Ketika negara sedang berdepan krisis amatlah penting untuk kita sebagai warga yang bertanggungjawab tidak menyebarkan info palsu dan tidak sahih. Apatah lagi bila ia melibatkan tentang wabak yang sedang melanda global, Covid-19.

Disebabkan itulah pandangan serta nasihat daripada mereka yang pakar seperti doktor yang mempunyai kaliber boleh kita rujuk. Di laman media sosial antara doktor yang sering menjadi rujukan warganet ialah Dr Amalina Che Bakri.

Semalam sekali lagi timbul tentang info yang membuatkan warganet membicarakan hal tersebut dengan rancak.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh follower Dr Amalina dengan mengajukan soalan menerusi satu perkongsian yag tersebar luas sama ada ia benar atau tidak.

Info tersebut menyatakan seseorang boleh mengesyaki sama ada dia mempunyai jangkitan jika berjaya menahan nafas selama 10 saat.

Selain itu, info tersebut mendakwa seseorang yang dijangkiti perlu minum air setiap 15 minit kerana dikatakan boleh membantu ‘mambasuh’ dan menokak virus menerusi esofagus ke dalam perut. Lalu asid hidroklorik di dalam perut boleh membunuhnya.

IKLAN

Tapi adakah perkongsian info tersebut ada kebenarannya?

Ia dinafikan terus oleh Dr Amalina menerusi kenyataan balas menerusi ciapan quote retweet.

“Ini bukan rekomendasi (pakar perubatan) dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini.

“Sila ikuti syor nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization. Tolong hentikan perkongsian berita palsu ini. Terima kasih”.

IKLAN

Dan semalam perkara ini kembali menjadi bualan. Menegaskan sekali lagi Dr Amalina menyeru orang ramai tidak mendengar mana-aman tip salah tidak kiralah menerusi medium media mana.

“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos.

“Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing 1 meter”.

IKLAN

Itulah yang ditegaskan oleh beliau menerusi ciapan yang mendapat sebanyak lebih 3,500 retweet dan 3,100 likes.

Tambahnya lagi, suhu kira-kira 60 darjah celcius boleh membuatkan virus tidak aktif di luar badan. Tapi bila sudah berada dalam bada, minum air panas tidak akan lemahkan virus itu.

Beliau juga menegaskan tiada bukti kajian yang membuktikan asid dalam perut boleh membunuh virus. Namun jelasnya lagi amalan meminum air adalah baik bagi mengekalkan badan sentiasa hidrat.

Diharapkan perkongsian daripada Dr Amalina ini boleh memberikan kesedaran dan manfaat buat kita semua pada ketika wabak Covid-19 sedang mengganas.

Kredit: Dr Amalina (@DrAmalinaBakri)