MrBeast, YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi pencipta kandungan individu pertama di dunia yang berjaya mencecah 400 juta subscriber.
Lebih membanggakan, pencapaian luar biasa ini turut diraikan dengan pemberian Play Button custom pertama seumpamanya oleh CEO YouTube sendiri, Neal Mohan.
Play Button tersebut disampaikan kepada MrBeast pada 1 Julai 2025 sebulan selepas beliau melepasi angka 400 juta subscriber, sekaligus menewaskan saluran muzik India T-Series yang kini berada di kedudukan kedua dengan 299 juta subscriber.
Foto : Youtube
Reka Bentuk Futuristik Tapi… Kurang “Wow”?
Berbeza dengan trofi biasa yang diberikan pada pencapaian-pencapaian sebelumnya seperti Gold Play Button untuk 1 juta subscriber dan Red Diamond Play Button untuk 100 juta trofi khas MrBeast ini menampilkan reka bentuk lebih moden dan futuristik.
Trofi tersebut mempunyai tapak perak berkilat dengan simbol Play Button ikonik di bahagian atas yang diperbuat daripada kristal biru terang, memadukan elemen klasik YouTube dengan sentuhan moden yang eksklusif.
Namun begitu, sambutan daripada peminat tidaklah sehangat yang dijangka.
Ads
Luahan Hati MrBeast: “Saya Pernah Nak Jadi Homeless Demi YouTube”
Dalam satu hantaran Instagram bersama CEO YouTube, MrBeast menulis: “400,000,000 Subscriber Play Button! Thank you YouTube!”
Beliau turut berkongsi perjalanan sukar di media sosial:
“10 tahun dulu, semua orang cakap saya obses dan takkan berjaya. Tapi saya cinta dengan dunia content creation dan kerja keras siang malam selama 7 tahun sebelum ada orang mula menonton. Saya pernah beritahu mak saya, saya sanggup jadi homeless daripada buat benda lain. Hadiah paling besar dalam hidup ni adalah bila kita boleh bangun setiap pagi dengan tujuan hidup. Terima kasih kepada YouTube dan anda semua.”
Walaupun reka bentuk Play Button ini mungkin tak menguja semua orang, pencapaian MrBeast tetap satu detik bersejarah dalam dunia pencipta kandungan digital.
Ads
Daripada seorang remaja yang sanggup korbankan segalanya, kini beliau berdiri sebagai pencipta kandungan nombor satu dunia dengan 400 juta subscriber di belakang namanya.
MrBeast bukan sekadar YouTuber. Dia kini satu fenomena global.
MrBeast, atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, ialah seorang pencipta kandungan digital, dermawan dan usahawan dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan video-video YouTube berskala besar, cabaran ekstrem, serta sumbangan derma dalam jumlah yang luar biasa.
Dilahirkan pada 7 Mei 1998, beliau mula mencipta kandungan di YouTube sejak remaja, dan mula mendapat perhatian selepas menghasilkan video yang unik seperti menghitung hingga 100,000 tanpa henti.
Kini, beliau dikenali sebagai antara YouTuber paling berpengaruh di dunia dengan produksi video setaraf filem dan hadiah tunai bernilai jutaan dolar, menjadikannya simbol kejayaan dalam dunia penciptaan kandungan moden.
Sumber : IG MrBeast
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecoh di laman sosial Twitter ketika ini apabila akaun Instagram dengan nama Zul Ariffin dikatakan berkongsi foto lucah iaitu alat sulit lelaki menerusi Insta Stories.
Walaubagaimanapun, foto tersebut dimuat naik beberapa minit sahaja sebelum dipadam. Meskipun perkara tersebut membuatkan beberapa netizen terkejut, ada sesetengah pihak percaya mungkin akaun Instagram Zul telah digodam.
“Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi,” tulisnya.
Bagaimanapun, sehingga kini pelakon tersebut masih belum menjelaskan perkara berkenaan.
Sebelum ini Zul secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan Zahirah putus selepas dia kecewa sikap wanita itu kerana tidak menghormati jenazah ibunya Allahyarham Robiah Nasir yang meninggal dunia pada 5 Disember 2017.
Zahirah dikatakan melakukan swafoto berdekatan jenazah Allahyarham yang menimbulkan rasa kurang senang Zul.
Selepas kenyataan itu Zahirah tampil membuat penafian sementara ayah wanita tersebut, Zainol pula mendedahkan sikap Zul yang dikatakan tidak menghormatinya.
Sumber : Mstar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dengan azam dan menu diet yang sihat dan mudah, lelaki ini berjaya merialisasikan impian menurunkan berat badan dari 102kg ke 73kg sekarang. Ada pelbagai cara dan teknik orang lakukan untuk menurunkan berat badan ni. Tapi admin tertarik dengan cara yang dilakukan oleh saudara Abd. Azari yang dikongsikan di laman facebooknya.
”Hi semue.Hari ni saye nk kongsi pengalaman dan tips macam mana untuk kurus. Kisahnye masa sebelum diet ni berat saya dalam 102kg macam tu.Sekarang ni 73kg.Tinggi 170cm.Meh nak share tips yg telus n yg berkesan.
1. Remind diri dan fat shaming diri sendiri yg ko tu gemuk n xde sape nk kawan dgn ko(sound harsh & sory kalau ade yg xsetuju dgn care ni)Ni je care saye nk bagi motivasi kat diri sendiri.Untuk health pon boleh gune jugak untuk remind diri sendiri tapi mcm saye xnk sedapkn hati sendiri sbb mmg mmg saye nk kurus sbb nk looks good.Ini care saye lah tau.Jgn kecam pulak?
2. Kat bawah ni nnt saye share gamba dgn resepi makanan yg saye makan sepanjang diet saye.Ade jugak lah siket2 cheat day tapi jgn melampau tau.Mainly makan protein & veggie je tapi ade makan buah siket2 jugak.So pade sesiape yg nk ikut Atkins fasa 1 – fasa 4 tu pandai2 lah adjust tau.
3. Ni tip best!Saye makan pakai chopstick.Bende baru kan!Sepanjang saye diet,mesti makan pakai chopstick.Bawak la ke hulu ke hilir chopstick tu.Tujuan die nk slowkn care makan yg lahap ni.Bile mkn pakai chopstick lmbt & siket je masuk dlm mulut ni.Boleh la ajar diri untuk tak lahap dan sabar.Kunyah makanan lame2 siket tau.
4. Green tea! Mule2 nk telan green tea ni mmg payah.Sbb xde gule,bau kuat.Kalau seminggu pertame boleh tahan,confirm lepas tu suke green tea.Belilah jename ape pon,asalkan 100% green tea.Nak yg ade bau jasmine/lemon pon ok jugak.Yg ni tips yg paling penting.Tiap2 hari waktu tgh hari dan sebelum tido saye akan minum green tea.Tengah hari satu mug besar(besar gile) & malam saye minum 1 teko smbil tgk tv. Please don’t forget your green tea!
5. Minum air kosong banyak2! Ini tips yg sgt penting jugak.Air yg saye minum tiap hari dlm 4-5 liter.Mcm mane nk remind minum air kalau busy/malas sgt?Set alarm kat phone tu.Letak sejam skali remind suruh minum air.Senang je kn!Bile minum air bnyk,xde lah water retention dlm bdn tu.Bile bangun pagi ambil air 2 gelas ye.
6. Ni tarbiah sentap untuk yg pemalas nk bergerak tapi nk kurus.Takde maknenye ko nk kurus tapi tak nak exercise! Tapi bile saye maksudkn exercise tu xde dlm 5 jam dlm gym bagai.Saye tak pernah join gym setakat ni.Sory abam2 sado,ini pendapat saye je tau.Korang kalau makan pon tak boleh nak jage,pastu kononye nk join gym.Seminggu jelah korang tahan pastu mesti give up?Makan which is one of the responsible yg ko kene jage mase diet pon bergetar iman,ni pulak nk tmbh satu lagi responsible nk gi gym?Dah lah kene baya lagi pastu nak acah2 amik personel trainer.Tak yah nk acah2 lah ye,kite ikut je care mak jemah,pegi jalan kat taman2 tu,jogging2 siket smbil gossip ke dgr lagu ke.Kalau ade stadium berdekatan yg open untuk jogging pon ok jugak round2 dlm stadium tu.Yg nk join gym tu tak salah tapi kuatkn semangat tau please do your cardio tau?Nak acah2 cool mcm i boleh buat yoga pagi2 dengan.Lenjun peluh.Petang pegi jogging kat stadium.Saye tak built muscle sgt pon.Buat push up pon dah ok.Untuk push up saye start sehari 10 kali,next day tambah satu extra.Lame2 bnyk lah.Bagi saye lah kn,saye kuruskn badan dulu,nnt baru build muscle.Saye x buat serentak sebab takut give up tgh jalan.Nak kurus lagi nk bina muscle lagi.Tu je exercise yg saye buat.
7. Pasti bile diet ade temptation dari kawan2 ke family ke.Kenelah kuatkn semangat tau.Kalau kawan tu lempang je sekor2 xfaham lagi ke kite ni tgh diet.Mak korang jgn pulak dilempang k.Durhaka nnt.Cakap elok2 nk diet & explain elok ape yg korang boleh makan.Diorang mesti faham.Pastu kalau yg keje tu xyah nk acah2 makan luar tapi mkn lauk je.Brpe bnyk gule ntah dlm lauk tu diletaknye.Bawak bekal! Kat bawah ni saye sertekan resepi yg mudah gile!
8. Bagi saye jangan terburu-buru nk turunkn berat ni.Takut nnt bile cepat turun,cepat jugak naik balik bile tak jage makan.Take it slow je.Saye setahun diet dapat turun 29kg.Mmg slow tapi sekarang ni bile makan xde naik pon badan.Makan pon tak banyak sekarang.Take it slow k bile nk lose weight ni.Sikit-sikt lama-lama jadi bukit”
– 2 eggs
– onion
– diced tomato
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
Menu 2 : Orange & strawberry (good for snacks)
Menu 3 : Spicy oven grill chicken & salad
– 1 piece chicken
– a pinch of paprika powder
– a pinch of cayanne pepper
– a pinch of black pepper
– a pinch of salt
– a pinch of cumin powder
– a pinch of tumeric
– a pinch of garlic powder
– a pinch of onion powder
Grill in oven at 180 celcius for 20-25 minutes (sedap giler)
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
– 1 piece chicken
– 1/2 teaspoon soy sauce
– 1/2 teaspoon honey
– a pinch of garlic powder
Grill in oven at 180 celcius for 20-25 minutes
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
– 1/2 cup chopped kimchi
– 1/2 cup chopped cucumber
– 1/2 cup chopped carrot
– 1 fried eggs
For the sauce
– 1 tablespoon gochujang (korean hot pepper paste)
– 1/2 tablespoon vineger
– a dash of sesame oil
– 1 mince garlic
– 1 piece chicken
– a pinch of paprika powder
– a pinch of cayanne pepper
– a pinch of black pepper
– a pinch of salt
– a pinch of garlic powder
– a pinch of onion powder
Grill in oven at 180 celcius for 20-25 minutes (sedap giler)
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good) i use mayonaise & ketchup this time
Blend all this ingredients
– 1/2 stalk lemongrass
– 3 hit green chilies
– 1 shallot
– 2 cloves garlic
– 1 thin slice galangal (lengkuas)
– 2 tablespoon chopped fresh coriander/cilantro
– a pinch of ground cumin
– a pinch of ground white pepper
– 2 tablespoon fish sauce
– 1 tablespoon lime juice
– 1 teaspoon sugar
Blend and stir fry the blended ingredients for 5 minutes with 2 tablespoon of oil.
– 1 chopped chicken breast
– 4 tablespoon coconut milk
Stir in chicken for 5 minutes and add coconut milk.Boil for 10 minutes and ready to serve
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)use gravy for salad dressing!
– 1 cup konjac noodle
– 1 garlic
– 1/2 teaspoon soy sauce
– 1/2 teaspoon oyster sauce
– a pinch of pepper
– 1/2 tomato
– sliced carrot
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
– 1/2 portion pasta
– 1/2 tablespoon olive oil
– 1 mince garlic
– 1/2 cup full cream
– 1/4 cup mince salami
– a pinch of salt
– a pinch if pepper
– 1 hot dog
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
– Blend 1/4 cup coriander or parsley or cilantro or spinach with 2 tablespoon olive oil & 2 tablespoon of any kind of nuts
– stir fry pasta with blended ingredients on low heat
– add a slice of cheese
– mix salad of your own choices (raw onion add more flavour to the salad)
– any salad dressing (pomegranate vineger taste so good)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Macam mana sebenarnya kategori lelaki yang boleh dilabelkan sebagai ‘maskulin’, adakah seperti Fahrin Ahmad? Remy Ishak atau Adi Putera. Yelah mereka ini seringkali dikategorikan dalam golongan lelaki maskulin yang menjadi rebutan kebanyakan wanita di luar sana. Untuk menjadi lelaki maskulin bukan hanya tertumpu pada susuk tubuh yang kekar semata. Wanita mengkategorikan seseorang lelaki itu maskulin berdasarkan pelbagai aspek. Tak perlu menjadi metroseksual cukup sekadar tahu menjaga dan membawa diri ketika berhadapan dengan wanita.
1. Pakaian
Perhatikan kameja kamu yang komot itu, usah manjakan diri sampai malas untuk menseterika baju itu. Dari situ wanita menilai kekemasan seseorang lelaki dalam menjaga penampilan diri mereka.
2. Cara Berjalan
Lelaki yang jalannya teratur dan tidak kelam kabut pasti akan mencuri tumpuan mata wanita yang memandang.
3. Tutur Kata
Wanita akan memberikan perhatian ketika lelaki sedang berbicara (berbanding lelaki yang tidak gemarkannya) jadi dari pertuturan yang diucap oleh lelaki, setiap satunya akan dinilai oleh wanita. Tak perlu berlagak, cukup sekadar merendah diri yang tahu apa yang dituturkan.
4. Bau
Siapa suka dengan bau busuk? Baik lelaki mahupun perempuan, sangat penting menjaga bau badan agar tidak busuk. Jika ada masalah bau badan, cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.