
Gaya keterampilan yang dibawa oleh persona penyanyi popular, Hael Husaini tidak dinafikan sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai terutamanya di laman media sosial.
Penyanyi berbakat besar yang juga merupakan seorang komposer, penulis lagu dan lirik ini mempunyai sejumlah 1.9 juta pengikut di Instagram sahaja. Dengan pengaruh cukup besar seperti ini Hael kini terbukti berada pada kelas selebriti popular.
Namun sepanjang 17 tahun penglibatannya dalam dunia seni Hael Husaini tidak pernah tampil sebagai seorang pelakon.
Dan perkara itu kini berakhir selepas dia bakal muncil buat pertama kalinya berlakon di dalam sebuah drama yang dutayangkan di Astro.
Hael Husaini bakal tampil dalam bidang lakonan menerusi drama ‘My Famous Ex Boufriend’ dengan membawakan watak sebagai Haque Zuhal dalam drama arahan Hadith Omar.
Memetik laporan Gempak, Hael Husaini berkata, “Saya ingin mencuba perkara baru dalam dunia seni dan lakonan merupakan cabang yang belum pernah saya ceburi. Ini membuatkan saya teruja. Saya sanggup untuk menjalani kelas lakonan hanya untuk drama ‘My Famous Ex Boyfriend’ yang ditawarkan oleh pihak Astro ini,” jelasnya.
Berdepan jadual yang cukup padat merupakan satu lagi cabaran yang harus dipikul olehnya. Namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan Hael menanggap ia bukanlah satu halangan yang besar.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia telah menolak beberapa pelawaan beberapa pengarah. Namun kali ini dia terpanggil untuk menerima berlakon drama tersebut.
Selain dirinya, drama tersebut turut dibintangi beberapa pelakon baru sedang meningkat naik seperti Nadhir Nassae dan Qarina Karim. Ia bakal ditayangkan menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria.
Bagaimanakah penerima peminat terhadap lakonan Hael Husaini?
Sama-sama kita lihat nanti ya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN.
@maskulinmy Dengarkan pendapat pelakon tampan, Hun Haqeem mengenai fesyen lelaki. Pendapat anda pula bagaimana? Kongsikan di ruangan komen. #fesyenlelaki #mensfashion #hunhaqeem #maskulin #majalahmaskulin ♬ original sound – Maskulin
Sumber: Gempak
‘Gaji Dibayar Beratus Sehari Tetapi Kena Bersedia Untuk Banyak Benda’, Kongsi Dr. Offshore Ini

Selalu kita dengar perkongsian jurutera yang bekerja di tengah laut untuk menggali minyak. Tidak ketinggalan juga yang baru-baru ini kita dengar srikandi berani yang bertugas sebagai underwater welder.
Menurutnya terdapat beberapa perkara yang mesti disediakan oleh seorang pegawai perubatan yang memohon untuk bertugas di atas pelantar minyak.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini:
Ramai org tanya abam ttg camana nk jd..
Medic Offshore… apa kena buat, gaji brapa, nk kena prepare apa dan bnyk lagi… so kat sini abam just nk kongsi sedikit soalan2 yg slalu org tanya kat abam….
1) Banyak ke gaji duk Offshore ni?
– as for gaji semua x sama and ikut company yg korg keje.
– utk yg keje permanent contract, means on and off ada gaji, so ko ada gaji basic + elaun
RM450-550 sehari.
– utk yg freelance more bergantung kepada project mana korg dpt. As for MOPA floor rate adalah RM650 tapi kalau time2 musim raya ada jek yg dapat RM1k-1.5k/day.
*MOPA (Malaysia Offshore Paramedic Association)
2) Rotation & Waktu Kerja
– Rotation x sama ikut company, project and tempat bekerja. Kat Offshore kita ada Work Barge, Rig, and Platform.
– Most platform diorg pakai rotation 14/14 means 14 hari on & 14 hari off.
– utk Rig 28/28 and utk work barge max to 90 days.
– waktu kerja 12 jam setiap hari (masa on la).
– 12 jam lg adalah standby if ada apa2 kecemasan. Basically for medic kat atas ni mmg ko standby 24/7 la.
3) Apa nak kena prepare untuk ke Offshore?
– Ko nk jadi medic benda paling penting APC yg sah dan masih lg hidup la.
– Ko nak pg Offshore ko kena ada BOSEIT, yg ni sama ada company ko akan hantar, or ko kena buat dulu sendiri.
– as for Offshore Medics, BLS ngan ACLS kena renew every 2 years. And byk company tgk AHA Certification.
