Lelaki dan filem romantik.

Dua perkara di atas memang MASKULIN akui tidak serasi dan berada dalam habitat yang sama. Tapi ramai lelaki sebenarnya alpa bahawa filem beginilah yang menjadi kegilaan ramai wanita termasuklah isteri atau kekasih anda sendiri.

Dan sebagai lelaki adalah menjadi tanggungjawab anda untuk buat dia sentiasa happy. Janganlah setiap masa sahaja heret dia menonton filem kegemaran anda sahaja. Asyik-asyik aksi letup sana-sini atau lumba kereta drift hingga ke hujung dunia.

Pasti si dia juga bosan. Jika anda temani mereka menonton filem romantik, ia adalah satu perkara yang sangat dihargai si dia. Matematiknya mudah saja. Dia happy, anda ula akan berkali ganda lagi happy!

Ini merupakan 9 buah filem romantik yang anda boleh cadangkan kepada mereka. Percayalah walaupun mereka sudah menonton filem ini, ia bukan satu perkara besar.

Menontonnya bersama anda adalah satu perkara yang besar buatnya!

IKLAN

1. The Notebook

Rasanya tak ada wanita yang tak tahu tentang filem ini. Filem mengisahkan percintaan yang terhalang kerana darjat berbeza antara lelaki dan perempuan. Ya, ini adalah plot biasa drama Melayu tapi usah peduli akan hal itu. Menceritakan tentang cinta akhir hayat sepasang suami isteri yang penuh dengan halangan dan mampu menyentuh perasaan penonton. Percayalah si dia akan tumpah air mata dan itulah saat anda perlu berada di sisninya!

2. P.S I Love You

Sebuah lagi filem yang ‘kaya’ dengan air mata. Ia diadaptasi daripada sebuah novel berjudul sama mengisahkan cinta pasangan yang saling mencintai tetapi sering bertengkar. Si suami tiba-tiba meninggal dunia disebabkan kanser otak dan barulah isterinya sedar betapa besarnya kewujudan suami dalam hidupnya. Filem WAJIB untuk anda bagi isteri tengok.

BACA: 5 Filem Di Pawagam Sepanjang Bulan Mac Yang Wajib Tonton!

IKLAN

3. A Walk To Remember

Ini sebuah filem yang agak lama. Namun ia tak bermakna ia tiada sentuhan magis yang mampu membuat pasangan anda berjejes air mata. Mengisahkan Landon yang jatuh cinta dengan seorang gadis skema, Jamie yang selalu menjadi mangs ejek di sekolah. Hubungan cinta mereka baik-baik saja tetapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jamie. Kenangan lama si dia pasti akan dikenang kembali bila menonton filem ini.

4. Dear John

Beruntung orang nama John, selalu dapat makwe cantik. Kisah kehidupan seorang askar (Channing Tatum) yang jatuh cinta dengan dengan seorang wanita (Amanda Seyfried). Mereka sering mengutus surat di antara satu sama lain selepas dia dihantar ke medan perang. Besar sungguh pengorbanan yang dibuat oleh si girlfriend tu. Kalau anda sanggup tak?

5. Blue Valentine

Sepasang suami isteri Dean (Ryan Gosling) dan Cindy (Michelle Williams) sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Tapi, hubungan mereka semakin hambr dan tidak bahagia seperti waktu bercinta dahulu.

IKLAN

6. The Vow

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang bahagia, Paige (Rachel McAdams) dan Leo (Channing Tatum), tetapi kemudiannya kebahagiaan mereka hancur apabila sebuah kemalangan yang dialami mengakibatkan Paige koma. Selepas sedar daripada koma, Paige mengalami kehilangan ingatan yang teruk dan tidak mengenali Leo.

7. The Fault In Our Stars

Hazel (Shailenen Woodley) seorang pesakit kanser yang jatuh cinta dengan Gus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja yang turut menderita kanser yang sama sepertinya. Hazel merasakan yang hanya Gus sahaja benar-benar memahaminya.

8. Me Before You

Louisa Clark (Emilia Clarke) bekerja sebagai penjaga Will Traynor (Sam Claffin), seorang lelaki kaya yang lumpuh kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Louisa secara tiba-tiba merasakan bahawa dirinya telah jatuh cinta kepada Will Traynor tetapi dia tahu bahawa lelaki itu tidak akan hidup lama lagi.

9. Midnight Sun

Katie Price berusia 17 tahun dan menghidap sejenis penyakit rare yang membuatkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari langsung. Jadi, dia tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah. Namun begitu, selepas jatuh cinta dengan seorang lelaki, kemahuannya untuk keluar rumah berjumpa dengan lelaki tersebut semakin meninggi walaupun ditegah oleh ayahnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI