Menunggang motosikal untuk berjalan dalam jarak yang jauh sangat membosankan kecuali kita selitkan perjalanan tersebut dengan menyanyi.
Jangan pula anda tidak tahu bahawa menyanyi adalah satu terapi yang bukan sahaja menyegarkan malah memberikan semangat untuk berjalan jauh.
Selain menyanyi, anda juga boleh berzikir kerana menerusinya, anda pun dapat pahala dan perjalanan anda insya’Allah diberkati.
Ads
3 sebab kena mulut perlu berbunyi
Ads
1. Teman jiwa
Semasa menunggang motosikal secara berseorangan, siapa lagi yang ada kecuali diri kita sendiri. Maka, tidak salah untuk menyanyi bagi meneman jiwa kita yang kesunyian.
Ads
2. Elak mengantuk
Ia membantu mata dan otak anda untuk fokus ketika berada di jalan raya. Namun jika mata sudah benar-benar berat, berhenti dan berehatlah buat seketika.
3. Hilangkan stress
Menyanyi semasa berada di atas motosikal boleh menghilangkan stress. Ini kerana anda mungkin menjerit atau menyanyi sekuat-kuat hati dan perasaan lega akan muncul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Peranan tali pinggang keledar masih dianggap hal yang remeh bagi pengguna. Apatah lagi penumpang yang duduk di belakang. Perlu anda ketahui tidak memakai tali pinggang keledar sebenarnya adalah satu risiko tinggi bagi penumpang belakang dan juga penumpang depan.
Menurut Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), empat daripada lima orang penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar. Tidak kira sama ada perjalanan jauh mahupun dekat.
Perlu diingatkan habit anda yang tidak gemar untuk memakai tali pinggang keledar ketika duduk di belakang boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada penumpang di depan ketika kemalangan.
Menerusi simulasi ujian kemalangan yang dijalankan, hasil ujian menunjukkan selain berisiko menyebabkan kecederaan kepada penumpang belakang, ia juga boleh menyebabkan penumpang depan terhumban ke papan pemuka atau stereng. Ini akibat daripada momentum penumpang belakang yang terhentak pada kerusi depan.
Hasil kaji selidik IIHS menunjukkan bahawa 72 peratus daripada pengguna berusia 18 tahun ke atas tidak memakai tali pinggang ketika duduk di belakang. Sebaliknya 91 peratus menyatakan menggunakan tali pinggang keledar ketika dudukk di depan.
Tiba masanya anda mempunyai kesedaran untuk memakai tali pinggang keledar tidak kira sama ada duduk di kerusi depan mahupun belakang. Dahulukan keselamatan dan lebih baik mencegah sebelum berlakunya perkara tidak diingini.
Bila bercakap pasal gaya hidup lelaki dan budaya kustom, tiada acara yang lebih mekar di bibir penggemar automotif. Ia tidak lain tidak bukan acara tahunan penuh karakter Art of Speed Malaysia 2025 (AOS 2025).
Berlangsung selama dua hari di MAEPS Serdang pada 26 dan 27 Julai lalu, edisi ke-14 AOS bukan sekadar acara pameran. Ia sepeti biasa merupakan bagaikan perayaan gaya, suara komuniti yang cukup bermakna buat peminat jentera kustom dalam dan luar negara.
Gerbang LED baharu jadi simbol pembukaan penuh semangat. Animasi yang berputar, visual yang menyala. Kesemuanya menjadi simbolik lambang inovasi dan budaya AOS yang terus berevolusi.
Dengan kehadiran tetamu antarabangsa seperti Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey dari Hot Wheels Amerika, Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride Australia, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon Jepun dan Ben Forster dari Benflathead Australia, AOS 2025 jadi medan pertembungan gaya dan semangat global.
Setiap tetamu bukan sekadar nama besar dalam dunia kustom, tapi turut membawa budaya, teknik dan semangat tersendiri yang menjadikan AOS lebih daripada sekadar pameran. Ia adalah ruang pertemuan, perkongsian dan pertukaran idea yang hidup.
Pengunjung bukan hanya melihat kenderaan cantik. Mereka juga menyerap inspirasi terus dari pencipta asalnya.
Daripada perbualan santai hingga sesi perkongsian, kehadiran tetamu ini benar-benar menghidupkan roh AOS sebagai satu komuniti kustom yang tidak mengenal sempadan.
Antara highlight terbesar tahun ini termasuk program “Beetle Battle” yang merapatkan komuniti VW serantau.
Dan dalam dunia kecil penuh karakter, Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) kembali buat kali ketiga dengan menampilkan segalanya dari koleksi rare, aktiviti pertukaran, pertandingan custom dan sesi bersama pereka asal Hot Wheels.
Lebih epik, AOS jadi tapak pelancaran pasangan kereta konvensyen pertama Asia Tenggara yang menghadap kiri dan kanan, disaksikan sendiri oleh Brendon Vetuskey.
Dari medan selera penuh food truck, zon kopi santai, ke perhimpunan kelab skuter dan kereta klasik, AOS 2025 menyatukan gaya hidup, makanan dan muzik dalam satu nadi.
