Jatuh cinta pandang pertama. Bukan kepada aktres paling jelita atau ratu cantik yang paling menawan di pentas peragaan. Namun jatuh cinta ini lebih kemaruk jadinya!
Buat peminat motosikal terutamanya dalam kategori cruiser, kemunculan BMW R 18 First Edition di pasaran telah menambat hati mereka yang selama ini tidak menyangka hasil kejuruteraan hebat BMW boleh ditampilkan dengan persona cukup luar biasa.
Tampil sebagai salah satu ahli keluarga baharu dalam variasi motosikal hebat keluaran BMW Motorrad model BMW R 18 muncul dengan rekaan sensasi yang bukan sahaja gah tapi menonjolkan sisi auto maskulin yang cukup mantap. Dengan varian ‘Big Boxer’ diperkenalkan menerusi model ini, ia seakan memberikan gaya baharu pengembaraan yang mungkin menjadi lebih bermakna.
BMW R 18 Bagger First Edition
Jentera R 18 yang terbaru ini hadir secara eksklusif sebagai ‘First Edition’ dengan dua model yang sangat menarik iaitu BMW R18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Model kruiser ini juga dianggap oleh ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi sebagai model yang bakal menjadi cukup ikonik pada masa kini dan masa akan datang.
BMW R 18 Transcontinental First Edition
Bukan sahaja mampu memberikan pengembaraan dan perjalanan jauh yang selesa malah BMW R 18 juga memberikan kualiti tunggangan berkualiti dan berprestasi tinggi di jalan raya.
CIRI-CIRI UNIK
Lebih mengagumkan BMW 18 menyerlahkan gabungan kuasa ‘Big Boxer’ bersama rekaan casis yang klasik berdasarkan inspirasi model terdahulu. Ini termasuklah rekaan kelengkapan eksklusif, paparan hadapan serta reka bentuk luaran yang mampu menambat hati sesiapa sahaja memandangnya.
Dari segi penampilannya, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental hadir dengan siluet yang berbentuk memanjang seperti titis air yang menawan. Elemen luarannya menliputi gaya seperti bingkai gulung berkembas, aci universal dan saduran nikel berglos serta perumah klask bagi kotak gear pada bahagian gandar belakang.
Kedua-dua model varian First Edition ini juga sarat dengan pelbagai kelengkapan tambahan bergred tinggi dengan kemasan krom serta sulaman dan juga inskripsi ‘First Edition’ pada bekas muatannya.
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Penampilan hadapan dengan lampu LED turut menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Manakala bahagian indikator membelok LED pula lengkap dengan ciri integrasi pada bekas muatan.
Ads
Turut Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi. Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
ENJIN PALING MANTAP
Enjin yang melengkapi motosikal kuriser ini juga bukanlah calang-calang. Ia dikuasakan enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”. Hadir dengan 1802 cc, ia menjana output 67 kW pada paras 4,750 rpm dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu ‘Rain’, ‘Roll’ dan ‘Rock’ untuk memberikan pengalaman berbeza ketikan tunggangan.
Selain itu, ia juga dilengkpai dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
REKAAN KOKPIT
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Ads
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
Turut tampil menerusi episod tiga RODA PANAS musim kedua ialah program eksklusif R 18 Getaway Malaysia yang cukup eksklusif. Menerusi tour yang dikelolai oleh Faizal Sukree yang merupakan Pengarah Teknikal FS Adventure, pengembaraan R 18 Getaway Malaysia ini berlangsung selama tiga hari di beberapa buah lokasi.
Program tiga hari dua malam turut disertai oleh hos RODA PANAS, Fizo Omar serta beberapa selebriti terkenal seperti Achey, Beto Khusairy, Fauziah Latif dan juga Datuk ‘Rockybru’.
Perjalanan mereka menunggang jentera BMW R 18 First Editon ini merentasi sejauh lebih 1,000 kilometer. Bermula di ibu kota Kuala Lumpur mereka menunggang ke Cameron Highland kemudian terus ke Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Selain pengembaraan menikmati keindahan alam semula jadi di pelbagai lokasi tersebut, mereka juga turut mendekati juadah masyarakat setempat serta menerokai lokasi-lokasi unik.
Di antara lokasi yang cukup mengahdirkan momen menarik buat mereka ialah menikmati perjalana di Boh Tea Plantation, Camron Highland, menjamu selera di Lemang To’ki, makan nasi kandar di Hameed di Georgetown, Pulau Pinang dan juga menjelajahi bandar Ipoh.
Jangan lupa saksikan RODA PANAS episod ketiga yang menampilkan secara eksklusif R 18 Getaway Malaysia pada Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Susulan minggu lepas kes sekumpulan gadis maut kerana terhidu gas monoksida (kerana tidur dalam kereta dan swich on aircond) ketika tidur dalam kereta baru-baru ni menjadi tular hingga menakutkan ramai pihak.
Viral Media Johormahu share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:
1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)
2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.
PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)
3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.
Beberapa fakta tentang kekurangan Oksigen, awas boleh membawa maut!
(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen makin berkurang.
(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dari kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.
(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkn diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian.
(5) Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
(6) Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
(7) Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
(8) Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Indonesia melancarkan edisi khas Honda CBR 250RR bertemakan ‘Art of Kabuki’.
Semakin berputih mata nampaknya rakyat Malaysia. Indonesia sudah meraikan ulang tahun pertama CBR 250RR, sedangkan Malaysia masih menunggu ketibaan CBR 250RR. Malah kehadirannya juga masih samar-samar.
Desain terbaru pada supersport berkenaan dipadankan dengan lakaran khas yang menggambarkan peta Indonesia.
