Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata?
1. Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.
2. Sinaran Matahari
Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.
3. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.
4. Kencing manis atau diabetis
Ads
Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.
5. Pengambilan alkohol
Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata kemerahan.
6. Diet yang tidak sihat
Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
7. Penggunaan Komputer
Ads
Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.
Tips Penjagaan Mata
Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:
1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.
3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.
Ads
4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.
5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.
6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.
7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.
Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?
Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :
Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
sumber: healthyvitagarden.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti kercergasan seperti renang sememangnya cukup popular. Selain dijadikan aktiviti riadah yang menyeronokkan berenang mampu memberikan kesan pemulihan mental buat mereka yang inginkan ketenangan.
Namun bagi mereka yang ingin mencabar diri dengan sesuatu yang lebih ekstrem dan lasak, melakukan renangan di perairan terbuka pasti memberikan keterujaan yang cukup luar biasa. Salah satu pertandingan renang perairan terbuka yang cukup dinantikan ramai ialah ‘OCEANMAN’.
Seleps empat tahun menyepikan diri, OCEANMAN kini kembali semula menyerikan kalendar pertandingan renang perairan terbuka di Malaysia. Untuk edisi pada kali ini ia akan diadakan di Pulau Redang yang turut dianggap sebagai di antara pulau tercantik di negara kita.
Penganjuran OCEANMAN 2023 akan berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023. Pengurus OCEANMAN Asia-Amerika Jose Luis Larrossa percaya bahawa acara ini akan dianggap sebagai tanda permulaan yang baik untuk kejayaan pertandingan ini di Malaysia.
“OCEANMAN Redang membuka satu peluang baharu kepada para perenang perairan terbuka di Malaysia. Sejak OCEANMAN 2018 kali terakhir diadakan, iakini akhirnya kembali ke Pulau Redang yang indah ini, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap acara renang perairan terbuka ikonik ini.”
“Peluang ini akan memanfaatkan perenang dari serata dunia untuk mengalami sendiri keindahan air jernih di Pantai Timur Malaysia serta menerokai budaya dan tradisi yang menarik selain keenakkan makanannya. Sasaran kami adalah untuk menjadikan OCEANMAN Redang sebagai antara destinasi OCEANMAN yang terbaik di dunia,” tambahnya lagi.
KATEGORI BERBEZA
OCEANMAN 2023 akan menyaksikan sebanyak lima kategori berbeza dipertandingan merangkumi Oceanteams (berpasukan, 3x500m), Oceankids (kanak-kanak, 500m), Sprint (Pecut, 2km), Half OCEANMAN (Separuh, 5km) dan kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).
Jelas penganjur, salah satu faktor mengapa Pulau Redang dipilih adalah kerana reputasinya sebagai salah satu lokasi pelancongan paling popular di Malaysia dan sekali gus boleh menggalakkan aktiviti tersebut di pulau itu.
Pulau Redang juga memiliki keunikan tersendiri kerana hampir kesemua tempat penginapan menawarkan perkhidmatan penuh termasuk makan minum serta pengangkutan pergi dan balik dari jeti.
Penganjuran OCEANMAN Redang pastinya akan membuka laluan untuk renang perairan terbuka terus berkembang dengan pesat di negara ini.
Penganjur OCEANMAN Redang, Sundeep Kumar berkata: “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami dapat lihat bahawa minat orang ramai terhadap sukan renang perairan terbuka semakin meningkat, dan justeru itu, kami berminat untuk menghidupkan kembali acara ini selepas empat tahun.
“Kami berasa tiada lagi lokasi yang lebih sesuai daripada Pulau Redang, dan kami pasti nama pulau ini tentu akan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.”
“Sasaran kami adalah untuk mencatat angka penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Setakat ini, kami telah pun menerima 350 penyertaan dari 30 buah negara dan kami berhasrat untuk memecahkan rekod terdahulu dengan menarik lebih 600 peserta kali ini.
“Mudah-mudahan, acara ini akan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaku lokasi premium bagi penganjuran acara-acara OCEANMAN di Asia dan seterusnya peringkat dunia kelak,” katanya lagi.
Slot penyertaan untuk OCEANMAN Malaysia masih boleh didapati dan para perenang yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian menerusi http://oceanmanswim.com/redang-malaysia/.
Jangan lupa subscribe serta follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah ya.
Penularan wabak ini masih lagi mengantui hidup kita. Negara kita sebagai contohnya kini terpaksa mengharungi jumlah kes yang paling tinggi hari demi hari sejak ia bermula pada tahun lalu.
Bukan hanya Malaysia tetapi beberapa negara lain turut bergelut sama dalam mengurangkan kadar jangkitan serta kematian. Walau bagaimanapun terdapat beberapa negara yang dilihat telah mampu menangangi masalah penularan ini dengan baik.
Antara negara yang sering disebut-sebut ialah New Zealand, Taiawan dan beberapa negara lain. Negara jiran kita, Singapura juga dilihat cukup proaktif mengambil pelbagai langkah pencegahan.
Terbaru, pihak kerajaannya telah memberi nasihat dan arahan untuk mana-mana lokasi yang menggunakan penghawa dingin untuk menutupnya dan membuka tingkap. Ia terutama sekali di lokasi seperti pejabat yang menempatkan ramai orang.
Arahan terbaru ini dikeluarkan selepas Singapura mencatatkan peningkatan jumlah jes baharu dalam komuniti. Menerusi dokumen lima muka surat dari Building and Construction Authority, National Environment Agency and Health Ministry menjelaskan virus Covid-19 boleh disebarkan menerusi udara atau aerosol dalam lokasi tertutup dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
Oleh itu pihak berkuasa Singapura tersebut menasihati penggunaan penghawa dingin perlu ditutup atau dikurangkan, sebaliknya lebih baik untuk membuka tingkap.
Arahan kepada pemilik bangunan atau fasiliti juga terbahagi keada tiga kondisi berbeza. Bagi lokasi berhawa dingin dengan sistem pengudaraan mekanikal seperti pejabat atau pusat beli-belah, mereka perlu pastikan sistem pengudaraan berfungsi dengan baik dan memasksimakan pengambilan udara luar.
Manakala bagi lokasi yang tidak menggunakan pengudaraan mekanikal seperti kedai-kedai perlu membuka tingkap sebanyak dan selama yang mungkin. Mereka juga dinasihatkan untuk memasang kipas penyedutudara keluar di bahagian tingkap.
Bagi lokasi tertutup pula dinasihatkan menggunakan penapis udara mudah alih yang dilengkapi penapis berefisien tinggi. Dan akhir sekali premis dengan pengudaraan semula jadi perlu memamastikan tingkap sentiasa dibuka.
Ini merupakan antara langkah pencegahan yang disambut baik oleh warganet. Walaupun dilihat mungkin memberikan rasa tidak selesa dan panas, namun mereka sanggup berdepan itu semua demi keselamatan diri dan komuniti.
Adakah kita juga ikut langkah pencegahan yang sama seperti ini? Sama-sama kita tunggu.
Buerger, jika sepintas lalu namanya seperti makanan cepat saji yang terkenal asal dari negara Jerman yakni hamburger atau biasa disebut burger.
Namun, apa yang membuatkannya berbeza adalah buerger adalah nama penyakit yang diakibatkan oleh rokok.
Kementerian Kesihatan bekerja sama dengan Vital Strategies membuat iklan layanan masyarakat yang mengenalkan beberapa penyakit yang diakibatkan oleh asap rokok.
IKLAN YANG BERDURASI LEBIH KURANG 30 SAAT INI MENAMPILKAN MANTAN PEROKOK YANG AKHIRNYA DISERANG STROKE, LALU MENDIANG ROBBY INDRA YANG TERKENA BARAH LARING AKIBAT TABIAT BURUKNYA INI, KEMUDIAN MENDIANG RANAP SIMATUPANG YANG TERKENA BARAH PARU-PARU DAN CECEP SOPANDI YANG MENDERITA PENYAKIT BUERGER.
Pengarah Pengendalian Penyakit Tidak Menular Kementerian Kesehatan, dr Lily Sulistyowati, mengatakan bahawa iklan khidmat masyarakat ini bertujuan untuk memberi gambaran pada perokok aktif untuk mengkahiri tabiat mereka, sebelum rokok itu mengakhiri hidupnya dengan empat penyakit tersebut.
“Kemenkes tidak putus-putusnya memberikan informasi dan pendidikan kepada masyarakat secara meluas terutama tentang rokok. Sebenarnya masyarakat tahu akibat rokok itu besar Cuma mereka belum ada niat sungguh-sungguh untuk berhenti merokok,” ujar Lily.
Diantara stroke, barah paru dan barah laring yang merupakan penyakit akibat merokok, masyarakat tentu masih asing lagi dengan istilah penyakit buerger.
DISAMPAIKAN DR. AGUS DWI SUSANTO, SP.P(K)., SELAKU KETUA BAHAGIAN PENYAKIT PARU KERJA DAN LINGKUNGAN, RSUP PERSAHABATAN, PENYAKIT INI MERUPAKAN PENYAKIT YANG BERLAKU AKIBAT PENYUMBATAN PADA PEMBULUH DARAH DI KAKI DAN TANGAN YANG BISA MENYEBABKAN KEMATIAN JARINGAN.
“Penyumbatan dan peradangan yang terjadi menyebabkan bahagian hujung-hujung anggota tubuh akan kekurangan oksigen, mati, kemudian membusuk. Gejalanya dimulai dengan jari tangan dan kaki yang menghitam kerana aliran darahnya tidak ada,” ujar dr Agus.
Dr Agus menuturkan, motivasi kini merupakan kunci penting jika seseorang ingin berhenti merokok. Meski perokok sudah diberi ubat-ubatan untuk berhenti merokok, keberhasilan untuk berhenti hanya 30 peratus jika tidak disertai dengan motivasi.
“Kalau motivasinya tinggi hingga sampai 70 peratus maka peluang keberhasilan untuk berhenti merokok juga akan meningkat,” tambah dia.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.