Buat anda penggemar motosikal berkuasa sederhana, berita yang diuar-uarkan oleh MODENAS ini pastinya seperti alunan muzik di telinga.
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengumumkan penurunan harga lebih dari 10 peratus bagi dua jenis modelnya bermula 8 Mac yang lalu.
Dua model motosikal tersebut ialah MODENAS Pulsar RS200 dan MODENAS Dominar D400. Dengan pengenalan harga terbaru ini kedua-duanya dipasarkan pada harga RM9,900 bagi Pulsar RS200 (turun RM1,360) dan Dominar D400 pada harga RM13,788 (turun RM1,700).
Ads
MODENAS Pulsar RS200
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan pengurangan harga ini adalah seiringan dengan pengurangan kos pembuatannya terhadap kedua-dua model motosikal tersebut.
Ads
MODENAS Dominar D400
Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran, Modenas mengurangkan kos pengeluaran Pulsar RS200 dan Dominar D400, menjadikan kedua-dua model popular itu lebih mampu milik untuk semua peminat jentera dua roda Malaysia” katanya.
Ads
Buat pengathuan anda, MODENAS Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ manakala, MODENAS Dominar D400 pula dalam kategori ‘sport-tourer’.
Dua model motosikal ini turut dilengkapi silinder tunggal, sejukkan cecair, 4-lejang SOHC serta sistem DTS-i dengan suntikan bahan api.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bak kata satu frasa dalam Bahasa Inggeris, ‘When in Rome, do as the Romans do’. Ia membawa maksud apabila berada di seseuatu negara atau tempat ikutlah undang-undang atau adat yang diprakikkan oleh masyarakat setempat. Namun itulah perkara yang gagal dilakukan oleh seorang pempengaruh asal China selepas memandu Lamborghini tanpa lesen.
Akibat memandu tanpa lesen, lelaki warga China tersebut akhirnya membawa padah apabila ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh JPJ di Jalan Bangsar pada malam tadi.
Memetik laporan Harian Metro, tindakan memandu tanpa lesen menyebabkan kereta Lamborghini itu telah disita untuk tindakan lanjut.
Sekatan jalan raya yang dijalankan merupakan salah satu daripada Operasi Khas Hari Raya (HRA) yang bermula semalam. Ketika ditahan, lelaki tersebut gagal untuk mengemukan lesen memandu yang sah.
Menurut laporan tersebut lagi, lelaki berkanan difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Height bersama seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.
Dia turut mendakwa telah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu selepas mengemukakan pasport keada pegawai JPJ.
Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam, berkata Lamborghini tersebut merupakan salah satu daripada 27 kenderaan yang telah disita sepanjang operasi semalam. Pihaknya turut menyita sebanyak 24 buah motosikal dan juga dua kenderaan barangan.
“Sehubungan itu, kenderaan tersebut akan disita dan dibawa ke pejabat JPJ di Wangsa Maju untuk tindakan lanjut,” jelas beliau.
“Pemilik kenderaan yang diubah suai telah diberikan notis dan diberi tempoh 10 hari untuk mengembalikan kenderaan mereka kepada keadaan asal sebelum melaporkan diri ke JPJ untuk pemeriksaan.
“JPJ turut mengeluarkan 463 notis atas pelbagai kesalahan. Ini termasuk memandu tanpa lesen, tiada lesen vokasional, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans, serta pengubahsuaian kenderaan yang tidak dibenarkan,” katanya.
Difahamkan pada operasi berkenaan turut disertai beberapa agensi penguatkuasaanyang lain dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah memeriksa 60 kenderaan dan mengeluarkan 30 saman.
Manakala Jabatan Imigresen pula telah memeriksa 29 warga asing dan menahan tiga individu iaitu seorang lelaki dan dua orang wanita di atas kesalahan berkaitan imigresen.
Sepanjang operasi berkenaan katanya, 15,490 kenderaan diperiksa di sekitar Kuala Lumpur dengan 1,729 kenderaan diambil tindakan. Manakala 4,559 notis atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dan 24 kenderaan disita.
Kata beliau, pemeriksaan secara menyeluruh dan berkala akan dijalankan termasuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) membabitkan pemeriksaan teknikal kenderaan, lesen dan permit bagi memastikan keselamatan penumpang awam terjamin.
MASKULIN pernah bertanyakan kepada beberapa rakan-rakan terdekat tentang bagaimanakah mereka menjaga kondisi kereta mereka.
Dan tidak mengejutkan apabila rata-rata daripada mereka hanya berharapkan kepada servis asas yang dihantar ke pusat servis jenama kereta masing-masing. Ia sebenarya satu tanggapan yang cukup normal di kalangan pemilik kereta.
Tidak salah untuk amalkan begitu jika anda membeli kereta baru dan memilikinya dalam tempoh setahun atau dua tahun. Namun sebenarnya untuk kereta melebihi usia tersebut anda tidak boleh bergantung kepada servis asas semata.
Jika anda nak kereta sentiasa berada dalam keadaan tip top dan sedap dipandu ada empat jenis penjagaam atau maintenance perlu anda lakukan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang cukup menarik pernah dilakukan oleh laman Twitter @serviskereta yang turut menyediakan khdimat servis kereta di rumah.
Menurut mereka melakukan major service yang kebiasaannya melibatkan komponen plag, minyak enjin, gb oil dan flushing radiator tidak mamadai.
Terdapat empat maitenance penting perlu dilakukan;
Biasanya bila sebut penjagaan enjin ramai terfikir kepada minyak enjin, minyak kotak enjin, plag dan coolant semata. Walhal di bahagian enjin ada banyak jenis seals yang harus dilihat dan diselenggara. Sebagai contohnya ialah flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan juga timing belt atau chain drive.
Tidak berikan tumpuan kepada perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan serius seperti kebocoran, valve bengkok dan sebagainya.
Sebut tentang underccarriage maintenance ia adalah berkaitan dengan penyelenggaraan absober, balljoint, bushing dan juga bearing. Perkara ini semua penting untuk pemanduan lebih selamat.
Jika tidak diselenggara dengan baik kereta tidak akan rasa sedap untuk dipandu malah ia juga boleh jadi tidak stabil. Paling serius jika rosak terus boleh jadi punca kemalangan.
Rasanya ini adalah maintenance yang ramai sudah tahu selain servis asas. Sebagai pemilik kereta di Malaysia yang bercuaca panas dan kerap hujan, aircond perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Penjagaan aircond kereta melibatkan banyak jenis komponen seperti kompressor, air filter dan juga kipas. Jadi kena buat maintenance sebaiknya untuk pastikan sistem aircond sentiasa terbaik.
Jenis penyelenggaraan yang jarang sekali diberikan perhatian. Ia melibatkan perkara luaran seperti lampu brek, soket sensor dan sebagainya. Ia mungkin nampak remeh tapi boleh menjejaskan kualiti pemanduan anda.
Tapi ramai tak sedar kerosakan aksesori yang nampak remeh boleh menyebabkan kereta tak boleh dipandu.
Bayangkan anda memandu kereta dengan tingkap terbuka. Kemudian tidak semena-mena hujan lebat turun. Anda pun bergegas tekan butang power window untuk menurunkan tingkap kereta.
Namun malangnya ia tidak memberikan sebarang reaksi! Itulah antara situasi yang bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menyusahkan hidup kita. Masalah power window ini sebenarnya bukanlah satu perkara asing lagi terutama buat kereta yang sudah berusia lima tahu ke atas.
Cuba tanya diri sendiri bila kali terakhir anda periksa kondisi sebenar power window? Sebelum ni tahu tekan turun dan naik sahaja, bukan?
Usah risau anda hanya perlu kenal pasti kenapa tingkap kereta tak dapat diturunkan seperti biasa. Anda peru memeriksa beberapa komponen power window dan melihat apakah kerosakan yang berlaku.
Pertama sekali anda boleh periksa kondisi fius. Cuba tukar fius yang lain dan periksa sama ada adakah ia betul-betuk disebabkan oleh faktor itu. Jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.
Penting untuk anda tahu bahawa peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas atau pun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.
Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.
Semoga perkongsian ini sedikti sebanyak dapat membantu dan memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang