Mitos Jimat Minyak Kereta, Mana Yang Betul & Mana Yang Mengarut

Share

Kita sebenarnya beruntung kerana di Malaysia harga petrol masih terkawal dan mendapat subsidi daripada kerajaan. Tahukah anda bahawa di kebanyakan negara lain di dunia sedang berdepan dengan harga minyak yang melambung tinggi?

Walaupun begitu ia tidaklah bermakna rakyat Malaysia tidak peka dengan penggunaan minyak. Rata-rata mahu menggunakan minyak dengan lebih efisien untuk menjimatkan wang. Sejak dari dulu lagi pelbagai teknik atau cara yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjimatkan penggunaan minyak.

Refuel photo created by senivpetro – www.freepik.com

Namun adakah cara tersebut sebenarnya berkesan atau hanya mitos semata-mata? Berikut MASKULIN kongsikan beberapa mitos tentang jimat minyak yang sehingga hari ini masih lagi ramai yang percaya.

ISI MINYAK PADA WAKTU MALAM

Foto via Selangor Journal

Masih ramai yang percaya bahawa mengisi minyak pada waktu malam sebenarnya lebih menjimatkan. Ini kerana mereka percaya bila cuaca sejuk minyak akan jadi lebih tumpat jadi tak rugilah minyak. Hakikatnya perbezaan cuaca yang tidak ketara tidak banyak beri perbezaan pun. Paling banyak boleh jimat pun hanya 2 hingga 3 sen saja.

GEAR PADA KEDUDUKAN ‘N’

Buat pengguna kereta auto pasti sudah sinonim dengan penggunaan gear ‘N’ atau neutral. Mitos meletakkan gear ‘N’ ketika mengisi minyak juga popular. Mereka percaya minyak tidak akan melalui proses injection ke dalam enjin lalu boleh jimatkan minyak. Walhal sebenarnya ia langsung tiada kaitan dengan kedudukan posisi mana-mana gear.

GONCANG KERETA

Jika di laman media sosial perkara ini sangat sinonim dengan pemilik kereta dari Singapura yang mengisi minyak di negara kita. Tapi ada ramai juga rakyat kita sendiri pun melakukan tabiat pelik ini.

Mereka mengisi minyak sampai ke tahap paling penuh dan menggoncang kereta kerana percaya untuk isi segenap ruang dalam tangki. Sebenarnya kalau tangki itu sudah penuh memang tak boleh diisi lagi, usahlah amalkan tabiat pelik ini.

JANGAN ISI MINYAK KETIKA TANKER SEDANG LOADING

Ada yang percaya mereka tak boleh isi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Kononnya minyak yang disi nanti dirisaukan akan berkeladak. Walhal sebenarnya setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line. Jadi minyak yang masuk ke kereta atau kenderaan sememangnya sudah sedia ditapis.

Jadi sebelum nak ikut dengan melakukan apa-apa teknik atau cara buatlah kajian sendiri dahulu. Cari sumber bacaan yang boleh dipercayai dan paling penting gunalah logik akal juga ya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN dan Telegram untuk update terkini.

IKLAN