Berikut adalah cara memerahkan bibir yang boleh anda amalkan agar bibir anda tampak merah, cerah dan lebih sihat. Selamat mencuba!
GUNAKAN VASELINE LIP THERAPY
MELEMBAPKAN BIBIR
Konsep awal utama adalah sebagai pelembap bibir, dengan penggunaan produk ini secara teratur maka bibir anda akan terjaga kelembapan sepanjang waktu.
-ATASI MASALAH BIBIR KERING
Selain dapat menjaga kelembapan bibir dalam jangka waktu yang panjang, Vaseline Lip ini juga dapat mengatasi masalah bibir kering. Membuatkan lapisan kulit bibir yang kering terkelupas secara alami dan diganti dengan lapisan kulit baru.
-MENUTRISI BIBIR
Menutrisi bibir anda sehingga akan terasa lebih lentur dan tidak mudah kering serta pecah-pecah.
KALAU ANDA GUNAKAN SEBAGAI PERAWATAN BOLEH AMALKAN SETIAP KALI SEBELUM TIDUR, DAN JIKA ANDA GUNAKAN UNTUK BIBIR YANG PECAH, SAPUKAN PADA BERUS GIGI DAN SAPUKAN PADA TEMPAT YANG MENGELUPAS, PILIH BERUS GIGI YANG LEMBUT.
Ads
CARA ALAMI PUN BERKESAN!
CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Lakukan langkah di bawah:
• 1/2 sudu jus lemon.
• Tambahkan madu.
• Sedikit gliserin ( kalau tak ada, guna gula kasar ).
• Gaul sekata dan oles pada bibir.
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara.
UBAT GIGI + BERUS GIGI
Ads
Kedengaran macam pelik bukan? Tapi memang berhasil jika diamalkan. Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Oleskan sedikit pada bibir anda dan biarkan selama 3 minit. Kemudian gosoklah dengan perlahan menggunakan berus gigi yang lembut untuk membersihkan bibir. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menjadikan bibir lebih menawan.
GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran.
Ini cara membuat scrub bibir:
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Ads
Jika tiada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam buat gerakan membulat pada keseluruhan bibir selama 3-4 minit. Bilas apabila kering.
BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.
MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada lisptik anda buat sementara waktu. Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat memelihara keaslian warna bibir anda yang merah berseri.
LIMAU NIPIS
Perahkan limau nipis dan ambil jusnya sebanyak 2-3 sudu kecil. Kemudian bancuh bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari. Dikatakan limau nipis boleh mengurangkan warna gelap pada bibir kerana limau nipis juga kaya dengan vitamin C.
Madu juga boleh digunakan untuk membuatkan bibir yang gelap menjadi lebih cerah dan merah merekah secara semula jadi. Anda dapat memanfaatkannya dengan cara mengambil sedikit madu asli, kemudian sapukan pada bibir secara merata. Cara ini akan lebih efektif jika diamalkan setiap malam sebelum tidur. Anda juga boleh melakukan cara ini 2-3 kali dalam sehari supaya mendapatkan hasil tona bibir yang lebih menawan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada wktu malam kadangkala kita akan berasa lapar walaupun sudah makan, mulalah pergi ke dapur untuk mencari makanan, macam mana la nak diet. Bila badan naik mula pening kepala, macam mana nak kurus balik.
1) KOPI : Kopi akan menyebabkan kamu sukar tidur ini kerana kopi mengandungi kafein yang tinggi,. Bukan itu sahaja, ianya juga bersifat diuretic, yang akan mendorong kamu untuk kerap ke tandas. bila susah hendak tidur dan asyik ke tandas sahaja sudah tentu kamu mudah cepat terasa lapar. Pastinya kamu akan makan apa sahaja yang ada termasuklah junk food. Jika tiba-tiba berat badan kamu naik mendadak jangan terkejut nanti.
2) COKLAT : makan coklat boleh membuat hati terasa tenang dan gembira memang betul. Tetapi, coklat juga tidak sesuai di makan sewaktu sebelum tidur kerana ianya juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi. Apabila kandungan gula sudah tinggi di dalam badan, ianya akan membuat kamu mudah terasa lapar. Akhirnya, banyak lagi yang kamu akan makan.
