
MERIAH BETUL TENGOK FAMILY SELEBRITI BERAYA! INI PILIHAN TERBAIK SELEBRITI DAN KELUARGA DI HARI RAYA PERTAMA.



Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.Marah dan manusia memang tidak akan pernah terpisah. Emosi sering menggangu gugat manusia, malah mampu mengubah sifat manusia dalam sekelip mata.
Ini beberapa panduan cara mengawal serta memulih kemarahan dengan cepat. Ye lah, lagi-lagi pada bulan puasa ni. Tak elok jika kita marah-marah, nanti kurang pahala.
Kadang kala, kita merasakan dengan menumbuk bantal, menghempas barang-barang adalah suatu kepuasan yang dapat melegakan amarah. Walhal, sebuah kajian yang dilakukan telah mendapati reaksi itu sama sekali tidak membantu untuk mengurangkan marah seseorang. Bahkan, ia sebenarnya meningkatkan lagi kebencian.
Yup! Dan kalau anda nak tahu, jika anda gemar benar melenting tidak tentu pasal, ia sebenarnya meningkatkan risiko untuk anda terkena serangan jantung! Eee takut…
Jika anda sedang mengamuk, keseluruhan badan anda sebenarnya sedang tegang. Menarik nafas dalam-dalam sebenarnya bisa bantu menurunkan meter kemarahan anda. Tak percaya? Cuba tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. Ianya cukup untuk melegakan amukan anda itu tadi 🙂
Cuba selami diri anda, ketahui situasi, kenali orang lain serta apa sahaja punca yang mungkin menjadi dalang kepada kemarahan anda. Sebaik sahaja anda memahami kelemahan diri anda, cuba mengelak darinya. Jika anda tidak dapat mengelak, sekurang-kurangnya anda dapat menjangka bila kemarahan anda akan tiba. Berwaspadalah.
Siapa yang marah, mereka sebenarnya adalah loser paling nyata. Marah akan membuat anda kelihatan seperti seorang individu yang jahat, tidak kiralah apa puncanya sekalipun. Cuba rakam wajah anda ketika marah dan mainkan semula rakaman itu berulang kali. Pasti anda ngeri melihat riak wajah bengis anda dan tidak mahu berkelakuan begitu lagi.
Apa kata selepas ini, jika anda mahu marah, cuba cari jalan untuk membalas respon lawan secara lebih profesional kerana marah itu BUKAN TINDAKAN PROFESIONAL!
Jika anda marah pada seseorang atau sesuatu, jauhi diri anda darinya buat seketika. Ambil masa selama beberapa minit untuk bergerak, bersiar-siar sambil menghirup udara segar atau buat apa sahaja perkara yang bisa memberi ketenangan.
Duduk dengan lurus dan selesa di atas kerusi, sofa atau lantai. Letak kaki anda secara rata dihadapan anda. Relaks. Kemudian, luruskan kedua belah tangan anda dan letakkan tapak tangan di atas peha. Pastikan siku anda berada di sisi berdekatan pinggang dengan selesa.
Gerak-gerakkan bahu anda supaya otot dan sendi di kelilingnya turut relaks. Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Lalu, pejamkan mata sambil anda melakukan teknik pernafasan yang sama seperti tadi.
Jika anda dan individu rapat sedang berada dalam situasi tegang, salah seorang dari anda perlu bertindak untuk membuat lawan anda ketawa.
Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan pergaduhan dengan segera. Why so serious?
Kerana ia tidak dapat melegakan amarah anda pun, sebaliknya membuatkan orang menjadi takut/meluat terhadap anda. Marah bukanlah senjata emosi mahupun cara berkomunikasi yang baik. Tahu?
Jadi jika anda marah, jangan tunjukkan kemarahan melalui riak wajah anda kepada orang lain, terutamanya terhadap anak-anak. Kemarahan anda adalah masalah anda, bukan masalah anak-anak anda atau orang sekeliling anda yang tidak bersalah. Behave!
Jika anda tidak mahu memaafkan seseorang secara terang-terangan, anda boleh menulis luahan hati anda yang telah lama terbuku di atas kertas mahupun email. Jika anda masih mahu menjalin hubungan baik dengan individu tersebut, tekanlah butang “send” atau hantar surat itu kepadanya. Jika tidak, simpan sahaja untuk diri anda.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Hope College di Michigan, apabila seseorang memikirkan tentang seseorang yang membuatkan mereka marah, kadar degupan jantung dan otot anda semuanya bakalan tegang.
Akan tetapi, jika seseorang itu membayangkan bahawa mereka sedang atau telah memaafkan orang tersebut, tekanan darah seseorang serta fungsi badannya tidak akan berubah langsung! Ianya kekal tenang… Hebat kan?
Kongsi disini bukanlah bermaksud meluahkan kemarahan anda pada seseorang. Maksudnya merujuk kepada bercakap sambil menghilangkan tekanan bersama dengan seorang rakan atau individu yang neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) supaya si pendengar bisa memberi perspektifnya mengenai situasi tersebut secara adil dan tidak berat sebelah.
Selamat beramal!
SUMBER : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Sarang lebah adalah hasil daripada lebah madu yang hidup dalam sarang mereka. Ia menghasilkan kompleks sel berbentuk heksagonal daripada lilin lebah. Di dalam struktur ini adalah penyimpanan madu mentah dan debunga. Tambahan pula, komponen tambahan yang sering anda dapati di dalam sarang lebah adalah propolis atau lem lebah, yang digunakan lebah untuk membaiki kawasan yang rosak.
Lilin yang membentuk sarang lebah mengandungi asid lemak rantaian yang sangat panjang, bersama dengan ester rantaian panjang (alkohol). Madu yang disimpan di dalam sarang lebah adalah madu yang paling tulen dan lilin yang dihasilkan daripada madu mempunyai nilai pemakanan dan manfaat kesihatan.
Alkohol yang terdapat dalam sarang lebah mempunyai kesan antioksidan yang membantu melindungi hati anda. Untuk mengujinya, penyelidik menjalankan kajian menggunakan campuran alkohol lebah untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pada orang yang mempunyai hati berlemak. Peserta mengambil penyediaan alkohol lebah selama 24 minggu dan pada akhir kajian, penyelidik mendapati bahawa ia membantu menormalkan fungsi hati dan memperbaiki simptom hati berlemak. Kajian berkenaan diterbitkan dalam jurnal Perubatan Dalaman Korea pada Julai 2013.
Glukosa sangat penting untuk kesihatan anda seperti tubuh, terutamanya otak anda bergantung kepada tenaga. Alkohol lilin yang terdapat dalam sarang lebah menggalakkan metabolisme glukosa yang sihat. Dalam kajian hati berlemak, alkohol lilin dalam sarang lebah mengurangkan dengan ketara paras insulin dan penanda untuk ketahanan insulin pada peserta. Rintangan insulin boleh menyebabkan diabetes jenis-2 dan masalah lain.
Manfaat pertama yang berkaitan dengan memakan sarang lebah adalah berasal daripada penggunaannya dalam rawatan periodontitis atau penyakit gusi. Menurut penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik India, sifat anti-radang dan antioksidannya membantu mencegah hakisan tisu periodontal.
Makan sarang lebah juga bermanfaat untuk merawat bronkitis kronik dan akut. Menurut kajian Paten AS, ester daripada lebah dan propolis membantu mengurangkan keradangan bronkial.
Satu lagi manfaat penting memakan sarang lebah adalah berkaitan dengan rawatan alergi. Para saintis Turki mengaitkan penggunaan propolis yang terdapat dalam sarang lebah mempunyai kesan terhadap anti-alergi pada histologi hidung dan simptom rhinitis alahan dalam ujiannya.
Pengambilan sarang lebah juga boleh membantu merawat masalah diarrhea atau cirit-birit. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh saintis Arab Saudi, Probiotik semulajadi, probiotik dan zinc wujud dalam madu mentah dan komponennya berkesan untuk memerangi bakteria yang paling sering dikaitkan dengan cirit-birit.
Walaupun ia mungkin mengejutkan, menurut Dr. Ron Fessenden, madu mentah yang dihasilkan dalam sarang lebah membantu menggalakkan tidur yang lebih baik. Kajiannya menunjukkan bahawa madu mentah, yang boleh diakses dengan memakan sarang lebah, meningkatkan tidur kerana ia adalah keseimbangan gula yang tepat untuk hati anda. Ini kerana ia membantu menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mencapai tidur yang lebih baik.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Selalunya bab memasak ini diberikan 100% tanggungjawap dibahu isteri, tapi tak salah juga kalau suami menolong sekali sekala. Melalui shared di Facebook saudara Muhammad Ahmad berkongsi resepi Ayam Masak Bali gaya encik matt.Tambahan beliau resepi air tangannya ini mampu buat isteri dan tersayang gembira. Untung isteri Encik matt ni kan.
Mari kita lihat perkongsian lelaki ini:
Hari ini adalah yang ke 3 saya masak untuk isteri. Oleh kerana anak demam, isteri pula banyak bantu saya uruskan perniagaan. Maka sedikit hadiah buat tersayang agar tidak sibuk di dapur semata untuk hilangkan lapar suami dan anak.
Ayam Masak Bali gaya encik matt.
Bahan-Bahan;
Boleh cuba nanti resepi ni nanti, pasti satu family gembira.
Sumber : Muhammad Ahmad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group


je senang