Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.
Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.
Ads
Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.
Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
Ads
BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Ads
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sehingga tarikh hari ini, kira-kira 18 juta penduduk di Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19. Ia merupakan satu angka yang cukup memberangsangkan dalam usaha kerajaan dan kita semua untuk keluar dari kemelut pandemik yang berpanjangan ini.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Kahas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Coid-19 (JKJAV) juga menyaksikan jumlah pemberian dos vaksin meningkat dengan cukup mendadak dalam tempoh beberapa minggu yang lalu.
Ia memberikan satu petanda positif dalam usaha negara kita mencapai imuniti kelompok. Dengan kadar kes harian yang cukup tinggi pada masa sekarang, kita tiada jalan keluar lain melainkan mendapatkan vaksin dan mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
Jumlah pemberian dos pertama dan kedua kini sudah melebihi 12 juta dan ia dijangka akan terus meningkat kepada angka yang lebih baik.
Dengan peningkatan pemberian suntikan vaksin yang cukup positif, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin telah memberi cadangan kepada pihak jawatankuasa pengurusan yang terlibat bagi menilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos suntikan vaksin.
Dalam cadangan yang dimaklumkan oleh beliau, kelonggaran yang bakal diberikan kepada pene.rima dua dos suntikan ialah kelonggaran perjalanan serta kebenaran untuk makan di restoran atau ‘dine’in’.
Memetik temubual RTM, Perdana Menteri berkata ia petanda menujukkan bahawa sementara menguruskan wabak Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit boleh kembali seperti masa yang lepas.
Ia mungkin satu petanda positif dalam usaha kita kembali seperti sedia kala dan mungkin boleh memberikan doronagn kepada mereka yang mungkin masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin.
Jenis jenis kelonggaran kepada individu sudah terima dua dos suntikan vaksin sedang dinilai termasuk berkaitan perjalanan dan makan di restoran- PM Muhyiddin pic.twitter.com/lD6Kff7BCY
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 15, 2021
Walau bagaimanapaun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman atau keputudan rasmi daripada Majlis Keselematan Negara mengenai perkara ini atau sebarang SOP berkait perkara di atas.
Semoga ini menjadi petanda untuk kita terus positif walaupun berdepan cabaran yang agak luar biasa hebatnya pada masa sekarang. Teruskan berjuang rakan-rakan sekalian.
Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.