Zon uji tunggang motosikal juga jadi tumpuan buat yang kaki throttle. SoundCircus Takeover tahun ini pula gegarkan Dewan A dengan lineup dari Noh Salleh hingga Ruffedge.
Pemenang Best of Show tahun ini? Shaun Pinto dengan VW Beetle 1965 dan Omar Jumiran dengan Honda CB 175cc 1983.
Kedua-duanya bukan sahaja membawa pulang trofi kemenangan, tetapi turut menerima pengiktirafan tertinggi di pentas AOS.
Sebagai ganjaran eksklusif, mereka turut memenangi tiket perjalanan ke acara tersohor MOONEYES Yokohama Hot Rod Show ke-33 sebagai tetamu kehormat.
Peluang ini bukan sahaja memberi ruang untuk mereka mewakili Malaysia, malah memperkenalkan sentuhan kustom tempatan kepada dunia.
Ratusan pemenang diumumkan dari kategori kereta dan motosikal. Daripada fabrikasi terbaik, cat paling liar, stance terendah, hinggalah ke livery dan kejuruteraan.
Setiap kemenangan bukan sekadar estetika, tapi penghormatan terhadap ketelitian, karakter dan semangat DIY pemilik jentera.
AOS 2025 bukan sekadar pasal enjin, bodykit atau rim gila. Ia tentang jiwa — tentang bagaimana setiap jentera jadi kanvas ekspresi lelaki moden yang cintakan gaya, budaya dan komuniti.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.artofspeedmy.com dan media sosial rasmi mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan barisan model edisi khas, dikenali sebagai JOIN. Dilancarkan pada acara Volkswagen Fest 2018 (12-14 Oktober) di Setia City Convention Centre (SACC), Setia Alam, pakej aksesori JOIN itu ditawarkan pada model utama Volkswagen seperti:
Aksesori JOIN didatangkan dengan plat sisi, spoiler belakang, spoiler but, Volkswagen Tint dan pelbagai tambahan ciri eksklusif bernilai hingga RM12,000 mengikut model pilihan.
VPCM turut bekerjasama dengan Lazada apabila membuka tempahan 25 unit JOIN secara eksklusif dilaman beli-belah atas talian itu bermula 12-18 Oktober ini. Pelanggan hanya perlu bayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori JOIN secara percuma.
Bagi membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran RM799 (Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 (Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN) menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan atas talian. Kemudian, pembeli akan menerima panggilan daripada Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, dan seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan model tersebut.
AKSESORI JOIN BERBEZA IKUT MODEL
Harga: RM81,990
Pilihan Warna: Candy White (putih), Carbon Steel Grey (kelabu), Flash Red (merah) dan Reflex Silver (perak).
Aksesori: Plat sisi, spoiler but, spoiler belakang hitam, kemasan sisi, kerusi kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.
Dilengkapi enjin petrol 1.6L MPI dengan transmisi automatik 6-kelajuan Tiptronic dan mod Sport serta tork maksimum 153Nm @ 3,800rpm.
Harga: RM91,690 dan RM98,490
Pilihan Warna: Vento Comfortline: Candy White (putih) dan Carbon Steel Grey (kelabu); Vento Highline: Carbon Steel Grey (kelabu) dan Deep Black (hitam).
Aksesori: Kemasan but, spoiler belakang, kemasan sisi, plat sisi, kerusi kulit dan VW Tint bernilai RM7,000.
Vento Highline dikuasakan enjin 1.2L TSI (103hp, 175Nm) dan transmisi automatik 7-kelajuan DSG, manakala Vento Comfortline pula dijana enjin 1.6L MPI (103hp, 153Nm) dan transmisi automatik 6-kelajuan.
Harga: RM175,990
Pilihan Warna: Deep Black (hitam), Pure White (putih) dan Tungsten Silver (perak).
Aksesori: Elemen rekabentuk tambahan di depan, spoiler belakang, kemasan but, hujung ekzos krom, plat pelindung belakang, pemijak kaki dan VW Tint bernilai RM10,000.
Tiguan menggunakan gabungan enjin turbo 1.4L TSI (148hp, 250Nm) dan transmisi automatik 6-kelajuan DSG.
Harga: RM188,690
Pilihan Warna: Deep Black (hitam), Manganese Grey (kelabu), Pure White (putih) dan Reflex Silver (perak).
Aksesori: Pedal sport aluminium, plat sisi, rim aloi Marseille 18 inci dan VW Tint bernilai RM12,000.
Passat Comfortline dikuasakan enjin 1.8L TSI yang dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan DSG.
Semua model JOIN turut ditawarkan dengan Skim Perlindungan Harga (PPS) Volkswagen yang sebelum ini sah untuk semua model Volkswagen berdaftar sebelum 30 November ini, selagi stok masih ada. Semua model Volkswagen ditawarkan penyenggaraan percuma selama tiga tahun, selain waranti kilang dan bantuan jalanan 5 tahun.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.