– Pastu ko kena ada AMRO
– and kalau ko ada ATLS, MTLS and benda2 lain yg berkaitan tu means bonOs buat ko la.
4) Green Card, CIDB, NIOSH, Degree OSH perlu ada ke?
– x perlu, tapi kalau korg nk buat bleh jek
– sbb yg tu semua utk onshore and more too kalau korg nk jadi safety officers bukannya medic.
5) Pengalaman???
– semua nk ke Offshore basically kena ada pengalaman solid kt ETD paling kurg 2 tahun.
– pengalaman pernah kerja kat Offshore adalah bonOs kepada mereka yg nk lompat company.
6) Scope kerja kat Offshore?
– semua tempat x sama, tapi basic benda banyak yg sama.
– asasnya keje ko macam kat ED + KK, selain layan patient ko kena layan benda2 documentation yg lain.
7) Makan, pakai, bilik, entertainment?
– kat Offshore kita ada chef and catering crew utk uruskan semua tu.
– makan 6x sehari, breakfast, morning tea, lunch, afternoon tea, dinner & supper.
– pakaian semua ada laundry punya geng.
– bilik org tolong kemaskan.
– biasanya benda2 basic mcm wifi, gym, karaoke tu semua tempat ada.
– pendek kata ko dtg sini mmg utk keje yg lain2 ada org lain buat.
8 ) Brapa medic kat atas tu & Kalau Emergency nk refer sapa?
– Kebanyakkan tempat medic mmg seketul jek, so ko kena tahu and prepare utk byk benda.
– kita ada onshore doctor yg akan guide kita if ada Medical Emergency yg kita kena refer.
– if xleh manage so kita akan MEDEVAC.
9) Kalau rindu yg tersayang buat apa?
– video call, wassap, karoks
10) Apa yg paling seronok?
– gaji & cuti
#SeaBell
Rupanya Ada Kebaikan Jika Minum Air Lemon Selepas Selesai Ambil Makanan Yang Banyak Lemak

Tidak dinafikan, air lemon memang banyak khasiatnya untuk tubuh badan. Selain membekalkan sumber vitamin C, ia juga bermanfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat.
Sekiranya anda mempunyai misi untuk kurus dan membuang lemak degil, inilah minuman terbaik yang bagus untuk anda jadikan amalan.
Kebaikan minum jus lemon bersama madu atau gula perang ini telah dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi laman Facebooknya.
Oleh itu, pastikan anda mengambil jus lemon sebagai gabungan minuman terbaik untuk mengelakkan perut cepat lapar sekali gus mengurangkan anda makan banyak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kekal sihat dan cergas.
Amalkan Minum Air Lemon
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Sangat Baik Diambil Lepas Makan Banyak Lemak
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru dimakan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
WALLAHU A’LAM
Pelaksanaan Regulasi Berfasa & Tahap Kesedaran Pilihan Produk Alternatif Mungkin Jalan Lebih Baik

Jika anda peka dengan perkembangan isu semasa dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini pastinya sudah sedia maklum akan berita tentang akta baharu larangan aktiviti merokok bakal diperkenalkan.
Menerusi kenyataan umumnya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata akta baharu akan diperkenalkan bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game.
Announcing Malaysia’s legislative plans for a tobacco generation endgame to not sell smoking products to anyone born after 2005 at the @WHO #EB150. pic.twitter.com/CfX44NurAB
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 27, 2022
Dalam erti kata lain individu yang lahir selepas tahun 2005 selepas ini tidak dibenarkan langsung untuk mengambil, menggunakan dan memiliki sebarang produk rokok dan tembakau. Jelasi Khairy lagi, ia merupakan faktor utama penyebab kanser dan sekali gus menjadi penyumpang kepada jumlah kematian yang tinggi.
Melihat kepada langkah drastik ini beliau memang bersungguh ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rokok dan produk tembakau. Tapi adakah ia merupakan satu-satunya langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘smoke-free nation’?
RISIKO ROKOK SELUDUP
Salah satu punca mengapa sesetengah orang muda dan remaja bawah umur menghisap rokok adalah disebabkan terdapatnya tawaran rokok seludup atau tiruan di pasaran secara haram. Penawaran rokok haram ini harganya yang jauh lebih murah serta faktor mudah didapati telah menjadikan agak sukar untuk pemantauan atau pelaksanaan regulasi undang-undang tersebut.
