Selepas negara kita memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semakin banyak aktiviti sosial telah dibenarkan untuk dilakukan semula.
Di antara aktiviti yang popular ialah larian dan juga berbasikal. Bagi peminat larian aktiviti mereka tidak akan lengkap tanpa kehadiran jam digital di pergelangan tangan bagi merekodkan data mereka.
Antara jenama yang mampu milik sering menjadi pilihan ramai ialah produk dari Xiaomi iaitu Mi Smart Band. Terbaru, Xiaomi Malaysia melancarkan siri terbarunya Mi Smart Band 5.
Ads
Kali ini ia ditampilkan dengan skrin paparan 1.2 inci high resolution AMOLED. Secara tidak langsung menjadikan peranti ini sebagai aksesori yang lebih bergaya dan senang digunakan. Mi Smart Band 5 bukan sahaja memaparkan statistik larian secara real-time tetapi membenarkan penggunanya melakukan ubah suai paparan mengikut selera masing-masing.
Sebanyak 65 tema pilihan tersedia untuk dipilih dengan fungsi ubah suai pelbagai bergantung kepada fungsi modul.
Ads
Selain itu, Mi Smart Band 5 tampil dengan sensor PPG yang dipertingkatkan sekali gus membolehkan bacaan kadar degupan jantung menjadi lebih tepat ketika melakukan aktviti larian. Selain itu ia juga boleh mengesan aktiviti berbeza seperti yoga, lompat tali dan mendayung kanu.
Ads
Lebih menarik lagi ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri baru seperti pengesan tahap stres, senaman pernafasan, matrik kesihatan dan juga khusus buat wanita untuk kadar kitaran haid. Untuk pengecasan penuh Mi Smart Band 5 boleh digunakan selama 14 hari. Malah ia sesuai digunakan bersama peranti iOS dan Android.
Ia kini boleh didapati di dua laman e-dagang popular iaitu Lazada dan Shopee.
Jika anda ingin dapatkannya boleh lihat di Lazada dan Shopee.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda kerap meluangkan masa di TikTok, kemungkinan besar anda pernah melihat trend gaya ‘Old Money’ yang semakin popular.
Malah ia cukup hangat diperkatakan pada masa kini – sama ada dalam intonasi positif atau negatif bergantung kepada perbincangan.
Namun, kali ini MASKULIN hanya kongsikan tentang gaya fesyen ini yang sebenarnya berakar dalam imej kemewahan klasik, menonjolkan kualiti, keanggunan dan rasa hormat terhadap warisan tradisi.
Kebarangkalian anda mengenali tren ini lebih tinggi jika carian dalam talian anda berkait rapat dengan kata kunci seperti ‘Quiet Luxury’, gaya Princess Diana, après-ski, serta jenama Ralph Lauren atau J. Crew.
Namun, apa sebenarnya dimaskudkan dengan gaya ‘Old Money’? Untuk memahami gaya ini, kita perlu mengkaji inspirasi dari ikon-ikon fesyen yang mengekalkan reputasi keanggunan sepanjang zaman seperti Jackie-O, Paul Newman, dan Lady Diana.
Penampilan gaya ini tidak sekadar mengikuti trend sementara, tetapi ia menumpukan kepada pakaian berjenama tanpa logo yang menonjol, potongan pakaian yang elegan, dan gaya klasik yang rapi.
Ia merupakan gabungan keanggunan, tradisi, dan daya tarikan yang sukar didefinisikan secara jelas.
Ianya adalah cara berpakaian yang tersusun dan halus, menggambarkan penghargaan seseorang terhadap kualiti tinggi dan citarasa klasik.
Berakar dalam sejarah dan tradisi, estetika fesyen ini adalah cerminan golongan yang memiliki kekayaan generasi. Mereka lebih mengutamakan keanggunan yang tak lapuk dek zaman berbanding trend sementara.
Estetik ‘Old Money’ bukan hanya tentang pakaian. Gaya ini membawa satu tahap penampilan dan tingkah laku yang terjaga, memperlihatkan keyakinan dan ketenangan yang jarang ditemui.
Ia adalah simbol bagi individu atau keluarga yang bukan sahaja berduit, tetapi mempunyai latar belakang budaya yang kaya dan mementingkan keanggunan yang berkekalan.
Dari warna neutral yang tenang hingga fabrik berkualiti tinggi yang tahan lama, gaya ini memancarkan kemewahan secara bersahaja dan tanpa berlebihan.
Berbanding dengan trend fesyen TikTok yang lain seperti gaya Y2K atau 90-an, gaya ‘Old Money’ fokus kepada gaya warisan keluarga kaya klasik seperti dinasti keluarga Kennedy, Getty, dan Vanderbilt.
Walaupun gaya ini bersandarkan pada tradisi yang berusia puluhan tahun, untuk mengikuti gaya ini sebenarnya tidak memerlukan kekayaan yang luar biasa.
Dengan sedikit usaha dan pemahaman tentang gaya asas, sesiapa pun boleh kelihatan anggun dengan flair ‘Old Money’ ini.
Meniru gaya ‘Old Money’ tidak semestinya sukar. Tetapi ia memerlukan pemahaman mendalam terhadap prinsip-prinsip fesyen ‘timeless‘. Jika anda berminat untuk mencuba dengan cara yang betul, berikut adalah beberapa sumber inspirasi dan cara mudah.