3) BURGER : Semua orang tahu burger mempunyai kandungan lemak dan kalori yang amat tinggi. sudah tentulah jika kamu makan pada waktu sebelum tidur ianya akan memberi kesan dan masalah pada perut anda nanti. Malahan gabungan daging dan burger juga boleh mengakibatkan heartburn. Elakkan mengambil burger sebelum kamu tidur , ianya untuk memperolehi tidur yang nenyak dan segar pada keesokan harinya.
4) MAKANAN PEDAS : Makanan pesas memang amat sedap. Akan tetapi, memang salahlah jika kamu makan sebelum tidur ini kerana kandungan cili dan rempah ratus yang akan menyebabkan perut kamu akan meragam dan besar kemungkinanya akan menyebabkan kamu mengalami heartburn (rasa pedas di dalam dada). malahan bukan itu sahaja, ianya juga turut meningkatkan tenaga dalam badan kamu.
5) KACANG & BIJIRIN : Memang betul, kacang dan bijirin memang kaya dengan protein dan serat. Akan tetapi makanan seperti kacang buncis, kacang hijau dan sebagainya adalah tidak bagus makan sebelum tidur. Ini kerana makanan seperti ini mengandungi gas atau dengan kata lain yang akan menyebabkan angin dalam badan hingga boleh menganggu keselesaan perut. Jikalau nak makan, makanlah di waktu makan tengah hari ataupun waktu makan malam.
6) SODA : Tidak nafikan bahwa minuman ni memanglah sedap! Tetapi harus di ingat, air bersoda mempunyai kandungan gas dan gula yang terlalu tinggi. Ianya boleh menyebabkan kandungan gula naik secara mendadak dan akhirnya akan menyebabkan kamu merana seluruh hidup kamu. Oleh itu, kawallah pengambilan minuman seperti ini sebelum tidur. Gantikanlah ia dengan air mineral atau susu.
7) KEJU : Jika kamu seorang yang alah kepada laktosa dalam susu, maka keju adalah makanan yang wajib di elak sebelum waktu tidur. Jika tidak pun, Ia masih tetap di larang! Ini kerana ia akan menyebabkan perut kamu akan terasa sesak dan mual. Ini kerana keju mempunyai kandungan kalori dan lemak paling tinggi, jadi jika kamu kerap ambil nanti badan kamu akan bertambah bulat!
8) FRENCH FRIES : French fries memanglah teramat sedap kan, Lagi-lagi makan waktu melepak dengan kawan-kawan. Memang sedap gilew, Akan tetapi, perlu di ingat juga . Ianya adalah salah satu makanan yang berbahaya, ini kerana kandungan minyak akan menyebabkan lemak akan terkumpul dalam badan dan jangan terkejut jika kandungan kolestrol kamu akan bertambah juga.
9) AISKRIM, BISKUT, KEK & GULA-GULA : Sila Pastikan sebelum tidur kamu tidak akan di ganggu dengan nafsu memakan kesemua benda manisan seperti aiskrim, biskut, kek dan gual-gula. Kandungan gula yang ada dalam kedua-dua makanan ini akan menyebabkan kamu sukar untuk tidur tambah-tambah lagi dengan kadar tenaga yang meningkat. sebaliknya, gantikanlah dengan makanan buah-buahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat raja buah, anda sekarang mungkin dalam fasa cukup gembira. Musim durian kini telah kembali dengan pelbagai jenis durian ditawarkan di pasaran. Lihat sahajalah segenap pelosok lokasi pasti ada peniaga durian menawarkan seleksi durian yang segala macam.
Walaupun harga sebiji durian yang berkualiti cukup tinggi harganya namun ia tidak menjadi penghalang kepada peminatnya untuk melepaskan ‘rindu’ yang telah lama terbungkam. Buah durian ternyata cukup istimewa di hati rakyat Malaysia.
Dengan harga yang agak tinggi pastinya anda ingin makan dengan puas hati dan dapat buah yang baik. Jadi bagaimana untuk pilih buah durian yang betul-betul elok? Ikuti beberapa tip berikut!
BENTUK BUAH
Durian yang berbentuk bulat dikatakan mempunyai isi yang banyak berbanding durian yang berbentuk lonjong.
BERAT DURIAN
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa semakin ringan buah durian, semakin banyak isi durian tersebut. Kalau ada dua biji durian yang sama saiznya, pilih yang paling ringan.
KONDISI TANGKAI
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai yang kering atau terpotong. Jangan beli durian yang tidak mempunyai tangkai.
Ketuk buah durian dan pilih durian yang berbunyi padat semasa diketuk.
BENTUK DURI
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk mendapatkan isi yang padat.
BAU ‘MANIS PAHIT’
Hidu durian dan cari yang berbau manis dan sedikit aura pahit.
JURING
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi durian.
KULIT DURIAN
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit buah durian. Kalau ada tompok hitam itu tandanya isi di dalamnya buruk.
WARNA
Dah siap pilih tu, minta penjual belah durian untuk merasa dan lihat sendiri isinya. Ini kerana kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu dengan warna durian.
KETIKA MUSIM
Beli durian ketika musim panas atau kering. Jangan beli durian semasa musim hujan atau lembap.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan durian yang terbaik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas tiga tahun dinantikan, Squid Game 2 akhirnya memulakan tayangan di Netflix pada 26 Disember 2024.
Siri yang mendapat perhatian global ini kembali dengan visi yang lebih besar di bawah arahan Hwang Dong-hyuk.
Kali ini, penonton bakal menyaksikan perjuangan utama Gi-hun, lakonan Lee Jung-jae, dalam usaha menumpaskan dalang di sebalik permainan maut yang telah mengorbankan ratusan nyawa.
Menurut laporan Los Angeles Times, musim baharu ini membawa penonton lebih mendalam ke dalam dunia gelap permainan sadis yang selama ini menjadi rahsia.
Foto : Jason Deegan
Watak Lama dan Baru Menyemarakkan Musim Baharu
Selain Lee Jung-jae, beberapa pelakon baharu seperti Lee Byung-hun, Yim Si-wan dan Kang Ha-neul turut memperkaya barisan pelakon, menjanjikan konflik serta dinamika watak yang lebih menarik.
Musim pertama yang ditayangkan pada 2021 mencipta fenomena luar biasa, menggabungkan elemen permainan tradisional kanak-kanak Korea dengan realiti brutal yang mengerikan.
Dalam siri itu, 456 peserta yang dihimpit hutang besar dipaksa bersaing dalam permainan kanak-kanak yang membawa maut.
Hanya seorang yang akan bertahan dan memenangi hadiah wang tunai bernilai 45.6 juta Won.
Namun, apa yang benar-benar memikat perhatian dunia adalah mesej mendalam yang disampaikan.
Squid Game mengkritik realiti pahit eksploitasi ekonomi dan ketidaksamaan sosial dalam masyarakat kapitalis.
Setiap peserta yang mengambil bahagian mewakili pelbagai lapisan masyarakat yang mengalami tekanan akibat sistem ekonomi yang tidak adil.
Foto : CNN
Fenomena Global
Kejayaan musim pertama, yang telah ditonton lebih 330 juta orang di seluruh dunia, meletakkan tekanan besar kepada pasukan produksi untuk mengekalkan standard tinggi.
Siri ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga mencetuskan perbincangan mendalam tentang isu-isu masyarakat global.
Musim kedua dijangka membawa naratif yang lebih mendebarkan dan penuh emosi, dengan fokus kepada misi Gi-hun untuk menghentikan permainan kejam ini selamanya.
Dengan gabungan pelakon berbakat dan jalan cerita yang mencabar, Squid Game musim kedua dijangka mencipta satu lagi fenomena global.
Jadi, adakah Gi-hun mampu mencapai misinya? Hanya masa yang akan menentukan.
Sumber : Sinar Harian
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.