Selain itu, tema ikonik Kobuki diserlahkan menerusi penyerap hentak berwarna hitam, bingkai dengan semburan cat merah, rim berwarna hitam di depan dan putih di belakang. Manakala kowl pelana belakang turut menerima cat putih.
Tema The Art of Kobuki menggambarkan budaya tradisional ‘Kabukimono‘ yang berasal dari era Sengoku sekitar akhir abad 15 hingga 16. Era tersebut dikenali dengan zaman samurai yang menjadi ikon pahlawan yang berani mengabdikan diri kepada masyarakat.
Budaya tersebut memiliki keunikan dan menjadi tren ketika ini. Filosofi budaya Kabukimono ini sejalan dengan Honda CBR250RR yang menjadi model paling diminati dalam segmennya dan juga berhasil mengukir sejarah baru motor sport di Indonesia.
Edisi khas tersebut hanya ditawarkan 100 unit. Soal mekanikal masih sama yang mana ia dilengkapi enjin 250cc penyejukan cecair DOHC 4-lejang. Ia mampu menghasilkan kuasa 38.7PS pada 12,500rpm dan tork maksimum 23.3Nm pada 11,000rpm.
Apa yang menarik CBR250RR merupakan jentera paling ringan dalam kelasnya dengan 165kg bagi varian standard, manakala ABS sedikit berat dengan angka 168kg.
Motosikal edisi khas itu dijual pada harga Rp70,825,000 (RM22,753).
Sumber Foto: Paktiga.com & AHM
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa hari ini nama Tesla kembali tular di negara kita. Ini mungkin berkait rapat dengan pertemuan dan perbincangan secara virtual oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Pertemuan secara virtual itu dilihat menunjukkan perkembangan positif dari segi kerjasama dua hala di antara negara kita dan jenama gergasi dari Amerika Syarikat tersebut.
Lebih menarik lagi, PM Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa Tesla bakal membuka ibu pejabatnya di Selangor pada tahun ini.
Petemuan selama 25 minit itu juga dilihat telah membuka lembaran baharu buat industri automotif di Malaysia. Tesla yang merupakan pembikin kereta elektrik terkemuka dilihat seiring dengan hasrat kerajaan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaannya.
Malah dilaporkan usaha untuk membina stesen Tesla Superchargers sedang giat dijalankan dengan 10 lokasi diumumkan di seluruh negara. Selain itu, Tesla turut mengumumkan harga rasmi Model Y untuk pasaran Malaysia pada iaitu RM199,000.
Buat anda yang berkira-kira untuk membeli kereta elektrik Tesla berikut MASKULIN senaraikan 10 perkara penting yang perlu anda tahu! Sebelum beli baca artikel ini dulu ya.
Infrastruktur Pengecasan
Pastikan anda mempunyai akses kepada stesen pengecasan bateri Tesla atau Tesla Supercharges berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Ini kerana melakukan pengecasan di rumah memerlukan pemasangan soket atau stesen pengisian dinding, jadi perlu pertimbangkan kemudahan ini sebelum membeli.
Harga dan Anggaran
Pastikan semak dahulu harga model Tesla yang anda ingin beli Sebagi contohnya lakukan perbandingan harga di pengedar kereta terpakai dan juga laman sesawang rasminya.
Pilihlah dengan berdasarkan kesesuaia penggunaan harian anda. Ingat bahawa harga kereta dan anggaran pemilikan boleh berbeza berdasarkan model dan ciri yang dipilih.
Prestasi dan Jarak Pemanduan
Anda perlu fahami prestasi dan jarak pemanduan kereta Tesla ingin anda beli. Beberapa model menawarkan pemanduan yang lebih jauh dengan satu cas bateri, sementara model lain mungkin menawarkan prestasi yang lebih tinggi.
Ciri-ciri Keselamatan
Tesla dikenali dengan teknologi keselamatan yang canggih ini terutamanya ‘Autopilot’. Pastikan anda telah faham dengan jelas bagaimana ciri-ciri ini berfungsi dan melakukan tindakan yang sesuai semasa memandu.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
Sebagai kereta elektrik, Tesla memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang cukup khusus. Jadi sangat penting anda betul-betul faham akan keperluan penjagaan bateri dan komponen elektrik lain untuk memastikan prestasi optimum kereta.
Ciri dan Pilihan Tambahan
Pastikan anda memahami pelbagai ciri dan pilihan tambahan yang tersedia untuk model Tesla yang anda pertimbangkan. Beberapa ciri mungkin diperlukan untuk keperluan harian anda.
Insurans dan Faedah Cukai
Lakukan sedikit ‘homework’ tentang insurans untuk kereta Tesla dan ketahui potensi faedah cukai atau insentif yang boleh anda dapatkan sebagai pemilik kereta elektrik.
Jaringan Servis
Pastikan terdapat pusat servis Tesla yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Ini penting untuk urusan penyelenggaraan dan pembaikan.
Ruang Simpan Kereta
Pastikan anda mempunyai ruang yang sesuai untuk meletakkan kereta Tesla anda terutamanya di kediaman.
Pandu Uji
Sama seperti kereta lain jika anda mahu rasa sendiri pengalaman memandunya sebelum dibeli buatlah janji temu untuk pandu uji. Ketika inilah anda boleh sedikit sebanyak uji prestasi, keselesaan dan ciri-ciri untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.
Ingat! Sebagai pelanggan adalah penting untuk melakukan penyelidikan yang mendalam sebelum membeli kereta Tesla atau mana-mana kereta lain.
Pastikan anda memahami sepenuhnya kelebihan dan kekurangan kereta elektrik dan mempertimbangkan keperluan dan gaya hidup anda sebelum membuat keputusan pembelian.
Semoga membantu!
Jangan lupa subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.