Selain bersenam secara konsisten ketika berdiet dan mengamalkan pemakanan seimbang, minuman yang buat perut cepat kenyang juga penting untuk anda berikan perhatian.

Ini kerana mengambil minuman yang sihat bukan sahaja membantu berat badan mudah turun, malah mengempiskan perut sekali gus mengehadkan anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, minuman sihat ini juga dapat meningkatkan metabolisme badan dan secara tidak langsung memudahkan proses penurunan berat berjalan dengan lebih lancar.

Oleh itu, manfaatkan tujuh minuman sihat ini sebagai minuman harian untuk melengkapkan misi diet dan membantu mengempiskan perut.

1. Air putih

Orang yang minum air putih secukupnya akan membuatkan perut rasa lebih kenyang dan mengambil makanan sedikit kalori sepanjang hari berbanding orang yang tidak minum air putih secukupnya. Bukan itu sahaja, orang yang rajin minum air putih cenderung untuk tidak mengambil minuman yang manis. Jadikan amalan minum air putih dalam anggaran 475 ml setiap kali sebelum makan agar perut rasa kenyang sekali gus mengehadkan pengambilan makanan secara berlebihan.

IKLAN

2. Susu rendah lemak

Orang yang minum 600 ml susu rendah lemak ketika bersarapan selalunya akan mengambil makan pada waktu siang jauh lebih sedikit berbanding orang yang hanya minum jus buah ketika bersarapan. Menurut para pengkaji, protein yang ada di dalam susu rendah lemak membuatkan perut anda rasa cepat kenyang.

3. Air lemon

Air lemon terkenal sebagai minuman yang dapat meningkatkan metabolisme badan dan membantu menurunkan berat. Menurut para pengkaji, jika tubuh terhidrasi dengan tepat, ia dapat meningkatkan fungsi mitokondria. Mitokondria menarik nutrisi dari sel, memecahnya dan mengubahnya menjadi tenaga sekali gus mengatur metabolisme badan. Selain itu, air lemon juga adalah cara terbaik untuk menjaga perut agar tetap kenyang dan mencegah keinginan anda untuk mengunyah. Kajian juga menemukan bahawa minum air lemon bersama makanan dapat meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar. Alasannya kerana air lemon rendah kalori dan ini merupakan cara efektif untuk mengurangkan suapan kalori saat anda makan.

4. Air coklat hitam

Mungkin anda fikir, air coklat hitam dianggap sebagai minuman yang menggemukkan badan. Namun hakikatnya, dalam 100 gram coklat hitam hanya mengandungi 70 kalori. Air coklat hitam yang rasanya pahit di lidah membantu mengurangkan nafsu makan dan menghalang produksi hormon ghrelin yang membuatkan anda rasa lapar.

5. Teh hijau

Teh hijau terkenal untuk manfaat meningkatkan metabolisme dalam badan. Kandungan poliphenol dalam teh hijau membolehkannya berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan menukarkan makanan kepada kalori. Kajian International Journal of Obesity mendapati bahawa ekstrak teh hijau membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Malah individu yang minum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar sehingga 17 peratus lemak lebih banyak berbanding orang yang tidak minum teh hijau.

6. Teh hitam

Sebuah kajian mengatakan bahawa khasiat teh hitam juga dapat menurunkan berat badan dan melunturkan lemak di perut. Ia memiliki manfaat yang sama dengan teh hijau dalam hal menurunkan berat badan. Teh hitam berkhasiat menjaga kestabilan sistem metabolisme badan dengan meningkatkan jumlah bakteria baik yang dikenali sebagai Pseudobutyrivibrio di dalam sistem pencernaan.

7. Air halia

Air halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan. Hiris halia nipis-nipis, kemudian campurkan dengan air panas. Untuk menambahkan khasiatnya, tambahkan madu dan sedikit perahan air limau nipis.

Follow Instagram MASKULIN