Jangan garu mata yang tak gatal tu bro. Ya, memang headline kami di atas tak salah. Dan ya memang betul seorang transgender telah menjadi peserta pertama di dalam pertandingan ratu cantik paling berprestij dan mendapat liputan paling meluas iaitu Miss Universe.
Bgai edisi tahun ini ada sesuatu yang menarik dan menjadi bualan hangat di kalangan pemerhati dan peminat pertandingan ini. Peserta dari Sepanyol yang ingin dikenali dengan nama Angela Ponce telah mencipta kejutan dan sejarah baru pertandingan ini apabila menjadi peserta transgender pertama.
Angela Ponce menjadi Miss Universe Spain selepas mengalahkan 22 peserta wanita lain
Pertandingan Miss Universe yang dilangsungkan di Bangkok pada tahun ini mnyaksikan Angle mewakili negaranya. Ini selepas dia berjaya mengalahkan seramai 22 orang peserta di pertandingan peringkat negaranya pada bulan Jun lalu, sekaligus mara ke peringkat akhir Miss Universe.
Angela yang kini berusia 26 tahun memegang gelaran Miss Universe Spain telah menjadi antara tumpuan utama pertandingan pada kali ini. Dan dia akan bersaing dengan 93 peserta daripada negara berbeza untuk merebut gelaran Miss Universe.
Ads
Pertandingan Miss Universe yang sebelum ini merupakan program dimiliki oleh Presiden Amerika Syarikat pernah mengharamkan penglibatan daripada mana-mana transgender untuk menjadi peserta.
Ads
Namun pengharaman itu telah diubah pada tahun 2012 dan Trump juga kini sudah tidak memiliki program tersebut. Bgai Angela ini merupakan peluang untuk dia membuktikan bahawa golongan transgender juga mampu bersaing di peringkat dunia dalam pertandingan ratu cantik paling popular di dunia.
Pemenang Miss Universe pada kali ini telah pun diumumkan pada padi tadi dan peserta dari Filipina, Catriona Gray diumumkan sebagai Miss Universe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan malam yang penuh gelak tawa, makanan enak dan peluang berharga untuk bertemu selebriti kegemaran. Itulah yang berlaku di Kenduri SeeNI, sebuah acara yang berlangsung meriah di Murni Discovery, I-City Shah Alam baru-baru ini.
Acara istimewa ini merupakan kolaborasi antara program bual bicara popular Astro Prima, Borak SeeNI, dan restoran terkenal Murni Discovery.
Kenapa angka 105? Selain melambangkan nombor saluran Astro Prima yang menayangkan Borak SeeNI, ia juga menjadi simbolik kepada usaha murni pihak penganjur yang memberikan 105 set makanan percuma kepada pengunjung.
Dari pelanggan restoran hingga peminat rancangan ini, semua dijamu dengan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi penuh dengan keikhlasan.
Langkah ini nyata menggembirakan ramai, lebih-lebih lagi pada malam yang begitu istimewa.
Kenduri SeeNI bukan sekadar tentang makanan. Ia adalah platform unik untuk peminat mendekati hos-hos kegemaran mereka seperti Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Dahlia Shazwan, Hunny Madu, dan Erra Fazira.
Dengan aura mesra dan ceria, mereka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berinteraksi secara langsung dengan para hadirin.
Program ini sekaligus menjadi peluang terbaik untuk memperkenalkan Borak SeeNI kepada pengunjung yang mungkin baru pertama kali mendengar tentang rancangan yang disiarkan setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi dan ulangannya pada jam 8 malam ini.
Bermula seawal jam 8 malam, pelbagai aktiviti disusun untuk memastikan malam Kenduri SeeNI menjadi kenangan manis buat semua yang hadir.
Dari sesi soal jawab mengenai Borak SeeNI, permainan ‘Woah Challenge’ yang penuh aksi, hinggalah cabutan bertuah dengan hadiah menarik – semuanya dirancang untuk mengeratkan hubungan antara hos dan peminat.
Lebih daripada sekadar hiburan, acara ini memberi rasa penghargaan kepada para peminat yang setia menyokong Borak SeeNI.
Sebagai acara sulung anjuran Borak SeeNI, sambutan hangat yang diterima jelas menunjukkan betapa masyarakat menghargai usaha mendekati mereka dengan cara sebegini.
Kehadiran ramai pengunjung malam itu adalah bukti bahawa program ini mempunyai potensi besar untuk terus meluaskan sayapnya.
Pihak penganjur turut menyatakan harapan agar lebih banyak acara serupa dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memastikan hubungan mesra antara program dan masyarakat terus kukuh.
Kenduri SeeNI membuktikan bahawa program televisyen bukan hanya tentang apa yang disiarkan di kaca TV, tetapi juga bagaimana ia mampu membentuk hubungan yang lebih akrab dengan penonton.
Kolaborasi ini tidak hanya menyajikan makanan enak tetapi juga pengalaman bermakna yang mengukuhkan lagi jenama Borak SeeNI di hati masyarakat.
Jika acara ini adalah petanda awal, kita pasti boleh menjangkakan lebih banyak momen-momen istimewa yang bakal dibawakan oleh Borak SeeNI di masa depan. Jangan lupa untuk terus menonton rancangan ini dan nantikan kejutan seterusnya!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.
Tahun lalu (2008) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.
Lebih 95% kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74% kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.
Pada 2007, kira-kira 82% kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10% berbanding pada 2000.
Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin kerana hampir 15% tubuh kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.
Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Tanda dan Gejala
Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.
Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.
Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).
Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama 3 hingga 4 hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.
Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga 2 hingga 4 hari.
Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga 1 sentimeter, biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.
Pada peringkat awal, bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa 3 hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas 5 hingga 10 hari.
Aturan gejala campak adalah dalam turutan:
Hari 0 hingga 1 : Ruam
Hari 2 hingga 3 : Bintik merah (koplik)
Hari 4 hingga 5 : Ruam campak (timbul)
Hari 6 : Bintik koplik mula pudar
Hari 7 hingga 8 : Ruam menjadi sangat ketara
Hari 10 : Ruam mulai menghilang
Siapa Yang Berisiko Mendapat Campak?
Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.
Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.
Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.
Jangkitan
Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.
Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.
Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes ‘import‘ iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.
Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.
Komplikasi
Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:
Kira-kira 20% daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.
Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.
Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.
Rawatan
Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).
Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.
Pencegahan
Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.
Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.
Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.
Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.
Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.
Campak biasanya sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Bagi sesetengah pesakit, keadaannya boleh menjadi serius tetapi kebanyakan orang akan pulih sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.