup mantap dari pakar ini, ikuti perkongsian mereka di bawah!
——————————————
Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.
Ads
TIMING CHAIN
Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih. Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin.
Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.
Foto: carsofmalaysia.com
TIMING BELT
Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.
Ads
Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar.
Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.
Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak. Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya.
Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!
** timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti atau pun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000 ke 30000km.
Selain dari kereta Honda bengkel kami pon buat untuk model kereta Proton, Perodua , Toyota & Nissan.
——————————————————-
Semoga perkongsian dari Proshox Garage memberikan anda manfaat sebaiknya.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
iCAUR V23 EV 2026 akhirnya tiba di Malaysia, membawa nafas baharu dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
SUV elektrik berkonsepkan retro-off-road ini bukan sahaja tampil dengan reka bentuk kotak klasik yang memikat, tetapi juga hadir dengan harga jauh lebih rendah daripada jangkaan, menjadikannya pilihan pintar bagi mereka yang mencari gaya dan prestasi dalam satu pakej.
Pelancaran rasmi iCAUR V23 EV 2026 mengejutkan ramai apabila harganya disemak turun daripada anggaran asal RM145,000. Kini, harga jualan sebenar menjadikan model ini lebih kompetitif dalam segmen SUV elektrik tempatan:
Perbezaan harga ini menjadikan V23 hampir setara dengan model iCAUR 03, memberi pembeli pilihan antara gaya coupe moden atau SUV off-road klasik.
iCAUR V23 EV 2026 hadir dalam dua pilihan varian tenaga — 2WD dan iWD — dengan kuasa yang sepadan untuk keperluan berbeza:
Varian iWD menawarkan kombinasi kuasa dan jarak gerak terbaik untuk pemandu yang menghargai prestasi tinggi dan perjalanan jauh tanpa kompromi.
Berbeza daripada iCAUR 03 yang futuristik, iCAUR V23 EV 2026 menonjol dengan reka bentuk kotak bergaya klasik, diinspirasikan daripada model legenda seperti Toyota Land Cruiser, Mercedes-Benz G-Class, dan Land Rover Defender.
Bahagian dalam iCAUR V23 EV 2026 mengutamakan praktikaliti dengan panel kawalan fizikal dan suis mesra sarung tangan (glove-friendly dials). Ini menjadikannya mudah dikendalikan dalam situasi off-road sebenar.
Ruang But: 234 liter (tempat duduk tegak) atau 744 liter (tempat duduk dilipat) — walaupun tidak sebesar model 03, ruangnya mencukupi untuk aktiviti lasak harian.
Semua varian iCAUR V23 EV 2026 dilengkapi dengan 12 fungsi keselamatan ADAS termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), dan Blind Spot Detection. Ciri lain termasuk:
V23 EV disertakan dengan jaminan kenderaan 7 tahun/150,000 km, dan jaminan bateri serta unit pemacu elektrik selama 8 tahun/160,000 km. Pembeli terawal turut menikmati pakej Early Bird yang merangkumi:
iCAUR V23 EV 2026 ialah bukti bahawa EV tidak semestinya mahal. Dengan harga bermula bawah RM120k dan reka bentuk rugged yang menawan, ia menawarkan gabungan gaya klasik dan teknologi moden. Bagi mereka yang mencari SUV elektrik dengan keperibadian unik, model ini wajar diberi perhatian serius.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasaran motosikal besar tempatan sebenarnya agak sepi buat seketika. Khabarnya Ducati Malaysia bakal melancarkan beberapa model baru ke pasaran Malaysia. Antaranya ialah model Ducati Scrambler Cafe Racer dan Scrambler Desert Sled.
Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran dua model berkenaan masih belum disahkan. Ducati Malaysia memaklumkan dua model itu bakal tiba ke pasaran tempatan sama ada penghujung Julai ini atau pun awal Ogos.
Mengukuhkan lagi ketibaan dua model itu apabila penulis sendiri terlihat model berkenaan sedang diuji oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahagian automotif.
Model Ducati Scrambler Cafe Racer diperkenalkan pada pameran EICMA 2016, Milan, Itali. Negara jiran, Indonesia melancarkan model klasik berkenaan pada 19 Mei lalu.
Ducati Scrambler Cafe Racer dijana oleh enjin 803cc dengan teknologi L-Twin Desmodromic Distribution. Enjin berkenaan menghamburkan kuasa 55kW pada 8250rpm dan tork maksimum 68Nm pada putaran enjin 5750rpm.
Tenaga yang dihasilkan kemudian disalurkan melalui sistem transmisi 6-kelajuan dengan klac basah APTC Multiple bersama Kawalan Mekanikal yang akan menjadikan tarikan pecutan jentera begitu ganas. Dilengkapi dengan emisi Euro4, kecekapan bahan api tidak perlu diragukan.
Gabungan gaya klasik dan moden begitu seimbang pada setiap sisi luarannya. Rekaan lampu depan bulat dengan padanan teknologi LED memberikan pencahayaan yang terang pada waktu malam. Manakala, lampu belakang turut didatangkan dengan ciri LED bersama lampu difusi. Bahagian tepi tangki minyak bersaiz 13.5 liter itu disisipkan lencana ‘Scrambler’ yang timbul.
