Dari kejauhan, gaya yang memukau sering menjadi daya tarikan utama bagi setiap lelaki. Rambut lelaki panjang yang tersusun rapi, diterpa angin sepoi-sepoi bahasa, mencerminkan imej yang kacak dan menawan.
Namun, citra ideal ini sering tercalar apabila dekat dengannya, aroma tak menyenangkan merebak dari kepala, cukup untuk membuat sesiapa sahaja terpaksa menahan nafas.
Ironinya, wajah yang menarik ini ternoda oleh masalah rambut yang tidak dijangka. Ramai lelaki seringkali tidak menyedari adanya masalah ini pada diri mereka sendiri, kerana mereka telah terbiasa dengan aroma tersebut yang melekat pada mereka.
Masalah bau rambut dan kulit kepala bukanlah sesuatu yang jarang terjadi dan ia seringkali dihadapi oleh ramai lelaki. Jika dibiarkan tanpa penyelesaian, masalah ini boleh mengganggu kepercayaan diri dan bahkan merosakkan hubungan sosial.
Untuk mengatasinya, penting bagi kita untuk mengenal pasti punca utama rambut dan kulit kepala menjadi berbau. Dengan pemahaman yang tepat, langkah-langkah dapat diambil untuk mengembalikan keadaan rambut ke bentuk yang lebih segar dan menyenangkan.
1. Bersihkan Peluh Dengan Efektif
Peluh yang dibiarkan kering pada kulit kepala boleh menjadi punca utama bau tidak menyenangkan pada rambut.
Aktiviti seperti bersenam memang bagus untuk kesihatan, tetapi pastikan anda mencuci rambut dengan syampu yang sesuai selepas berpeluh untuk mengelakkan penumpukan minyak dan bau.
2. Teknik Mencuci Yang Betul
Ads
Jangan biarkan rambut tidak dicuci untuk beberapa hari. Amalkan mencuci rambut secara teratur dengan teknik yang betul; pastikan syampu meresap ke akar rambut dan kulit kepala.
Ini membantu menghilangkan minyak dan kotoran yang terkumpul, sekaligus mengelakkan bau.
3. Pemakanan Yang Baik
Apa yang anda makan mempengaruhi kesihatan rambut dan kulit kepala. Elakkan makanan berbau kuat seperti bawang putih yang boleh menyumbang kepada bau kulit kepala. Pilih diet seimbang untuk menyokong kesihatan kulit kepala yang lebih baik.
4. Kurangkan Pendedahan Pencemaran
Pencemaran boleh menjejas kesihatan rambut dan kulit kepala. Cubalah untuk meminimumkan pendedahan kepada udara yang tercemar.
Ads
Dan paling penting bersihkan rambut anda secara teratur jika anda tinggal di kawasan yang tinggi pencemaran.
5. Kendalikan Stres dan Hormon
Stres boleh meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala, yang seterusnya boleh menyebabkan bau.
Amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi atau senaman untuk mengawal kesan stres terhadap tubuh dan kulit kepala.
6. Bijak Memilih Topi
Memakai topi boleh menjadi gaya tetapi jika terlalu kerap, ia boleh menyumbang kepada bau rambut kerana kurangnya pengudaraan.
Ads
Berikan rambut anda masa untuk ‘bernapas’ dengan mengurangkan pemakaian topi terutama di dalam cuaca panas atau lembap.
Jika anda mengalami kelemumur atau kondisi kulit kepala lain, gunakan produk yang tepat seperti syampu antikelemumur dan tonik rambut.
Ini tidak hanya membantu mengurangkan kelemumur tetapi juga membantu memelihara kesehatan kulit kepala dan mengurangkan bau.
Dengan memahami dan mengamalkan tips ini, lelaki boleh menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala mereka, sekaligus mengelakkan masalah bau yang tidak diingini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau diikutkan negara kita memang tiada langsung kena-mengena dengan musim panas. Kita hanya ada dua musim sahaja iaitu musim panas dan musim hujan.
Namun itu tidak semestinya menghalang kita untuk menikmati minyak wangi yang dikeluarkan istimewa untuk musim panas.
Tidak keterlaluan MASKULIN katakan bahawa koleksi musim panas di antara yang paling dinantikan oleh penggemar perfume kerana cuacanya yang paling hampir dengan negara kita.
Pastinya ada sendiri kadangkala pening untuk memilih perfume di pasaran yang menawarkan beratus-ratus jenis jenama dan bau. Jadi untuk membantu anda MASKULIN kongsikan 10 perfume lelaki pilihan kami di bawah.
1. PACO RABANE INVICTUS LEGEND
Bauan yang dicipta untuk lelaki berjaya. Dengan haruman aroma sedikit spicy ia mampu menyerlahkan sisi ‘jantan’ lelaki yang menggunakannya.
2. CREED AVENTUS
Bauan yang diinpirasikan dari kisah dramatik seorang maharaja, perfume ini meraikan kuasa dengan haruman dari bergamot, daun blaccurant, epal dab nenas. Semakin berpeluh semakin menjadi baunya yang bersifat maskulin.
3. TOM FORD COSTA AZZURRA ACQUA
Bagi anda yang ingin tampil dengan bauan segar dengan halwa bauan beri, lemon dan myrtle ini merupakan jawapan yang tepat. Tidak terlalu lembut dan masih mengekalkan imej kelelakian anda.
4. PRADA L’HOMME PRADA WATER SPLASH
Dalam cuaca panas mungkin anda boleh ketepikan perfume yang baunya terlalu kuat. Alihkan kepada bau lebih lembut dan segar dengan sedikit hint bau woody. Sesuai untuk digunakan sepanjang hari dalam pelbagai kondisi.
5. ARMANI CODE ABSOLUT
Bayangkan anda melangkat ke dalam dewan banquet dengan bauan ini melekat di badan. Pasti semua menoleh ke arah anda dengan baunya laya dengan vanila dengan dasar Tonka Bean. Perfume khusus buat jejaka yang tampil yakin.
6. CALVIN KLEIN ETERNITY FLAME FOR MEN
Serlahkan identiti dalaman anda dengan bauan klasik ini bagi musim panas yang hangat. Sedikit hint buahan bertindih dengan bau aromatik membuatkan CK Eternity jadi pelengkap buat anda yang ingin jadi figura enigmatik.
7. DOLCE & GABBANA LIGHT BLUE POUR HOMME
Gabungan bauan dari bergamot, mandarin dan grapefruit menjadikan perfume ini sebagai produk cukup unik. Bagi penggunanya imeh Mediterranean pasti bermain di minda saat semburan dilakukan ke atas badan.
8. LE LABO TONKA 25 EDP
Minyak wangi jenis EDP kebiasaannya sedikit lebih mahal dari EDT. Antara perfume yang relevan dengan cuaca panas ialah Le Labo Tonka 25 EDP. Sesuai digunakan untuk kegunaan harian atau majlis istimewa.
9. ACQUA DI PARMA CIPRESSO DI TOSCANA
Berbeza dengan namanya yang rumit perfume ini tampil cukup ringkas dengan bau asas sitrus dan lavender. Setiap semburan pasti mampu membawa anda membayangan berada di atas bot mewah di perairan terbuka.
10. DUNHILL SIGNATURE COLELCTION ARABIAN DESERT
Dengan inspirasi datang cuaca panas semenanjung Arab, koleksi minyak wangi ini mampu membangkitkan semangat. Bagi lelaki ingin tampil gagah dan perkasa, Dunhill Siganture Collection Arabian Night mampu menjadi solusinya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang risau jika berdepan dengan masalah keguguran rambut. Jika masalah keguguran rambut ini tidak diatasi segera boleh menyebabkan rambut jadi semakin nipis.
Jangan bimbang, ada cara murah untuk anda atasi kelemumur dan keguguran rambut ini. Hanya gunakan garam, masalah keguguran rambut dan kelemumur anda akan hilang.
Selain keguguran rambut, mencuci rambut dengan air garam juga boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala.
Air garam mampu menambah seri pada rambut yang lurus seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Asia termasuklah orang Cina, Korea dan Jepun. Ini kerana rata-rata mereka memiliki rambut semula jadi yang lembut dan lurus.
Jom Maskulin bongkar khasiat dan keunikan air garam untuk kecantikan serta kesihatan rambut.
1. Menyingkirkan kelemumur
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
2. Rambut lebih segar
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
4. Mengelak keguguran rambut
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
5. Sihatkan kulit kepala
Jika anda mandi atau berendam dalam air laut sambil membasahkan rambut, air garam laut akan bertindak untuk memulihkan masalah normal kulit kepala seperti kegatalan dan kelemumur.
Ini secara tidak langsung membuatkan kulit kepala akan rasa segar dan bebas iritasi. Sekiranya anda kera mencuci rambut dengan air garam, masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit kepala bakal pulih dan kekal buat jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.