Pernahkah anda dengar tentang istilah ‘Military Diet’?
Military Diet merupakan teknik menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walau bagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu minggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Ads
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang.
Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Ads
Jom subscribe YouTube atau follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit resdung atau sinusitis adalah masalah yang lazim di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan 60-65 peratus penduduk mengalami resdung.
Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah dari segi iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan kesihatan serta perubahan pada badan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak mustahil anda boleh turun 5kg sebulan walaupun buat diet santai tanpa berlapar. Sebenarnya banyak cara dan tip yang anda boleh amalkan. Cuma nak ikut atau tidak sahaja.
Jika anda dalam usaha nak turunkan berat badan, apa kata ikuti perkongsian bermanfaat Coach Tengku Asmadi ini. Dengan diet santai tanpa berlapar cara Coach Asmadi ini, anda boleh turunkan berat 5kg dalam sebulan.
“Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau.” Pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch? Perkataan diet, nak kurus, aku dah gemuk memang sinonim kan, tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah.
Kenapa saya kata salah? Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang.
Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar? Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik?
1. Detox pagi
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat Subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan. Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit, selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdelah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
Saya tahu nafsu makan sarapan orang Malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat. Sebagai contoh, nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.
Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak Melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan. Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu), nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum, rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje. Jangan banyak alasan dik.
Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna (opss terpromosi lak), saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran, kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.
Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila ditanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan, kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu. Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti. Mainan aje tu dik.
Nak minum air kosong ada perisa sedap tak? Meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji. Kenapa nak buat macam ni? Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda, air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.
Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.
Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati la I – ayat tak sedar diri dah gemuk), ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha) nasi segenggam, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup. Elakkan lauk-pauk yang bersantan, goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu, lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje.
Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari. Diari makanan yang diambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
Ni satu lagi selalu tak makan malam kan, jangan tau ini abg kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya. Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum Maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat, perut pun nak rehat tau.
Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemasalan itu.
Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di no 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. Caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau.
Perlu ke senaman ini? Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat WhatsApp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.
Macam mana mudah ke diet cara saya ini? Tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut, plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda.
Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah Usaha kan. Usaha Lift Kejayaan. No U Turn.
P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minum teh untuk diet. Ya, memang betul kerana ia membantu anda untuk kurus. Teh juga amat sinonim dengan masyarakat kita, ia selalu dihidangkan pada waktu pagi ataupun waktu petang. Ia dihasilkan daripada daun serta diketahui banyak memberi manfaat kepada tubuh badan selain dikenali sebagai minuman diet.
Lebih menarik lagi, teh juga mampu mengurangkan lemak pada perut sekaligus membantu diet seseorang. Berikut adalah 6 jenis teh yang anda boleh amalkan sebagai minuman seharian untuk menurunkan berat badan.
MASKULIN dah buat research untuk anda, tinggal nak gunapakai sahaja.
Ini antara teh yang amat popular serta mempunyai pelbagai khasiat. Kandungan catechin yang tinggi merupakan antioksidan semulajadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan memudahkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh hitam
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh oolong
Ini adalah teh tradisi Cina yang mempunyai aroma wangi. Ia mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan. Ia juga merangsang pembakaran lemak serta mempercepatkan metabolisme.
Teh rooibos
Ini pula teh herba yang berasal daripada Afrika Selatan. Ia terkenal dengan kemanisan tetapi rendah kalori serta mampuu menurunkan berat badan. Ia juga baik untuk kesihatan anda.
Teh matcha
Teh ini mampu membuang toksin yang ada dalam badan, membaiki sistem imun dan menghalang kenaikan berat badan.
Ia adalah jenis teh yang berasal dari keluarga Chinese Black Tea. Ia sangat efektif jika diminum selepas makan serta mengelakkan daripada lemak berkumpul. Ia juga teh yang mampu menenangkan peminumnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.