Dan mungkin kebergantungan atau permintaan rokok seludup atau haram ini akan lebih meningkat andai kata pelaksanaan regulasi ini dilakukan secara mendadak. Masyarakat Malaysia terutamanya golongan dewasa umumnya rata-rata sudah tahu akan bahaya serta risiko besar terhadap kesihatan yang dibawa oleh tabiat merokok.

Memetik laporan Harian Metro, rokok seludup didapati mengandungi lima kali ganda kandungan kadmium iaitu bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri yang boleh menyebabkan kanser, kerosakan buah pinggan dan lapisan salur darah arteri.
Laporan tersebut juga mendapati pengguna atau pembeli rokok tiruan ini banyak terdiri daripada golongan muda. Pelaksanaan dasar yang mungkin tidak dilakukan secara berfasa mungkin boleh membuatkan permintaan terhadap rokok tiruan ini semakin meningkat.
MASKULIN juga tertarik dengan perkongsian dari pembaca NST yang menyuarakan kebimbangannya terhadap tabiat merokok secara ‘bawah tanah’ atau haram selepas regulasi dan pelaksanaan akta baharu diperkenalkan tanpa sebarang pengawasan.
Jelasnya, pelaksaan yang dirancang dan dilaksanakan secara berfasa merupakan langkah yang terbaik. Ia termasuklah memberikan kelonggaran kepada perokok atau menggalakkan penggunaan produk pengurangan kemudaratan tembakau (THR) seperti pelekat nikotin, produk tembakau yang dipanaskan (HTP) dan juga rokok elektronik atau vape yang tidak mengandungi asap rokok yang bertoksik.
LEBIH REALISTIK
Buat perokok yang masih lagi tidak boleh meninggalkan tabiat ini di antara alternatif yang baik buat anda ialah degan memahami dengan lebih baik tentang pengurangan kemudaratan tembakau (THR). Seperti MASKULIN pernah perkatakan menerusi sebuah artikel tidak lama dahulu, penggunaan produk THR boleh dijadikan sebagai alternatif dengan menggunakan produk alternatif bebas asap rokok seperti dinyatakan di atas.
Pendekatan THR ini mungkin boleh dilihat sebagai salah satu strategi lebih realistik dan pendekatan yang lebih ideal untuk dilaksanakan bagi mencapai objektif negara bebas asap rokok. Pendekatan THR juga merupakan salah satu inisiatif terbaik bagi membantu perokok yang tidak mahu berhenti merokok dalam merendahkan risiko penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru.
Dengan strategi yang betul dengan menggunakan langkah THR dijangkakan mampu mengurangkan kebergantungan kepada produk rokok yang dibakar.
PILIHAN ALTERNATIF
Pilihan bertukar kepada produk alternatif bebas asap rokok atau produk tembakau yang dipanaskan (HTP) juga dilihat sebagai jalan yang lebih baik buat perokok. Penggunaan produk yang tidak melibatkan pembakaran secara langsung mampu menghalang pembebasan asap yang bahata.
Terdapat jurang perbezaan yang besar di antara asap yang dibebaskan oleh rokok tradisional dan wap yang dibebaskan oleh produk vape atau HTP. Berbeza dengan rokok tradisional yang dibakar dan mengeluarkan asap, produk alternatif cuma menghasilkan wap nikotin berperisa. Satu perkara perlu kita fahami dan sangat penting ialah nikotin tersebut bukannya menjadi penyebab utama penyakit berkaitan merokok.
Perlu kita tahu bahawa penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru adalah disebabkan oleh asap rokok yang diketahui mengandungi lebih 6,000 bahan kimia. Produk alternatif HTP cuma memanaskan tembakau yang tersedia dan diadun pada suhu di bawah 350 darjah tanpa sebarang pembakaran maka ia tidak menghasilkan abu atau mengeluarkan asap.
Malah bukan itu sahaja, tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan cukup signifikan berbanding rokok biasa yang melibatkan proses pembakaran. Turut dikenali sebagai ‘heated tobacco product’ (HTP), pengenalan teknologi ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Jepun pada tahun 2016.
Secara kesimpulannya untuk mengambil langkah yang lebih komprehensif serta prokatif untuk menjadikan negara ini sebuah negara bebas asap rokok memerlukan pelaksanaan secara berfasa dan regulasi yang lebih ideal.
Tahap kesedaran masyarakat terhadap alternatif seperti THR juga boleh menjadi peranan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik di masa akan datang. Mungkin masih ramai tidak tahu akan pilihan yang lebih kurang mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Ini terutamanya buat mereka yang masih tidak dapat berhenti dan bergantung kepada pengambilan produk bernikotin.