Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
Kacau dan masukkan dalam botol spray.
Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
Ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama Bernd Maylander sangat terkenal di kalangan peminat sukan permotoran terutamanya F1. Tidak kira jika anda merupakan juara dunia 10 kali, apabila keretanya memasuki litar, semua pelumba bagikan tunduk dan akur dengan arahannya. Dia merupakan seorang Pemandu Safety Car F1.
Dia berasal daripada Jerman dan merupakan seorang bekas pelumba Le Mans 24 Hours. Dia sudah menjadi pemandu Safety Car F1 sejak tahun 2000 lagi. Sehingga ke hari ini dia sudah memimpin perlumbaan F1 sebanyak 700 lap. Dia juga ketika ini sudah berumur 48 tahun dan masih lagi hebat di litar lumba F1 sebagai pemandu kereta keselamatan.
Jika berbicara tentang bidang tugas sebagai Pemandu Safety Car F1, pasti ramai masih lagi tidak tahu apakah peranannya yang hanya memasuki litar lumba apabila berlakunya sebarang kemalangan baik kecil atau besar ketika perlumbaan sedang berlangsung.
Apabila kereta keselamatan memasuki litar, perlumbaan tidak akan dihentikan namun ia akan bertindak mengawal perjalanan perlumbaan atas arahan pengarah perlumbaan.
Mereka bertindak sebagai polis yang mengawal lalu lintas. Pada masa yang sama ia akan membolehkan pasukan kecemasan serta keselamatan memasuki litar untuk mengalihkan kereta F1 yang menghadapi kemalangan, mengalihkan debris yang berterabur atas trek dan sebagainya.
Kereta lumba lain hanya dibenarkan memotong kereta Safety Car ini selepas dia mengeluarkan lampu hijau sebagai tanda perlumbaan selamat untuk dimulakan semula. Selagi tiada lampu hijau, mereka akan menurut dan mengikut kelajuan yang kereta ini gunakan sebagai langkah keselamatan.
Jika minggu lepas MASKULIN paparkan 5 aksesori yang boleh rendahkan Resale Value atau Nilai Jualan Semula Kereta, pada minggu ini, kami nak kongsi aksesori aftermarket yang boleh anda pasang untuk naikkan kadarnya.
Penulis faham, ramai antara kita yang sentiasa gatal tangan nak tukar sana, tukar sini walaupun kereta tersebut sudah melalui pelbagai ujian untuk pastikan keselamatan pemanduannya.
Namun, minat kita semua tidak sama tetapi harus diingat, nak tukar barang kena tau apa yang boleh ditukar apa yang akan buatkan kereta anda susut nilai.
Di sini MASKULIN kongsikan 3 aksesori aftermarket yang anda pasang pada kereta yang boleh naikkan nilai jualan semula kereta anda di masa depan.
Berbanding kereta cermin asal yang kosong, pembeli kereta terpakai lebih cenderung memilih kereta yang ada cermin gelap, lebih-lebih lagi yang berjenama. Namun itu tidaklah terlalu banyak mempengaruhi nilai RV keseluruhan. Cuma potensi untuk kereta anda dibeli lebih tinggi.
Sistem suspensi aftermarket mampu menambah baik aspek pemanduan dan pengendalian kereta. Ramai pembeli bersetuju dengan hal ini. Walaupun komponen ini mungkin tidak meningkatkan harga RV kereta ada, tetapi ia tidak juga jadi penyebab kereta anda susut nilai.
Tetapi janganlah sampai kepada tahap koil absorber dipotong untuk lowered supaya kereta nampak rendah hingga perlu dipandu senget setiap kali melintas bonggol jalan dan menjejaskan keselesaan.
Ini lebih kepada kosmetik. Ada atau tiada sebenarnya tidak banyak mempengaruhi harga RV kereta anda. Ini kerana pembeli ada pilihan sama ada mahu kekalkan atau tanggalkan saja aksesori tambahan tersebut. Kalau ada nampak cantik, kalau tiada pun ok saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia, MINI memperkenalkan MINI Clubman Final Edition.
Dengan hanya 1,969 unit disediakan di seluruh dunia, MINI Clubman Final Edition menyingkap tahun jentera legenda MINI Clubman dilahirkan, menyulam unsur tradisi jenama ini dengan elemen-elemen rekaan eksklusif.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Dekad demi dekad, MINI Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan.
“Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia membolehkan kita untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman.
“Ia juga meraikan komuniti dan peminat MINI yang kian berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini. Satu penghormatan yang layak diberikan, kini hadir untuk alaf yang baharu, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol individualiti yang versatil,” tambahnya lagi.
Difahamkan ia hanya terhad kepada 20 unit sahaja di Malaysia. MINI Clubman Final Edition hadir dengan reka bentuk kemas dan praktikal. Meraikan jentera Clubman yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1969 ia tampil dengan bahan-bahan yang diperhalus di samping aneka dekorasi serba eksklusif.
Ruang dalamannya juga cukup luas dengan pintu but terbahagi yang unik menggandingkan ciri-ciri kefungsian dengan teknologi automotif yang canggih bagi menaik taraf prestasi kenderaan tersebut, justeru merealisasikan pengalaman pemanduan alaf baharu sambil terus berpegang kepada tarikan yang mendefinisikan jentera Clubman klasik.
MINI Clubman Final Edition turut mencuri perhatian dengan elemen-elemen Piano Black yang menghiasi kereta tersebut dari hadapan hingga ke belakang, memberikan sentuhan yang tampak lebih karismatik pada lampu hadapan, pemegang pintu, dan juga bibir ekzos.
Bukan itu sahaja, MINI Clubman Final Edition juga mengenakan set roda aloi ringan 18 inci dalam bentuk ruji Final Edition dengan corak grafik 2 tona dan rona Shimmer Copper, menjadikannya lebih menarik untuk dilihat.
Memperkayakan aspek individualiti MINI Clubman Final Edition, setiap kenderaan akan memaparkan lencana “1 of 1969” pada tiang C serta “Final Edition” di belakang yang menyerlahkan lagi keeksklusifannya.
Berpegang kepada janji versatiliti Clubman, MINI Clubman Final Edition hadir dengan pintu but terbahagi yang menawarkan akses kepada ruang muatan yang luas, dengan kapasiti maksimum berjumlah 1,250 liter.
MINI Clubman Final Edition dikuasakan oleh enjin MINI TwinPower Turbo 2 liter, yang menjana 192 kk serta tork bernilai 280 Nm, ia mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.2 saat dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 226 km/j.
Digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport Dwiklac Tujuh Kelajuan, kenderaan ini menawarkan keupayaan penukaran gear yang pantas, menyelesakan selain mempunyai efisiensi yang optimum.
Kelengkapan standard meliputi sistem Bantuan Memandu yang membekalkan bantuan lampu puncak, info had kelajuan, amaran pejalan kaki dengan fungsi pembrekan ringan (light city braking), dan amaran kawalan penghampiran objek (approach control warning) dengan fungsi pembrekan ringan, membuktikan ketinggian standard keselamatan jentera ini.
Pemandu dapat menikmati ciri-ciri spesifikasi bertaraf tinggi yang ditawarkan oleh MINI Clubman Final Edition menerusi skrin paparan sentuh 8.8” dengan MINI Navigation System, Apple CarPlay dan juga Papan Pemuka Digital yang benar-benar inovatif.
Ciri-ciri kefungsian lain meliputi Comfort Access, Kamera Mengundur dan Bantuan Parkir yang merangkumi Kawalan Jarak Parkir Hadapan, sementara elemen hiburan di dalam kenderaan dibekalkan melalui sistem bunyi keliling HiFi Harman Kardon.
MINI Clubman Final Edition tersedia dalam tiga warna menawan iaitu Nanuq White, Melting Silver III dan Enigmatic Black.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.