Sesebuah kereta akan dianggap sebagai kereta lama apabila ia sudah berusia lebih 10 tahu. Malah, diusia inilah kereta mula meragam.
Bagi pemilik kereta yang sudah berusia, sensitiviti terhadap setiap ‘rasa yang lain’ pada kenderaan adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak dijangka.
Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Demikian pesanan Fadil Mohd Yusof yang berkongsi cara beliau menjaga kereta berusia 23 tahun namun masih dalam keadaan baik.
“Memiliki kereta lama yang lebih 15 tahun, hati perlu kental dan pemilik perlu sensitif dengan sebarang “rasa yang lain” pada kereta. Kelisa saya buatan tahun 2001. Tahun ini sudah 23 tahun. Saya “lenjan” setiap hari,”ujar beliau.
Kata Fadil berikut adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian kepada pemilik kereta lama agar keadaan kenderaan ini dalam keadaan baik.
1) Radiator & radiator top cover
Radiator sekarang bukan semuanya besi. Ada bahagian dibuat dengan plastik. Setiap 3-4 tahun, sebaiknya tukar bahagian penutup plastik atas radiator.
Ads
Saya pernah bertangguh untuk tukar penutup plastik tersebut dan akibatnya ketika memandu dengan kelajuan 120km/h, penutup plastik radiator tiba-tiba pecah. Mujur hanya perlu lakukan “top overhaul”. Jika nasib tak baik, perlu tukar enjin. Radiator juga perlu dicuci jika sudah nampak berkarat.
Kereta lama Foto Sinar Harian
2) Timing belt & air cond belt
Ia perlu tukar ikut saranan pengeluar. Biasanya 100,000 km. Jika kereta sudah 9-10 tahun dan batuan belum sampai 100,000km, sebaiknya tukar. Jika putus di tengah jalan, kita akan keluar kos yang tinggi.
3) Minyak power steering & minyak brek
Tukar setiap 5 tahun sekali atau bila minyak sudah bertukar warna merah kehitaman. Warna asal kuning cair.
4) Sistem penghawa dingin
Buat full service 2 atau 3 tahun sekali.
Ads
5) Minyak gear box
Tukar setiap 40,000-80,000 km. Ikut saranan pengeluar. Jika tidak sampai batuan, tukar setiap 2@3 tahun sekali.
6) Insurans
Ini paling penting. Bila tiba masa perbaharui insurans, ambil pakej “unlimited towing”. Hanya perlu tambah dalam RM100 dari insurams asal. Bila kita pandu kereta lama, kita tidak tahu bila kereta kita akan rosak.
Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Dengan “unlimited towing”, kita tidak perlu risau bila kereta rosak di tengah jalan. Hati pun tenang, tidak perlu risau fikirkan kos tarik kereta.
Ads
Masing-masing punya pilihan. Tidak mahu pening kepala, beli sahaja kereta baru.
Sekurang-kurangnya, tidak perlu pening kepala untuk baiki kerosakan kereta. Hanya perlu hadap bayaran ansuran bulanan.
Jangan ingat kereta yang nampak bersih,bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan oleh Wajihah Derus Bilis Sabah adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Chear Global Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia memperkenalkan moped Ario 110.
Model itu dijana oleh enjin 107cc penyejukan udara, silinder tunggal, 4-lejang yang berupaya menghasilkan kuasa 4.8kW pada 7,500rpm dan tork 7Nm pada 5,500rpm.
Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan. Menerima pengiktirafan Euro3, Ario 110 dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz empat liter.
Selain itu, pelana Ario 110 didatangkan dengan pelana dua jahitan benang agar lebih tahan lama dan tidak ketinggalan dilengkapi dengan bakul depan.
Ketua Pegawai Operasi Chear Global Sdn Bhd, Leong King Choon berkata moped baru dari CMC tersebut menawarkan reka bentuk terkini dan prestasi cemerlang dalam kelasnya.
“Pembangunan Ario 110 mengambil masa setahun setengah dan menjalani ujian tunggangan sejauh 15,000 kilometer.
“Ario 110 menggunakan model dari syarikat induk Guangzhou Haojin lalu kami lakukan modifikasi mengikut kehendak pengguna dan keadaan di Malaysia,” katanya.
CMC Ario 110 ditawarkan dengan peredam ekzos sporty dan rim tuang untuk keselesaan tunggangan bersama tayar tubeless.
Didatangkan dengan pilihan warna merah metalik dan hitam metalik, harga jualan Ario 110 ialah RM3,988 seunit (tidak termasuk GST). Untuk melihat dengan lebih dekat, Ario 110 akan berada di pusat jualan bermula esok.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai pengguna kereta mesti anda tahu bahawa antara perkara yang boleh buat kita sakit jiwa adalah bila gearbox rosak!
Satu perkara yang pemilik kereta seperti anda sudah maklum, jika berlaku kerosakan kotak gear, bersediakanlah dengan wang yang agak banyak untuk baiki pulih kereta.
Jadi bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku anda sebenarnya kena sentiasa servis kereta ikut pada masanya.
Dan pastikan kondisi kenderaan terutamanya di bahagian dalaman enjin sentiasa diberikan perhatian. Jadi bagaimanakah untuk kita kesan dari awal sekiranya gearbox mula rosak?
Bagi pengguna kereta, ini merupakan antara tanda-tanda yang boleh anda perhatikan.
1.
Berdepan kesukaran untuk ‘masuk’ gear, ini terutamanya berlaku kepada kereta manual.
2.
Untuk kereta auto, pada awal transmisi berlaku sentakan kuat. Sebagai contoh bila dari N ditukar kepada D. Atau dari P ke D.
3.
Berlakunya ‘freeplay’ iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke gear 2, gear 2 ke gear 3 dan juga gear 3 ke gear 4.
Jika anda dapati perkara di atas berlaku itu bermakna gearbox anda menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya kerosakan. Jangan biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri akan jadi lebih teruk.
Bagaimana anda boleh elak tanda-tanda di atas berlaku kepada gearbox kereta? Anda boleh ikuti tip sevis di bawah;
Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
1. Tukar minyak auto
2. Tukar mounting gearbox
3. Tukar pin pada panel gear
4. Tukar kedua-dua oil seal gearbox
Bagi anda yang menggunakan kereta manual pila anda hanya perlu tukar minyak gear, mounting dan kabel gear.
Jangan lupa subscribe YouTube atau folloe Facebook MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...