Cermin mata hitam kini bukan lagi berfungsi sebagai aksesori yang digunakan untuk melindungi mata ketika cuaca panas semata. Ia kini telah berevolusi menjadi item fesyen yang cukup penting untuk lelaki.
Memilih cermin mata hitam bukan sekadar tentang melindungi mata dari sinar UV sahaja; ia juga tentang menonjolkan gaya dan personaliti.
Bagi lelaki, pemilihan cermin mata hitam yang sesuai dengan bentuk wajah adalah kunci untuk mencipta penampilan yang menarik dan seimbang.
Pertama sekali anda sebagai pengguna harus kenali jenis bentuk wajah. Terdapat lima bentuk wajah utama iaitu bulat, bersegi, segi empat panjang, hati dan oval. Anda boleh menentukan bentuk wajah anda dengan melihat ke cermin dan mengamati kontur wajah anda.
Ilustrasi: .fashionbeans.com
Berikut MASKULIN kongsikan artikel yang akan membimbing anda dalam menemukan cermin mata hitam yang sempurna sesuai dengan bentuk wajah anda.
Wajah Bulat
Jika anda memiliki wajah bulat, pilihlah cermin mata hitam dengan bingkai persegi atau segi empat untuk menambahkan struktur pada wajah anda.
Bingkai yang lebih lebar daripada pipi anda akan membuat wajah anda kelihatan lebih panjang dan kurus.
Ads
Wajah Bersegi
Buat anda yang berwajah bentuk bersegi dominan dengan kondisi bentuk rahang yang kuat dan dahi lebar.
Untuk menyeimbangkan ciri-ciri ini, pilihlah cermin mata hitam dengan bingkai bulat atau oval. Bingkai dengan tepi yang lebih lembut akan mengurangkan ketegasan bentuk wajah persegi.
Wajah Segi Empat Panjang
Bagi anda yang memiliki wajah segi empat panjang, tujuan anda adalah untuk membuat wajah anda kelihatan lebih seimbang.
Cermin mata hitam dengan bingkai besar atau pilot (aviator) adalah pilihan yang baik karena dapat menambahkan lebar pada wajah anda.
Ads
Wajah ‘Hati’
Wajah hati memiliki dahi yang lebar dan dagu yang sempit. Pilihlah cermin mata hitam yang menyeimbangkan proporsi wajah, seperti bingkai wayfarer atau bingkai yang lebih lebar di bagian bawah. Ini akan membantu mengurangi lebar dahi dan menyeimbangkan bentuk wajah.
Wajah Oval
Jika anda beruntung memiliki wajah oval atau bujur, anda bisa memakai hampir semua jenis bingkai cermin mata hitam. Namun, pastikan untuk memilih ukuran yang proporsional dengan wajah anda. Bingkai yang terlalu besar atau terlalu kecil dapat mengganggu keseimbangan wajah anda.
Ukuran Bingkai: Pastikan bingkai cermin mata hitam tidak terlalu sempit atau terlalu lebar di wajah anda. Bingkai yang pas akan nyaman dan tidak akan meninggalkan bekas pada hidung atau kepala anda.
Warna Bingkai: Pilih warna bingkai yang sesuai dengan warna kulit dan rambut anda. Bingkai dengan warna netral seperti hitam, abu-abu, atau coklat adalah pilihan yang aman dan serbaguna.
Perlindungan UV: Jangan lupa untuk memastikan cermin mata hitam anda menawarkan perlindungan 100% dari sinar UVA dan UVB.
Dengan panduan ini, anda tidak hanya akan mendapatkan cermin mata hitam yang melindungi mata anda dari sinar matahari, tetapi juga menambahkan sentuhan gaya pada penampilan anda.
Ingat, memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan bentuk wajah adalah langkah pertama untuk menonjolkan kepercayaan diri dan personaliti!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk pentas fesyen kali ini, trend dunia fesyen lelaki kian mencabar dengan penggunaan warna yang kontra, lebih terang, kuat dan bold. Bukan itu sahaja, malah trend kali ini mempersembahkan potongan siluet yang lebih besar dan unik, jelas menunjukkan seni futuristik. Contohnya jenama Balenciaga dalam memperkaryakan sentuhan baru dalam rekaan bahagian bahu yang lebih besar. Ini adalah trend terbaik untuk gaya menswear yang anda wajib cuba!
OVERSIZED SHOULDERS
Rekaan bahu yang lebih besar ini mungkin antara trend terhangat di kalangan golongan lelaki yang mahukan sesuatu kelainan dalam gaya formal mereka. Walaupun tampak sedikit elemen 80-an, namun rekaan ini menunjukkan “bigger is better”. Lebih kemas dan lebih sophisticated. Antara barisan pereka yang mula menghidupkan trend baru ini adalah Balenciaga dan Vivienne Westwood.
RAINWEAR
Hujan di pentas fesyen kali ini! Siapa bilang kot hujan hanya dipakai bila waktu hujan? Bukan untuk tahun 2017 ini! Trend ini menyaksikan gabungan inovasi serta kreativiti pereka dalam menghasilkan kot panjang yang menggunakan fabrik ala kalis air untuk disarungkan pada mereka yang mempunyai sifat gentleman yang tinggi. Contohnya seperti jenama mewah Gucci. Pereka Alessandro Michele mencedok elemen kembara perjalanan dalam koleksi rekaanya lalu menghasilkan helaian rainwear yang menggambarkan cuaca yang tidak menentu di kala perjalanan namun masih mampu menyarung helaian serba mewah, biarpun di kala hujan ribut. Nah! Jelas terbukti, fesyen hari ini begitu menitik beratkan tentang gaya yang mewah, eksklusif dan selesa walaupun di mana anda berada!
YELLOW IS A NEW BLACK!
Tahun ini bukanlah untuk rona hitam beraksi ligat di pentas trend kali ini. Tolak ketepi helaian hitam di wardrobe anda. Gantikan ia dengan warna kuning yang menyerlah! Ya! Warna kuning ini dilihat sebagai pengganti untuk warna hitam. Rata-rata pereka menjadikan warna kuning ini sebagai lambang kepada sifat yang lebih bold, agresif dan berani. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menyarung sepasang sut kuning?
AYUH BERSANTAI!
Sesuai dengan konsep trend kali ini, ini adalah trend pilihan terbaik untuk musim ini. Ketepikan dahulu helaian kot panjang mahupun kemeja kosong dalam penggayaan anda, cuba pula dengan konsep yang lebih longgar, mudah, bercorak dan semestinya santai. Inilah masanya untuk anda merehatkan diri di tepi lautan luas, namun masih dalam gaya yang bijak! Motif floral yang sarat juga warna yang ceria menjadikan gaya anda lebih cool!
LUT SINAR
Masih ingat dengan trend lace dahulu? Pernah menjadi antara trend terbaik tahun 2016, kali ini pereka menghasilkan rekaan yang lebih berani, berahi dan straightforward dengan menggunakan fabrik lut sinar dalam rekaan mereka. Mungkin tampak sedikit androgini, but come on! Kita masih lagi berdiskusi dalam musim kala ini. Why not? Y/Project dan Walter Van Beirendonck antara jenama yang menghasilkan trend ini. Tidak salah bukan jika mengenakan konsep seksis dalam gaya fesyen harian kamu?
Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita menjadi agak ‘blur’ apabila ingin memilih kasut raya.
Adakah ia sesuai untuk digayakan dengan Baju Melayu atau pakaian kasual biasa? Bagaimana pula dengan bentuk dan warnanya? Trend semasa atau tidak?
Mungkin itulah beberapa persoalan yang bermain di minda anda ketika ingin membeli kasut raya. Walaupun tahun ini ramai yang terpaksa beraya dalam suasana PKP namun jangan jadikan itu alasan untuk anda tidak tampil meraikan raya dengan gaya tersendiri.
Serlahkan kegembiraan dan raikan kemenangan dengan memakai pakaian baru termasuklah kasut.
Berikut merupakan beberapa jenis kasut yang anda boleh pilih untuk digayakan pada hari raya!
JKasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan. Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman. Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Kasut sukan kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan. Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki.
Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Ciri cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika wanita terkenal dengan suka membawa handbag atau beg tangan. Lelaki juga ada aksesori wajib yang selalu digunakan iaitu Fanny pack, pouch bag atau apa saja panggilannya.
Apa yang penulis ingin sampaikan ia adalah beg yang dililit pada badan. Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch di mana anda kena pegang, kini ia lebih mudah dengan hanya melilit pada badan sahaja.
Di Amerika panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlain pula panggilannya jika anda pergi ke UK, ia digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg yang besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian fanny pack dengan betul.
Elakkan daripada sumbat segala perkakas yang anda bawa di dalam fanny pack. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan fanny pack itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja, kaum wanita juga boleh gayakan fanny pack ikut keselesaan anda. Selain lilit di badan, anda boleh buatkan ia sebagai tali pinggang untuk ketatkan seluar yang longgar.
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan. Fanny pack boleh dililit pada badan, lilit pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
Anda tidak digalakkan untuk melilit fanny pack di bahagian belakang badan tidak kira samada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini adalah untuk membuatkan anda tidak menjadi mangsa penyeluk saku. Jadi, jangan jadi mangsa peragut kerana ingin bergaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.