Tidak dinafikan jenama pengeluar automotif dari Jerman, Mercedes cukup terkenal dengan kenderaan premium dan menampilkan teknologi terkini. Saban tahun Mercedes memperkenalkan pelbagai inovasi automotif yang banyak mencorak industri tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, Mercedes dilaporkan akan mula memperkenalkan fasa keluar dan menghentikan pengeluaran kenderaan yang menggunakan transmisi manual.
Memetik laman sesawang automotif berpengaruh dari Jerman, Automobilmoche berkata Mercedes akan mengakhiri transmisi manual menjelang akhir tahun 2023.
Ads
Foto hiasan: Mercedes
Jurucakap mereka berkata, “Dengan berkembangnya teknologi kenderaan elektrik kami melihat pengguna kini lebih cenderung kepada komponen elektrik, bateri dan sistem pemanduan elektrik”.
Ia dipercayai tidak lagi memerlukan kenderaan menggunakan transmisi manual. Menerusi portfolio sedia ada, model A-Class dan C-Class berserta kenderaan penumpan CLA masih menawarkan trasmisi manual H-patterned.
Ads
Adakah perubahan ini turut mempengaruhi jenama terkenal yang lain untuk melakukan pendekatan sama? Atau ia akan terus merevolusi industri automotif yang lebih menarik di masa akan datang?
Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi yang membantu tunggangan. Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya. “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.”
PCX Hybrid Model pertama yang mengujakan ketika majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda – PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri Lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberi maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan lebih baik apabila motosikal ingin memulakan perjalanan atau memecut dengan pantas.
Enjin 150cc itu menawarkan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6,500rpm. Sementara motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4kW pada 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm. Penunggang juga boleh menikmati tunggangan luar biasa dan mengujakan menerusi tiga mode yang ditawarkan pada model AT premium ini bergantung kepada kecenderungan dan kondisi tunggangan:
Sebagai sebuah model mesra alam, PCX Hybrid baharu diintegrasikan dengan ciri Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan penjimatan bahan api, pada masa sama cukup berprestasi. Ia juga dibina dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Honda SMART Key System.
Bukan itu sahaja, model AT premium itu dilengkapi beberapa ciri yang praktikal seperti sistem lampu LED, panel meter digital sepenuhnya, soket DC di dalam kotak konsol untuk kuasa mengecas, ruang bawah tempat duduk yang luas dengan seat stopper dan tangki minyak paling besar dalam kelasnya berkapasiti 8 liter. Gaya PCX Hybrid yang elegan dan mengagumkan itu hadir dalam warna biru mutiara (Pearl Dark Night Blue) yang eksklusif. Dengan pelbagai inovasi dan ciri bernilai tambah, PCX Hybrid sememangnya peneraju dalam segmennya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda memiliki kereta pastinya salah satu tanggungjawab yang tidak akan dapat lari ialah penjagaan servis dan komponen kereta yang perlu dipastikan baik.
Salah satu komponen kereta yang sangat penting bagi memastikan pemanduan lebih lancar dan selamat ialah tayar. Kebiasaannya setiap dua atau tiga tahun kita perlu menukar taya baharu – bergantung kepada jarak perjalanan dan corak pemanduan.
Ketika anda menukar tayar kereta yang baharu pernah tak anda perasan terdapat dua titik yang berwarna kuning dan merah di bahagian sisi tayar?
MASKULIN yakin ramai di antara anda pasti perasan akan kewujudan dua ‘dot’ berwarna merah dan kuning ini tapi tidak tahu apa maksudnya.
Kebanyakan tayar yang dihasilkan di kilang dan dipasarkan didapati mempunyai dua titik besar atau ‘dot’ yang berwarna merah dan kuning. Ketika tayar dihasilkan kebanyakannya tidak mempunyai faktor keseimbangan atau balance yang baik.
Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar tayar meletakkan ‘yellow dot’ dan ‘red dot’ dengan menggunakan cat pada bahagian sisi tayar. Jika tanda ini selari dengan poin tertentu pada tayar atau rim ia mampu mengurangkan yang diperlukan untuk imbangkan kereta.
Dalam erti kata lain ia berfungsi bagi membantu mendapatkan balancing yang sempurna. Secara tidak langsung membantu mekanik atau juru teknik tayar untuk melakukan proses balancing dengan mudah dan baik.
Apabila tayar dihasilkan di kilang hampir semua tidak mempunyai keseimbangan yang baik. Oleh sebab itu kebanyakan pengeluar akan meletakkan titik kuning pada bahagian tayar yang mempunyai berat paling sedikit.
Apabila memasang tayar kita harus pastikan untuk menyusun titik kuning ini dengan batang injap kerana ini adalah titik paling berat roda. Dengan menjajarkan tempat paling ringan pada tayar dengan titik paling berat pada roda, imbangan tayar atau roda adalah hampir optimum.
Jadi, anda tidak akan menggunakan seberapa banyak pemberat di sekeliling roda untuk mengimbangi tayar dan roda. Berat yang lebih sedikit menjadikan roda lebih seimbang, yang kemudiannya bermakna perjalanan yang lebih senyap, lebih selesa dan tayar yang tahan lebih lama.
Dengan cara yang sama bahawa tayar tidak pernah seimbang dengan sempurna dari pengeluar, tayar juga tidak pernah bulat sempurna walaupun ia adalah tayar baharu. Tayar mempunyai titik tinggi dan rendah yang berlaku di mana tali pinggang bercantum dan titik ini boleh menyebabkan getaran apabila tayar bergolek.
Titik merah ini menunjukkan titik tinggi tayar. Selalunya roda juga akan mempunyai titik—sama ada titik gerudi atau pelekat untuk menunjukkan titik rendahnya; jika anda mempunyai tanda ini, anda harus menyelaraskan titik merah dengan tanda pada roda dan mengabaikan titik kuning. Dengan melakukan ini anda meminimumkan getaran yang disebabkan oleh titik tinggi tayar.
Jika kedua-dua titik merah dan kuning kelihatan pada tayar anda dan anda tidak mempunyai sebarang titik atau tanda pada roda anda, merah diutamakan daripada kuning dan anda harus menyelaraskan titik merah dengan batang injap. Membatalkan titik tinggi lebih diutamakan daripada titik paling ringan tayar yang boleh ditangani dengan berat roda.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan pencerahan kepada anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kini anda tidak perlu lagi nak menurunkan sedikit tingkap untuk kurangkan bahang dalam kereta jika anda parking kenderaan di tempat terbuka atau kawasan yang tidak berbumbung.
Maklum sahaja apabila parking kenderaan di tempat-tempat sebegini, kenderaan anda akan rasa panas dan berwap. Masuk sahaja ke dalam kereta terasa bahang sehingga anda ingin memegang stereng pun tak boleh.
Terpaksalah anda buka tingkap seluas-luasnya agar udara boleh masuk. Tak pun anda terpaksa membuka aircond sebesar-besarnya untuk menyejukkan kenderaan sebelum anda boleh memegang stereng dan memulakan pemanduan.
Jangan risau kerana selepas ini, anda tidak perlu melakukan langkah-langkah itu lagi kerana dengan hanya membuka dan menutup ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh kurangkan rasa bahang dalam kereta anda.
Caranya juga cukup mudah tanpa anda perlu mengeluarkan modal yang besar.
Dengan membuka dan menutup ‘flap aircond’ , anda boleh kurangkan rasa bahang dalam keretasekali gus menyejukkan kenderaan anda.
Cara mudah untuk mengurangkan bahang dalam kereta ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter bernama Dabooradzi.
Hanya bijak menggunakan ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh mengurangkan bahang dalam kereta sekali gus mengelakkan kenderaan anda berwap-wap.
Mudah bukan? Jadi tidak ada lagi masalah kereta berbahang selepas ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Menurut beliau, ‘Flap Aircond’ sebenarnya boleh digunakan untuk kurangkan bahang dalam kereta.
“Rasa nak mengamuk wo masuk kereta panas gini,” ujarnya.
Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kepanasan dan rimas dalam kereta.