Bros kembali bersaing dengan semangat dan tenaga yang luar biasa! Episod kelima ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ kali ini benar-benar mencabar kekuatan fizikal, mental, dan semangat persaudaraan. Pasukan dirombak semula, mencetuskan dinamik baru yang penuh kejutan dan aksi mendebarkan. Lebih menarik dengan cabaran ‘KING OF THE HILL’!
Saddam yang sebelum ini bersama dengan Asyraf – juara cabaran sebelum ini, diberi kelebihan sebagaui pasukan pertama memilih ahli baru. Proses pemilihan dilakukan dengan membuka loker berisi kad bernombor.
Keputusan Saddam memilih Chee Wai sebagai rakan sepasukan menjadi tanda permulaan kepada babak penuh drama dan aksi sengit.
Strategi Pasukan Baru
Barisan baru pasukan dibentuk:
Saddam memilih Chee Wai
Theeban memilih Hakimi
Asyraf memilih Irwan
Dr. Shazif memilih Ikmal
Syafiq dipadankan dengan Nad
Cabaran minggu ini, KING OF THE HILL, memerlukan mereka melengkapkan tiga checkpoint dengan tahap kesukaran yang semakin meningkat:
Checkpoint pertama: Berjalan dengan kaki diikat bersama, mendaki kecuraman 45 darjah ke checkpoint kedua.
Checkpoint kedua: Mengikat timbunan guni seberat 25-30kg untuk ditarik ke atas.
Checkpoint ketiga: Mendaki 80 meter dengan kecuraman 60 darjah, sebelum menarik guni-guni tadi hingga ke garisan penamat.
Ads
50 Minit, Siapa Paling Gagah?
Masa diberi hanya 50 minit, dan setiap pasukan harus merangka strategi terbaik. Ada yang memilih membawa tiga beg guni, sementara ada yang fokus pada dua beg, bergantung kepada kekuatan dan daya tahan masing-masing.
Momentum awal dimiliki Theeban dan Hakimi, yang berjaya tiba dahulu di checkpoint pertama berkat langkah besar mereka.
“Langkah besar membantu kami dapatkan kelebihan,” kata Hakimi. Dari sini, guni-guni perlu diangkat dan ditarik, memaksa setiap Bros untuk memberikan 110%.
Cuaca panas terik tidak menjadi halangan bagi Bros untuk terus saling menyokong antara satu sama lain.
Ads
Syafiq dan Nad memaparkan contoh semangat persaudaraan luar biasa apabila Syafiq tanpa henti memberi kata-kata semangat. “Fikirkan anak-anak di rumah, Nad!” katanya, mengingatkan Nad untuk berjuang demi keluarga yang menonton.
Hakimi dan Theeban juga tidak kurang hebatnya. Siapa sangka seorang pelakon dan model mampu mendaki hingga tahap fizikal yang ekstrem?
Gandingan mereka mencuri perhatian dengan semangat luar biasa, memaparkan bahawa dalam cabaran ini, minda dan kekuatan hati adalah senjata utama.
Selepas 50 minit yang penuh keringat, pasukan Saddam dan Chee Wai muncul juara dengan berat keseluruhan 245kg, mengesahkan dominasi mereka.
Tempat Kelima: Dr. Shazif & Ikmal
Tempat Keempat: Asyraf & Irwan
Tempat Ketiga: Syafiq & Nad
Naib Juara: Theeban & Hakimi
Juara: Saddam & Chee Wai
Namun, persoalan masih berlegar—apakah ganjaran untuk Saddam dan Chee Wai? Adakah episod seterusnya akan menyaksikan penyingkiran?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod keenam pada 10 Januari 2025, 9 malam di Astro Ria. Bersiaplah untuk lebih aksi, lebih drama, dan lebih semangat BROTHERHOOD!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi. Kalau usaha dan sayang macam mana sekali tapi kalau sudah bukan jodoh memang kita harus terima sahaja.
Ada orang kenal dan bercinta sampai berbelas tahun lamanya baru kahwin. Dan ada juga yang baru kenal dua, tiga bulan terus kahwin. Lain orang lain cara jodohnya sampai. Apa yang paling penting sebenarnya ialah kehidupan selepas diijab kabul.
Pada zaman sekarang lelaki kebanyakannya lebih selesa mencari kestabilan hidup dahulu sebelum pasang keinginan untuk kahwin. Disebabkan itulah masih ramai jejaka bujang pada usia 30-an di luar sana.
Usah risau jika anda merasakan jodoh itu datang lambat. Mungkin anda lihat kawan-kawan lain yang kahwin lebih awal macam seronok sangat. Satu perkara kena tanam dalam fikiran, jodoh cepat atau lambat semuanya atas ketentuan Tuhan. Siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan jodoh lambat.
Tapi buat lelaki 30-an, sebenarnya ada beberapa kelebihan anda berkahsin pada usia ini.
LEBIH MATANG BILA JADI BAPA
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an bakal menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka untuk mencurahkan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Individu pada usia sebegini pasti sudah mempunyai kerjaya yang tetap, malah tak mustahil sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan bukan menjadi antara masalah utama.
JATI DIRI LEBIH KUAT
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat hidup yang kuat. Kebiasaanya, mereka dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puas berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai dan sudah tentu apabila berkahwin, akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
MENTALITI MATANG & STABIL
Menurut kajian, setiap individu akan menjadi lebih tenang dan matang dalam menghadapi pelbagai situasi untuk menghargai cinta, malah akan lebih fokus untuk satu matlamat hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda bersedia untuk malam penuh aksi dan debaran? ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) kini kembali dengan episod ketiga yang pastinya lebih mencabar, lebih mendebarkan, dan sudah tentu lebih mendominasi!
Selepas dua episod yang menguji had mental dan fizikal, para peserta kini bakal berentap di medan baru — hutan belantara dan sungai!
Kalau anda masih ingat, episod lalu menyaksikan cabaran unik Metal Mania di junkyard, di mana strategi menjadi kunci utama. Namun, ada kejutan besar!
Pasukan pilihan Saddam dan Asyraf terpaksa berundur apabila gagal menyempurnakan cabaran mereka. Sungguh tak dijangka, bukan? Kini, tinggal tiga pasukan utama yang bakal diumumkan malam ini untuk merebut gelaran Top 3 WYB.
Adakah Ikmal dan Hakimi mampu membuktikan mereka pasangan serasi? Atau Dr. Syazif dan Syafiq dengan kombinasi kecerdasan dan kehebatan fizikal? Atau mungkin Theeban dan Nad yang akan muncul sebagai kuasa luar biasa?
Cabaran Log Jam Challenge
Malam ini, para peserta akan dibawa ke tengah-tengah hutan belantara untuk menghadapi cabaran Log Jam Challenge — satu ujian ultimate endurance dan strength yang bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga strategi, stamina, dan chemistry yang sempurna.
Seperti episod lalu, mereka dibahagikan secara berpasangan di dalam enam pasukan dan akan bertarung untuk membuktikan siapa paling layak bergelar Bro terunggul di WYB.
Cabaran ini bukan untuk mereka yang lemah semangat! Dengan rintangan yang direka untuk menguji kekuatan teras badan, peserta perlu menggunakan setiap inci tenaga mereka untuk menakluk setiap halangan. Namun, kekuatan sahaja tidak cukup — kerjasama adalah kunci kejayaan!
Semua persoalan akan terjawab malam ini, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi epik dan strategi bijak dalam episod ketiga ini. Siapakah yang akan menjadi bro sejati, dan siapa pula yang akan menjadi lawan terkuat?
Log Jam Challenge menjanjikan bukan sahaja peluh, tenaga, dan kekuatan, tetapi juga drama dan kejutan! Jadi, bersiap sedia di hadapan skrin anda kerana ini adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Siapa bro, siapa lawan? Semuanya akan terbongkar malam ini! 🎥
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam detik mencabar semasa episod ke-8 Who’s Your Bro, Chee Wai menunjukkan peranan besar sebagai rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan kepada Nad.
Ketika Nad jatuh dari halangan ‘warped wall’ dan mengalami kecederaan serius pada tangan kanannya, Chee Wai pantas bertindak membantu.
“Saya cuba yang terbaik untuk tolak kaki dia ke atas sebab tangan kanan dia dah tak boleh tarik sendiri,” kata Chee Wai.
Selain bantuan fizikal, Chee Wai juga memberikan motivasi kepada Nad, memuji ketabahan dan keupayaannya.
“Saya rasa sangat mengagumkan dia boleh habiskan cabaran itu. Tak ramai bodybuilder pun yang boleh buat perkara yang sama,” tambahnya.
Sokongan moral seperti ini menjadi pendorong utama bagi Nad untuk terus berjuang walaupun keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.
Bersedia Menghadapi Cabaran Baru Bersama
Selepas cabaran tersebut, fokus utama Chee Wai dan Nad adalah untuk memulihkan kecederaan masing-masing sebelum menghadapi episod seterusnya.
Chee Wai sendiri mengalami kecederaan bahu ketika membantu Nad mendaki ‘warped wall’, menjadikan persiapan mereka lebih mencabar.
“Selepas cabaran ini, semuanya tentang recovery untuk tangan Nad dan bahu saya,” jelas Chee Wai.
Mereka hanya dapat berharap agar episod seterusnya menawarkan cabaran yang lebih sesuai dengan kekuatan mereka.
Pengajaran Dari Cabaran
Bagi Chee Wai, menghadapi cabaran besar bersama Nad bukan sahaja menguji fizikal tetapi juga memberikan pelajaran berharga tentang diri sendiri.
“Saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan pasukan, tetapi saya juga sedar ada perkara yang di luar kawalan saya,” kata Chee Wai.
Dia belajar untuk menerima takdir, melepaskan kegagalan dan terus fokus kepada cabaran seterusnya.
Sikap ini mencerminkan ketabahan seorang individu yang memahami bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada kemenangan, tetapi juga usaha dan pengorbanan sepanjang perjalanan.
Dengan semangat juang yang tinggi, Chee Wai dan Nad bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang bakal mendatang.
Kecekalan mereka dalam mengatasi kesukaran bersama menjadi inspirasi kepada penonton bahawa kekuatan sejati bukan sahaja datang daripada fizikal, tetapi juga daripada sokongan dan kerjasama yang tulus antara rakan sepasukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.