Ada yang dilema, patutkah mereka membeli basikal jenis Mountain Bike atau lebih dikenali sebagai MTB mahupun Road Bike?
Ramai orang lebih memilih MTB kerana faktor harganya yang lebih murah, mampu milik dan rekaannya lebih tegap serta kukuh berbanding Road Bike.
Walaupun sesetengah orang mendapati kedua-dua basikal ini mungkin kelihatan sama, tetapi ia mempunyai fungsi yang agak berbeza.
Namun, apakah fungsi sebenar dan perbezaan MTB dan Road Bike?
Di sini MASKULIN berikan perbezaan kedua-dua basikal ini untuk rujukan anda yang baharu ataupun mahu berjinak-jinak dalam dunia basikal.
MAKSUD MOUNTAIN BIKE (MTB)
MTB bersifat dua alam (on road dan off road), namun ia lebih seronok dikayuh off-road. Ini kerana tayarnya yang tebal dan suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road.
Ads
Bukan itu sahaja, MTB adalah basikal yang dirancang untuk mengembara mengikut rupa bumi yang tidak rata dan kasar.
MAKSUD ROAD BIKE
Road Bike adalah basikal dalam posisi kedudukan erodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalan raya bertar.
Ia tampil dengan pakej entry, komponen aloi, kerangka keluli murahan dan memerlukan penambahbaikan. Tayar road Bike dicipta halus sesuai untuk digunakan pada permukaan yang licin seperti jalan metalik.
#1: Perbezaan Fungsinya MTB: Dimaksudkan untuk kestabilan, keseimbangan, dan ketahanan. RB: Dimaksudkan untuk kestabilan, keseimbangan, dan ketahanan.
Ads
#2: Halangan MTB: Digunakan untuk menunggang di tempat-tempat yang tidak mempunyai jalan berturap seperti trek tanah, atas halangan seperti log dan batu. RB: Digunakan untuk menaiki jalan berturap.
#3: Frame MTB: Lebih berat dan lebih tebal berbanding basikal jalan raya kerana penekanan pada kestabilan dan kawalan. RB: Lebih halus dan rekaan penekanan adalah untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi dengan badan yang lebih ringan, aerodinamik.
#4: Handle MTB: Bar basikal atau handle lebih rata dan tidak melengkung di bawah. RB: Handlenya terbahagi kepada dua, rata dan melengkung atau digulung.
Ads
#5: Tayar, Rims dan tiub MTB: Lebih luas, lebih banyak bunga dan tarikan untuk mengelak. RB: Tayar basikal lebih kurus dan nipis.
#6: Kelajuaan MTB: Lebih stabil kerana ia mementingkan kestabilan. RB: Boleh mencapai kelajuan yang lebih tinggi.
Bagi anda yang sedang mencari kasut atau pakaian sukan, dapatkan tawaran hebat sehingga 35% dari adidas di sini!
Tawaran ini bermula tengah malam ini, 12am sehingga 21 Jun 2020!
Selain memberi kesan pada pinggang ke kaki, perkara yang menjadi igauan ngeri bagi individu yang menaiki basikal adalah sakit di bahagian punggung kerana tempat duduknya yang kurang selesa dan agak keras.
Tahukah anda, berat badan, cara duduk dan seat bone atau tulang tungking seseorang memainkan peranan penting dalam memastikan saddle mana yang sesuai untuk basikal anda?
Dan disebabkan itulah, ramai yang sanggup menukar ganti saddle basikal mereka semata-mata ingin mendapatkan keselesaan ketika mengayuh basikal, sekali gus mengurangkan kecederaan pada bahagian punggung.
Kebiasaannya basikal yang dijual di kedai mempunyai ukuran saddle standard iaitu 130mm ke 135mm.
Jadi, tidak semestinya anda perlu menggunakan saddle yang mahal sahaja. Apa yang penting, dapatkan saddle yang mampu memberikan keselesaan dan membuatkan ia sedap untuk diduduki.
Di sini, MASKULIN sertakan beberapa saiz saddle yang ada di pasaran.
#1: Arione
Bergantung pada fleksibiliti anda, jika anda berjaya untuk menyentuh ibu jari kaki dan mempunyai hip angle yang tajam, anda digalakkan untuk menggunakan saddle daripada jenis Arione ini.
Saiz: 126mm atau 140mm.
#2: Antares
Jika anda rasa tidak selesa dan tahap fleksibiliti anda berada di tahap sederhana, pilihlah jenis saddle seperti Antares.
Saiz: 141mm atau 152mm.
#3: Aliante
Sekiranya badan anda tidak stabil atau kurang, pilihlah saddle jenis Aliante.
Saiz: 138mm atau 153mm.
#4: Cutouts
Saddle jenis ini mempunyai lubang di bahagian tengah seat yang direka khas untuk melindungi dan mengurangkan tekanan pada bahagian tisu lembut di bahagian kelangkang kaki pengayuh.
Kepanjangannya agak pendek jika diukur dengan seat biasa.
Biker berbadan besar tidak semestinya memakai saddle yang lebar. Untuk mengukur lilitan tulang tungking dengan cara mudah, anda boleh mendapatkan bantuan di kedai-kedai basikal yang menyediakan perkhidmatan seperti ini untuk memudahkan anda memilih saddle yang selesa dan bersesuaian.
Sebenarnya apa yang penting, setiap rider memerlukan seluar khusus untuk berbasikal yang dipanggil sebagai padded short.
Ia bukanlah sekadar seluar ketat yang biasa kerana padded short ini diperbuat daripada bahan fabrik empuk yang mempunyai fungsi lapik di bahagian punggung.
Ia mempunyai bahan lembut yang dijadikan lapisan agar dapat melindungi pinggul anda.
Ingin dapatkan pelbagai pilih saddle basikal dengan harga berpatutan, klik kat SINI
Sumber: GCN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Burpees bukan sekadar senaman, tapi ujian mental dan fizikal.”
Dalam dunia kecergasan lelaki moden, burpees kekal sebagai antara senaman bodyweight yang paling underrated.
Tak perlukan alat. Tak perlu ruang besar. Tapi kalau buat betul-betul, confirm peluh mencurah, jantung berdegup macam baru dikejar anjing liar, dan otot-otot utama semua rasa macam baru lepas kena dera.
Namun, satu kesilapan kecil pada teknik boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Jadi sebelum kau masuk mode “beast”, jom kita faham betul-betul macam mana nak buat burpees dengan selamat dan efektif.
Kenapa Burpees Powerful Untuk Lelaki?
Full-body activation: Dari dada, bahu, core, glutes sampai betis – semua kerja.
Cardio & strength sekali jalan: Burpees boost endurance dan bantu bina otot lean.
Kalori terbakar power: Perfect untuk korang yang nak shred lemak.
Cepat & brutal: Satu set 10 reps dah cukup buat kau questioning life choices.
Langkah Demi Langkah Buat Burpee Dengan Betul
Squat turun, tangan ke lantai
Berdiri tegak, kaki selaras bahu.
Turun ke posisi squat dan letakkan tangan ke lantai.
Loncat kaki ke belakang – masuk posisi plank
Pastikan badan lurus, core engage, pinggul tak jatuh.
Push-up (optional)
Turunkan badan dengan siku 45 darjah dari badan.
Elakkan “chicken wings” yang boleh strain bahu.
Loncat kaki ke depan
Bawa kaki kembali ke tangan dalam posisi squat.
Loncat ke atas (optional)
Lompat dan angkat tangan ke atas.
Landing perlahan dengan lutut sedikit bengkok.
Kesilapan Biasa Ramai Lelaki Buat
Tak engage core: Ini menyebabkan sakit belakang.
Landing keras: Berisiko pada lutut dan tumit.
Pinggul menjunam semasa plank: Tanda core lemah.
Terlalu cepat, form ke laut: Bila penat, form collapse dan risiko kecederaan meningkat.
Modifikasi Untuk Newbie (atau Kalau Lutut Tak Okay)
Step-back burpee: Langkah kaki ke belakang secara bergilir, bukan lompat.
No jump burpee: Elakkan lompat tinggi untuk kurangkan impact pada sendi.
Kneeling push-up: Sesuai untuk yang baru mula atau ada isu bahu.
Siapa Patut Masukkan Burpee Dalam Workout?
Lelaki yang busy – burpees boleh jadi rutin ringkas 10 minit.
Lelaki yang nak cutting – HIIT burpee workout bantu bakar lemak dengan efisien.
Lelaki yang tak minat angkat besi – tapi still nak body fit dan function.
Tip Tambahan
Mulakan perlahan, fokus form.
Buat depan cermin untuk monitor postur.
Jadikan warm-up sebelum sesi training lain.
Combine dengan timer (EMOM atau Tabata) untuk HIIT yang lebih mantap.
Kuasai Perkara Asas
Burpees memang nampak simple. Tapi bila digabungkan dengan teknik yang betul dan konsistensi, dia boleh jadi antara senjata utama anda transform badan dan stamina.
Jangan sekadar tiru influencer. Faham asas, ikut progres dan dengar badan anda. Bila badan dah steady, baru boleh naik ‘gear’ dan push ke level seterusnya.
Kalau kau serius nak jadi versi paling padu diri sendiri, burpees patut ada dalam rotation mingguan anda.
Selamat membakar kalori dan ego.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadangkala kita mungkin berasa cukup hairan bagaimanakah sesetengah orang terutamanya lelaki mampu nampak jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka?
Apakah rahsia yang mereka amalkan sehinggakan nampak begitu muda dan sentiasa segar dalam bergaya? Apatah lagi apabila begeluman dalam industri lakonan yang memerlukan disiplin dalam menguruskan jadual, diet, senaman dan juga gaya hidup?
Pelakon yang cukup sinonim dengan pelbagai genre drama di Malaysia, Arash Momahad merupakan salah seorang pelakon yang cukup awet muda.
Foto: IG Arash Mohamad
Siapa sangka figura yang baru-baru ini tampil menerusi drama bersiri ‘Layang-Layang Perkahwinan’ ini sudah berusia 55 tahun.
Dengan penampilannya yang yang nampak lebih muda dari usia sebenar itu juga sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di kalangan peminat sama ada adakah dia mendapatkan rawatan seperti suntikan botox?
Menerusi temu bualnya bersama Gempak, Arash berkata dia merupakan seseorang yang paling takut dengan jarum.
“Macam mana saya nak suntik botox? Sebenarnya tiada apa-apa rawatan, saya cuma amalkan sentiasa senyum dan elak diri daripada berdepan dengan stres,” jelasnya.
Malahan Arash juga memaklumkan bahawa dia sudah menjaga pemakanan sejak usia menginjak 40-an serta mekakukan senaman dengan ruti dan juga tidak makan makanan kurang berkhasiat seperti makanan segera.
Mengakui bahawa ramai juga peminat bertanyakan apakah rahsia dia tampil awet muda, Arash berkata dia tidak melakukan apa-apa jenis rawatan spesifik. Dengan menjaga makan dan bersenam dia juga dapat mengelak dan tiada sebarang penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
“Tapi sakit-sakit urat atau sendi pada usia saya ini, saya rasa semua orang akan lalui fasa sama jika umur semakin meningkat. Memang kena jaga mana yang perlu jaga,’ tambahnya lagi.
Foto: IG Arash Mohamad
Semoga kisah Arash Mohamad ini menjadi satu inspirasi buat anda yang ingin kekal sihat dan paling penting nampak awet muda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Gempak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.