Gaya “Old Money” bukan sekadar tentang pakaian; ia merangkumi cara seseorang membawa diri dengan penuh penghormatan terhadap tradisi dan budaya fesyen klasik.
Penampilan yang rapi dan anggun ini menampilkan aura yang sofistikated dan menunjukkan bahawa seseorang itu menghargai kualiti, ketahanan, dan kesenian setiap helaian pakaian dimiliki.
Namun, adakah gaya seperti ini sesuai untuk digayakan sepanjang masa di negara bercuaca tropika seperti Malaysia? Untuk majlis lebih formal seperti di hotel mungkin sesuai.
Bergaya seperti ini dibawah cuaca panas terik? Mungkin perlu difikirkan dengan lebih mendalam lagi. Ingat, biar kita yang bawa fesyen jangan fesyen itu jadikan kita seperti hamba.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami mana yang ‘perfect’? kalau dah namanya manusia, pasti akan mempunyai kekurangan di mana-mana. Jangan sentiasa mengimpikan lelaki yang manis seperti gula, mempunyai tenaga seperti Thor dan wajah kacak seperti Henry Golding. Ketahuilah bahawa suami yang anda cintakan itu sebenarnya mempunyai banyak kelemahan. Membawang menjadi sinonim kepada para wanita hari ini. Wanita lebih cenderung kepada berbual mengenai isu semasa ataupun selebriti ketika berada di pejabat ataupun sedang menunggu anak keluar dari perkarangan sekolah.
Bukanlahlah nak menegah anda dari para isteri dari bergosip, cuma cenderung anda terhadap menceritakan aib suami anda itu akan lebih berleluasa. Ini antara perkara-perkara yang tak patut anda ceritakan pada orang perihal suami anda.
Ayat yang dikeluarkan suami apabila tengah marah
Penting untuk anda menyimpan rahsia rumah tangga anda dengan tidak menceritakan apa dan bagaimana pergaduhan antara anda dan suami anda. Jika ia benar-benar menganggu mental dan fizikal anda pergilah kepada mereka yang lebih arif dan pakar dalam rumah tangga.
Cerita buruk keluarganya
Perkahwinan bukan bermakna anda berkahwin dengan pasangan anda sahaja, namun ia bersifat menyeluruh dimana anda turut berkahwin dengan keluarga masing-masing. Wanita lebih gemar berkongsi perihal keluarga mertua kepada rakan-rakan, namun biarlah berpada-pada, jangan sehingga membuka aib keluarga tersebut sudahlah.
Cerita atas katil
Ini rahsia paling perlu anda simpan! Bukan sahaja dari segi kemanusiaan, malah dalam setiap agama juga melarang anda dari membuka rutin harian anda di atas katil. Jika suami anda mengalami masalah-masalah seperti mati pucuk, berbincang dengannya baik-baik agar rumah tangga anda tidak bergolak.
Gaji Suami
Ini sensitiviti yang perlu setiap wanita jaga. Gaji suami melambangkan status suami dan keluarga anda. Sejauh mana pun anda percaya pada orang sekeliling anda, ia akan memberi pandangan negatif kepada orang ramai, jika anda menceritakan perihal gaji suami anda. Lelaki boleh tertekan dan mula meradang jika egonya diperlekehkan. Jadi sila jaga aib suami.
Tabiat buruk
Seperti yang dikatakan pada awalan tadi, tabiat buruk juga merupakan lumrah manusia, tiada sesiapa pun yang tidak mempunyai tabiat buruk. Ia merupakan kekurangan setiap orang dalam dunia ini. Contohnya seperti suami gemar meletakkan baju kotor bersepah di dalam rumah, ataupun tidak mahu membantu dalam mengemas rumah, isterit tidak wajar untuk menceritakan perihal ini kepada orang ramai. Sebaliknya, berbincang secara baik dan beri nasihat. Ada banyak cara untuk mengubah tabiat ni, namun tidaklah perubahan itu sepantas kilat. Semua perkara memerlukan masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia fesyen kini bagaikan sudah menjadi trend jenama fesyen mewah melakukan kolaborasi dengan jenama pakaian dari segmen yang jauh berbeza.
Jika dahulu Louis Vuitton telah menggegarkan dunia fesyen dengan melakukan kolaborasi bersama jenama skate/streetwear popular, Supreme hingga menjadi item yang cukup bernilai tinggi.
Terbaru jenama fesyen high-end asal Itali, Gucci telah mengeluarkan teaser tentang kolaborasinya bersama jenama pakaian dan kelengkapan outdoor, North Face.
Menariknya ini merupakan kali pertama Gucci melakukan kolaborasi pada skala besar dengan jenama lain sejak Alessandro Michele memegang jawatan sebagai Pengarah Seni sejak lima tahun lalu.
Seleksi pakaian outdoor dari North Face dijangka bakal menerima perhatian luar biasa daripada penggemar fesyen dengan pengenalan kerjasama ini. Namun ia bukanlah kali pertama menyaksikan North Face melakukan kolaborasi dengan jenama lain.
Mereka juga pernah berjaya dengan kolaborasi sebelumny bersama Supreme, Brain Dead dan Hender Scheme.
Berbeza dengan Gucci yang tidak dikenali sebagai pengeluar pakaian outdoor teknikal. Ini membuatkan ramai teruja ingin melihat apakah hala tuju serta pembaharuan yang boleh dibawa Gucci bersama dengan North Face.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.