Industri permainan video kini sedang berada di puncak, Maka tidak hairanlah pendapatan indsutri ini dilaporkan telah melebihi industri perfileman Hollywood.
Di natara pemain utama pembikin konsol permainan video ialah Microsoft dengan produknya Xbox X. Dalam perkembangan terbaru sebagai usaha meluaskan empayar konsol mereka, Microsfot dilaporkan sedang dalam usaha untuk mengeluarkan versi terbaru Xbox X.
Laporan dari The Verger mengatakan ia merupakan versi yang lebih murah dan mampu milik. Ura-ura juga mengatakan konsol Xbox X tersebut diberi nama samaran ‘Lockhart’. Ia akan dipasarkan sebagai pilihan lebih murah untuk pengguna.
Ads
Dijangkakan konsol ini akan dikeluarkan serentak dengan Series X pada penghujung tahun ini iaitu Xbox Series S.
Ia juga bakal tampil dengan ciri-ciri seperti underlocked CPU, menggunakan kurang kuasa dan salusi termal yang lebih murah. Selain itu ia juga dilengkapi RAM 7.5GB dengan kemampuan 4 teraflops berbanding Series X dengan 13.5GB dan 12 teraflops.
Ads
Pihak Microsoft belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang Lockhart atau Series S namun dia dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pastinya ini satu berita gembira buat games yang sudah lana ingin memiliki Xbox terbaru pada harga lebih murah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro Originals meneruskan momentum karya premium tempatan dengan sebuah lagi siri yang dijangka mencetus perbualan hangat tentang ‘Honey Trap’ yang bakal ditayangkan bermula 20 Jun 2025.
Dengan latar dunia fiksyen Masraya yang diperkenalkan dalam siri ‘KUDETA (2022)’, ‘Honey Trap’ tampil mengangkat kisah seorang perisik wanita dalam dilema antara tanggungjawab negara dan konflik peribadi.
Drama bersiri ini hadir dengan 8 episod serta 2 episod istimewa, menampilkan watak utama, Surya Gabriel (lakonan Nina KSC), seorang perisik wanita elit, berkaliber dan berani.
Misi utamanya? Menumpaskan kumpulan pemberontak yang mengancam kestabilan Masraya. Namun, segalanya menjadi rumit apabila dia perlu merekrut aset yang ada kaitan rapat dengan musuh dan hubungan mereka mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dari sekadar misi.
“Jika KUDETA memfokuskan kuasa dan politik secara besar-besaran, Honey Trap pula lebih bersifat peribadi dan mendalam dengan menampilkan sisi psikologi dan isu sosial.
“Kami percaya ini akan memberikan pengalaman tontonan yang segar, berani dan relevan, ” jelas Ketua Astro Shaw dan. Penerbit Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad.
Walaupun Honey Trap diterajui watak wanita, kehadiran karakter lelaki dalam siri ini membawa naratif yang seimbang. Antara nama yang menguatkan barisan pelakon ialah Ungku Ismail, Syarul Ezani, Irfan Zaini dan Ayez Shaukat Fonseka.
Karakter-karakter lelaki dalam siri ini bukan sahaja memegang peranan penting dalam naratif, tetapi mencerminkan sisi kompleks, keliru dan juga hipokrit dalam dunia kuasa.
“Motifnya dendam. Tapi drama ini bersangkut paut dengan politik, kuasa dan hipokritikal. Cerita ni kompleks dan agak pening kepala bila baca skrip.
“Tapi bila kita dah shoot, kita nampak dan faham… dan tak susah sangat,” jelas Ungku Ismail, salah seorang pelakon ‘Honey Trap’ yang ditemui MASKULIN semalam di majlis pelancarannya semalam.
Siri ini bukan sahaja menawarkan elemen aksi dan ketegangan politik, tetapi juga memaparkan pergelutan dalaman dan psikologi yang lebih mendalam.
Isu kesihatan mental di tempat kerja, manipulasi struktur autoriti dan ketidakseimbangan kuasa turut dibawa secara halus namun berkesan.
Di sebalik naratif penuh aksi dan politik, ‘Honey Trap’ lahir daripada pengalaman peribadi pengarahnya, Imran Sheik, dalam menjaga ahli keluarga yang menghidap schizophrenia. Beliau yang juga mengarah KUDETA, kembali menerajui projek ini dengan visi lebih empatik dan psikologikal.
“Bukan niat saya untuk mensensasikan penyakit ini, sebaliknya untuk meningkatkan empati masyarakat terhadap mereka yang menghadapi isu kesihatan mental… pesakit mental memiliki kekuatan dalaman luar biasa yang jarang kita sedari,” jelas Pengarah, Imran Sheik.
Dengan kerjasama produksi Lacuna Pictures dan diterbitkan oleh Astro Shaw, ‘Honey Trap’ turut menjalinkan kolaborasi strategik bersama Goodday Charge, menerusi inisiatif promosi dan penempatan produk.
Tambahan pula, dua episod pertama boleh distrim terus di On Demand bermula hari pertama tayangan.
Honey Trap akan ditayangkan setiap:
Dengan plot penuh mencengkam, watak-watak yang memikat dan isu-isu kontemporari yang menggugah, ‘Honey Trap’ bukan sekadar sebuah siri thriller tapi ia cerminan konflik moden dalam dunia kuasa, psikologi dan moraliti manusia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jualan Big Bad Wolf kembali lagi di Kuala Lumpur dari 7 Disember 2023 hingga 23 Disember 2023!
Dengan jualan murah buku dibuka dari 10 pagi hingga tengah malam setiap hari, Big Bad Wolf Books meneruskan misinya untuk membina generasi baharu pencinta buku.
Tahun ini jualan Big Bad Wolf pertama kali diadakan di sebuah pusat membeli-belah. Tropicana Gardens Mall dipilih sebagai lokasi kerana ia lebih strategik.
Bukan sahaja ia sebuah pusat membeli-belah moden, ia juga mempunyai akses yang lebih mudah kepada pengangkutan awam MRT.
Untuk meraikan rasa cinta terhadap tabiat membaca, hampir 2 juta buku dari pelbagai genre fiksyen dan bukan fiksyen boleh didapati di jualan murah ini.
Selain itu, jualan murah Big Bad Wolf turut menampilkan tawaran dari lebih 50 penerbit tempatan.
“Kami sangat teruja untuk menunjukkan kepada pembaca Malaysia bagaimana kami menjadikan Jualan Buku Big Bad Wolf lebih mengujakan kali ini,” kata Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.
“Kami telah membuat beberapa perubahan menarik sejak kejayaan kami tahun lalu, kerana kami mahu merebut peluang untuk memulakan semula dan memberi peminat setia kami Big Bad Wolf yang telah diubah suai, diremajakan dan diperbaharui,” tambahnya.
Sebahagian daripada transformasi Big Bad Wolf termasuk apa yang mereka panggil sebagai “Revolusi Buku”.
Perkara itu merupakan usaha mereka memberontak terhadap kenaikan harga buku di tengah kedai-kedai buku yang dilihat semakin pupus.
Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.
Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?
Pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.
Lalu, apakah yang mereka makan?
Tiada yang begitu mengejutkan seperti buah-buahan syurga mahupun air sakti. Apa yang diamalkan oleh penduduk Okinawa adalah perkara asas. Okinawa diet dicirikan oleh:
Di samping Okinawa diet, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Mereka secara amnya mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk berlapar. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penduduk Okinawa. Ayuh ambil masa dan mula merancang diet anda hari ini!