Bagi kaum lelaki, rambut bukan sekadar penutup kepala, tetapi juga melambangkan personaliti dan gaya.
Walaupun gaya rambut lelaki biasanya lebih ringkas berbanding wanita, mengekalkan rambut yang kemas, pendek dan rapi adalah kunci untuk tampil yakin dan bergaya.
Kalau zaman dahulu, minyak rambut tradisional yang berasaskan bahan semula jadi seperti kelapa, zaitun dan argan cukup popular.
Namun, seiring dengan perubahan gaya hidup, lelaki masa kini lebih gemar menggunakan produk moden yang mampu mengukuhkan rambut agar kekal terletak sepanjang hari.
Foto : Pngtree
Berikut adalah lima jenis produk penggayaan rambut lelaki, disusun mengikut tahap keberkesanan daripada yang paling lemah hingga paling kuat:
Minyak Rambut Tradisional
Minyak rambut tradisional dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan seperti kelapa, zaitun dan lain-lain.
Kaedah ini merupakan pilihan yang paling mudah dan murah.
Minyak jenis ini sangat sesuai untuk rambut kering kerana ia berfungsi melembapkan dan melicinkan rambut, sekaligus memberikan kilauan semula jadi.
Tambahan pula, ia menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang semula jadi, tanpa atau dengan sedikit kandungan bahan kimia.
Foto : BukaReview
Gel Rambut
Gel rambut biasanya diperbuat daripada bahan berasaskan air.
Ads
Apabila disapukan, ia mengeraskan rambut dan mengekalkan gaya yang diingini, selagi rambut tidak terkena air dalam kuantiti banyak.
Gel ini sering digunakan oleh lelaki yang bekerja di pejabat, kerana ia mudah luntur jika terkena peluh akibat cuaca panas.
Clay
Clay ialah produk rambut berasaskan tanah liat yang boleh mengeraskan rambut tanpa memberikan kesan berkilat.
Ia juga tidak begitu melekit atau berminyak seperti gel rambut, menjadikannya lebih mudah digunakan.
Foto : HonestDocs
Wax
Wax adalah produk yang dihasilkan daripada jeli lilin. Ia mampu mengukuhkan rambut sambil memberikan sedikit kilauan.
Berbanding gel, wax kurang melekit tetapi mungkin sedikit berminyak kerana ciri-ciri semula jadinya yang membantu menjadikan rambut tampak lebih bersinar.
Ads
Pomade
Pomade merupakan produk penggayaan rambut lelaki yang paling popular dalam senarai ini.
Walaupun baru popular di negara kita, pomade sebenarnya sudah lama wujud.
Menariknya, pomade asalnya dibuat menggunakan lemak haiwan seperti beruang, tetapi kini ia dihasilkan menggunakan bahan artifisial.
Tidak dinafikan, produk ini sering menjadi pilihan lelaki untuk tampil kemas dan bergaya, terutamanya ketika menghadiri majlis penting.
Walau apa pun produk rambut yang anda gunakan, pastikan ia digunakan dengan cara dan tempoh yang betul.
Sesetengah produk mungkin mengandungi bahan kimia yang berpotensi merosakkan rambut jika digunakan secara berlebihan atau tidak sesuai.
Memilih minyak rambut yang sesuai atau produk rambut lain yang berkualiti adalah penting untuk mengekalkan mahkota di kepala anda.
Jika anda keliru untuk memilih produk yang terbaik, dapatkan nasihat daripada pakar rambut untuk memastikan rambut anda kekal sihat dan bergaya.
Sumber : hellodoktor
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki pun malu jika lutut, siku, buku lali & kaki gelap serta berdaki. Selain buat anda hilang keyakinan diri, bahagian badan yang gelap dan berdaki ini juga menggambarkan kebersihan dalam diri anda.
Jika anda nak cerahkan bahagian yang gelap dan berdaki ini, sabun sahaja tidak mencukupi. Ada cara mudah yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah ini.
Seorang pengguna Twitter, Ama Azmi berkongsi tip muda cerahkan bahagian badan yang gelap dan berdaki hanya menggunakan empat bahan mudah. Yang penting kena rajin, barulah nampak hasilnya.
Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
#1: Sayur hijau dan merah
Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
#2: Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
#3: Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
#4: Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
#5: Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
#6: Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
#7: Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
#8: Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
#9: Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
#10: Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lambakan produk penjagaan wajah terutamanya untuk lelaki di pasaran pastinya ada yang sesuai dan tidak sesuai dengan kulit anda.
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Jadi bagaimanakah kita nak kenal pasti sama ada produk itu bersesuaian dengan kulit atau tak?
Dan nasihat MASKULIN, janganlah percaya sangat dengan pelbagai testimoni daripada orang-orang asing yang tidak dikenali terutamanya yang beriya-iya mempromosikan sesetengah produk tertentu.
Jika menggunakan produk yang tak betul anda mungkin alami gejala seperti di bawah:
Terasa panas
Anda alami lapisan kulit yang terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Sebenarnya ini terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak berfungsi pada wajah anda.
Ia hanya memberikan rasa iritasi dan jika dibiar berterusan boleh menyebabkan radang kemerah-merahan. Jangan biarkan begitu dan hentikan menggunakan produk tersebut. Sila dapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.
Kering & kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembabkan kuit. Akan tetapi bila anda menggunakannya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu.
Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
Lebih sensitif
Tak sampai beberapa minit bila anda keluar kulit sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ia berkemungkinan besar berpunca daripada produk penjagaan kulit yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hatilah menggunakan produk yang mengandungi bahan ini kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Tunggu dulu.
Adakah anda tahu bahawa lapisan kulit yang pertama iaitu epidermis amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit menggelupas apa mungkin boleh berlaku pada kulit anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.