Gaya cafe racer boleh dilihat pada bahagian pelana balutan kulit berwarna coklat. Pihak Ducati memilih ekzos perlumbaan berwarna hitam bersama peredam aluminium Termignoni yang menyerlahkan imej sporty.
Cafe racer itu juga menampilkan panel digital LCD yang merangkumi informasi speedometer, jarak perjalanan dan jam. Walaupun kelihatan ringkas tetapi tetap informatif.
Menyentuh soal rangka, Ducati Scrambler Cafe Racer menggunakan rangka kukuh jenis Tubular Steel Trellis. Rangka berkenaan bukan sahaja kuat tetapi juga ringan. Sehingga mampu membuatkan model klasik berkenaan memecut dengan mudah.
Penulis berpeluang menunggang uji model tersebut. Dengan tinggi pelana 805mm dirasakan sudah cukup ideal, walaupun para pengguna di Malaysia memiliki postur tubuh sederhana. Penulis dengan ketinggian 156 sentimeter sedikit menjengket. Tapi masih selesa.
Scrambler Cafe Racer mempertaruhkan sitem brek Brembo berukuran 330mm pada bahagian depan dan bahagian belakang bersaiz 245mm. Melengkapkan bahagian kaki, Ducati menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso II. Tidak ketinggalan model ini didatangkan dengan ciri ABS sebagai standard.
Penulis menjangkakan harga Ducati Scrambler Cafe Racer ialah RM68, 000 seunit.
SPESIFIKASI DUCATI SCRAMBLER CAFE RACER ENJIN: 803cc, teknologi L-Twin Desmodromic Distribution KUASA MAKSIMUM: 74hp @ 8,250rpm TORK MAKSIMUM: 68Nm @ 5750rpm TRANSMISI: 6-kelajuan wet klac APTC Multiple PxLxT: 2,107mm X 810mm X 1,066mm JARAK RODA: 1,436mm TINGGI PELANA: 805mm BERAT: 188kg SUSPENSI: Fork terbalik Kayaba berukuran 41mm (depan) / Penyerap hentak Kayaba dengan preload yang boleh laras Kayaba SAIZ TAYAR: 120/70 ZR17 (depan)/ 180/55 ZR17 (belakang)
Ketika kereta diperkenalkan sebagai pengangkutan paling efisien untuk manusia bergerak dari poin A ke poin B, ia hanya berfungsi sebagai kenderaan semata.
Namun seiring dengan perubahan zaman serta evolusi pelbagai teknologi automotif kereta kini sudah terbahagi kepada banyak kategori. Malah ia bukan dianggap sebagai kenderaan pengangkutan semata.
Kereta kini menjadi sebahagian daripada identiti, personaliti, medium untuk hobi dan juga pelbagai tujuan lagi. Namun walau apa jua objektifnya ia masih tetap sama – membawa kita dari poin A ke poin B.
Di kotaraya yang besar dan sibuk kereta bersaiz kecil kini menjadi salah satu opsyen yang cukup baik. Maka tidak hairanlah mengapa pengeluar automotif kini turut teruja memperkenalkan kereta bersaiz kecil yang kadangkala hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja.
Selain sifatnya yang kecil dan menjimatkan ruang ia juga tidak menggunakan banyak bahan api atau tenaga. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 kereta paling kecil di dunia yang cukup popular.
Diperkenalkan sejak tahun 2016, Ford Ka atau juga dikenali dengan nama Ford Figo dipasarkan di beberapa buah negara seperti Itali, Mexico, Sepanyol, Afrika Selatan dan Argentina.
Kereta comel dengan 4 tempat duduk dan 3 pintu ini dikuasakan enjin elektrik. Ia direka oleh Pininfarina dan dikeluarkan oleh Cecomp di Bairo, Itali.
Dikeluarkan oleh syarikat Think yang dimiliki oleh Ford, pengeluar asal Norway ini cukup popular di negara-negara scandinavia. Namun sejak berdepan masalah bankrap ia telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2012.
Pengeluar yang cukup sinonim dengan model kereta kompak, Daihatsu cukup dipercayai ramai. Kereta kecil dua pintu ini menggunakan enjin petrol dan dipasarkan di UK, Jepun, Jerman dan Belanda.
Kecil tapi bergaya! Dihasilkan oleh Kandi Technologies dari China, kereta kompak ini mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2009.
Tidak dinafikan, Smart merupakan jenama yang paling sinonim dengan imej kereta kecil dan kompak. Turut dikenali sebagai kereta mikro, The Smart Two dihasilkan oleh Daimler Ag dan diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1998.
Kereta keluaran Tata Motors yang berasal dari India ini juga tidak kurang hebatnya. Ketika mula dipasarkan ia diberi nama julukan ‘The People’s Car’ kerana harganya yang sangat murah.
Kereta mikro elektrik yang dikeluarkan Comuter Cars ini memmpunyai dua motor elektrik bagi sokongan setiap roda.
Ia merupakan kereta hibrid dari Tangho dan VentureOne. Menggunakan ultra-compat battery-electric, kereta keluaran negara Perancis ini dihasilkan oleh Lumeneo.
Satu lagi jenama asal Norway yang telah menyaksikan ia dipasarkan ke 18 buah negara. Kereta 2 pintu dan 3 tempat duduk ini merupakan generasi ke-6. Ia pintar, elegan dan memiliki rekaan cukup cantik.
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update artikel terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.