Nama Bernd Maylander sangat terkenal di kalangan peminat sukan permotoran terutamanya F1. Tidak kira jika anda merupakan juara dunia 10 kali, apabila keretanya memasuki litar, semua pelumba bagikan tunduk dan akur dengan arahannya. Dia merupakan seorang Pemandu Safety Car F1.
Latar belakang Bernd Maylander
Dia berasal daripada Jerman dan merupakan seorang bekas pelumba Le Mans 24 Hours. Dia sudah menjadi pemandu Safety Car F1 sejak tahun 2000 lagi. Sehingga ke hari ini dia sudah memimpin perlumbaan F1 sebanyak 700 lap. Dia juga ketika ini sudah berumur 48 tahun dan masih lagi hebat di litar lumba F1 sebagai pemandu kereta keselamatan.
Jika berbicara tentang bidang tugas sebagai Pemandu Safety Car F1, pasti ramai masih lagi tidak tahu apakah peranannya yang hanya memasuki litar lumba apabila berlakunya sebarang kemalangan baik kecil atau besar ketika perlumbaan sedang berlangsung.
Ads
Apabila kereta keselamatan memasuki litar, perlumbaan tidak akan dihentikan namun ia akan bertindak mengawal perjalanan perlumbaan atas arahan pengarah perlumbaan.
Ads
Mereka bertindak sebagai polis yang mengawal lalu lintas. Pada masa yang sama ia akan membolehkan pasukan kecemasan serta keselamatan memasuki litar untuk mengalihkan kereta F1 yang menghadapi kemalangan, mengalihkan debris yang berterabur atas trek dan sebagainya.
Kereta lumba lain hanya dibenarkan memotong kereta Safety Car ini selepas dia mengeluarkan lampu hijau sebagai tanda perlumbaan selamat untuk dimulakan semula. Selagi tiada lampu hijau, mereka akan menurut dan mengikut kelajuan yang kereta ini gunakan sebagai langkah keselamatan.
Di negara kita yang mempunyai cuaca tropika dan kelembapan tinggi, masalah kereta berbau cukup mudah terjadi. Apatah lagi jika hujan turun setiap hari dan air membasahi badan anda meresap ke dalam kusyen kereta.
Bagi ramai pemilik kereta ini antara masalah utama dihadapi yang akhirnya menyebabkan kereta akan mula berbau hapak dan busuk!
Bau hapak dalam kereta memang cukup menyakitkan hati. Apatah lagi jika kita tumpangkan orang lain dalam kereta. Pasti berasa malu disebabkan kereta berbau busuk.
Untuk atasi masalah ini anda boleh gunakan beberapa porduk sembutan yang dijual di pasaraya. Namun sebenarnya ada boleh gunakan bahan-bahan semulajadi untuk atasi masalah bau hapak.
Untuk mengurangkan bau hapak anda boleh gunakan biji kopi. Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat dan letakkan di bawah kerusi kereta. Anda juga boleh letakkan dan gantung berhampiran dengan lokasi penghawa dingin keluar. Bau kopi boleh melawan bau hapak dan kereta anda juga akan berbau lebih menyenangkan hidung.
Sejak turun-temurun arang telah digunakan untuk menyerap kelembapan dan bau hapak. Ambil beberapa ketul arang dan letakkan di atas lantai kereta. Lebih elok dilektakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Anda juga boleg bungkus arang dalam kain yang ditebuk lubang.
Daun yang cukup sinonim dengan bau wangi dalam masakan tempatan ini juga boleh digunakan untuk melawan bau hapak dalam kereta. Dapatkan beberapa keping helai daun pandan dan ikat. