Masalah perut buncit ini satu perkara yang semua lelaki akan alami terutamanya bila usia sudah masuk penghujung 20-an atau bila kadar metabolisme badan semakin rendah.

Ia juga akan menjadi bertambah teruk jika anda tidak menjaga pemakanan dengan betul serta tidak melakukan senaman. Memang gerenti perut itu akan makin maju ke hadapan dengan pantas sekali.

Berhenti Kunyah Gula-Gula Getah

Mengikut Fakta, Ini 7 Amalan Yang Boleh Hilangkan Lemak Boroi Dengan Berkesan

Ada fakta yang mengatakan bawah mengunyah gula-gula getah boleh buat seseorang jadi kurus. Sebaliknya kata pakar, mengunyah gula-gula getah boleh menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara sekaligus buat perut jadi kembung dan buncit. Bahkan, rata-rata produk gula-gula getah mengandungi pemanis buatan seperti sorbitol dan xylitol serta gula alkohol yang buat perut jadi buncit secara tidak langsung!

IKLAN

Kurangkan Minum Atau Makan Produk Tenusu

Perasan tak perut bayi selalunya buncit? Ini kerana mereka hanya minum susu dan apabila susu lama berada dalam perut, tidak mustahil ia bisa bertukar menjadi pepejal lalu membuatkan perut buncit. Oleh itu, sila kurangkan pengambilan produk tenusu okay?

Lebihkan Lemon

Mulai dari hari ini, jadikan lemon sebagai teman rapat kamu! Lemon adalah diuretik semula jadi, jadi tambahkannya dalam minuman anda kerana ia bisa mempercepat proses mengempiskan perut!

IKLAN

Makanlah Pisang

Mengikut Fakta, Ini 7 Amalan Yang Boleh Hilangkan Lemak Boroi Dengan Berkesan
Smiling young man is eating a banana

Biar pun pisang tersenerai sebagai makanan yang boleh buat individu jadi mengantuk, tahukah anda bahawa pisang sebenarnya kaya dengan potassium, mampu bertindak mengawal keseimbangan cecair bagi meratakan perut buncit!

Makanan Secara Perlahan

Bila tengah lapar, agak sukar kita untuk mengawal etika mengunyah makanan. Nabi juga menasihatkan kita untuk menguyah makanan sebanyak 40 kali untuk setiap suapan agar makanan tersebut mudah dicerna dan perut akan berasa cepat kenyang. Jika tak mahu perut buncit, kunyahlah makanan secara perlahan untuk elak tertelan lebih banyak udara. Makanan yang terlalu cepat ditelan akan menyebabkan perut kembung dipenuhi gas. Pastikan juga mulut ditutup rapat ketika menguyah!

IKLAN

Tembikai Susu, Nenas & Betik

Mengikut Fakta, Ini 7 Amalan Yang Boleh Hilangkan Lemak Boroi Dengan Berkesan

Tembikai susu mengandungi kandungan diuretik yang melawan pengekalan air manakala nanas dan betik mengandungi enzim yang membantu pencernaan dan memecahkan protein yang biasanya menyebabkan kembung.

Air Kosong & Teh Lebih Baik Berbanding Kopi

Meskipun ramai yang sukakan kopi berbanding teh, kopi yang lebih tinggi mengandungi kafein sebenarnya akan menyebabkan tubuh kering (dehidrasi) lalu akan buatkan anda berasa cepat lapar untuk menggalak pengambilan kalori. Hati-hati si peminat kopi!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI