Bila tiba sahaja bulan Ramadan secara automatik beberapa jenis juadah dan makanan untuk berbuka akan jadi popular. Walhal sesetengahnya ada saja dijual pada bulan-bulan yang lain.

Salah satu contohnya ialah murtabak. MASKULIN yakin anda semua pasti setuju akan hal ini. Pergilah ke mana sahaja pasar Ramadan pasti kita akan jumpa dengan peniaga yang menjual murtabak.

Murtabak yang dijual pula terdapat pelbagai bentuk, inti dan juga kuah. Malah sebelum ini telah berlaku ‘peperangan’di laman media sosial tentang dua team yang memilih kuah kari dan kuah sirap bawang sebagai pencicah terunggul murtabak.

Tapi bagi MASKULIN, king bagi segala murtabak ialah taka lain tak bukan murtabak raja atau juga dikenali sebagai murtabak Singapura.

Menu Berbuka, Kenapa Pilih Murtabak Biasa Kalau Boleh Masak Sendiri Murtabak Raja

IKLAN

BACA: Menu Berbuka Kek Milo Viral, Senang & Mudah Orang Bujang Pun Boleh Buat

Menariknya di Pantai Timur, murtabak raja merupakan antara juadah yang sangat popular dan menurut cerita orang dulu-dulu, ia diberi nama demikian kerana asalnya dibuat oleh kaum kerabat di raja Kelantan.

IKLAN

Malah kalau anda ke Kota Bharu terdapat dua pengeluar murtabak raja yang popular wajib anda cuba kalau ke negeri Kelantan.

Tapi nak ke Kelantan punyalah jauh juga. Tapi anda jangan risau kerana kali ini MASKULIN ingin kongsi resepi murtabak raja yang anda sendiri boleh buat di rumah.

IKLAN

Menu Berbuka, Kenapa Pilih Murtabak Biasa Kalau Boleh Masak Sendiri Murtabak Raja

BAHAN-BAHAN

  • 2 ketul daging cincang
  • 2 biji bawang merah besar dicincang
  • 3 biji bawang putih dicincang
  • 1 inci halia dicincang
  • 2 biji bawang besar holland di potong dadu
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam

CARA-CARA

  • Mula-mula panaskan kuali kemudian tumis kesemua bahan yang dicincang serta bawang sehingga garing.
  • Masukkan sedikit rempah kari dan juga air.
  • Kemudian masukkan daging, gula dan garam. Gaul sehingga daging masak.
  • Angkat dan sejukkan. Ambil 3 sudu besar inti dan campur dengan sebiji telur jika roti canai yang kecil tapi jika roti canai besar boleh campur 3 biji telur untuk 2 biji murtabak.
  • Kemudian letakkan intinya diatas roti canai. Kemudian balut dan bolehlah dimasak.
  • Ulang langkah yang sama kemudian bila masak letakkan murtabak kedua di atas murtabak yang pertama. Balut dengan tepung yang siap diuli dan letakkan di atas kuali sekali lagi. Ini bagi memastikan anda mendapat murtabak yang tebal.
  • Cukup hanya gabungkan dua murtabak bagi mendapatkan murtabak yang tebal.

Untuk kuah pula anda boleh hasilkan dengan menggunakan cuka, garam, gula dan juga hirisan bawang.

Selamat mencuba!

Sumber: Nutrisi Life dan PhD

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI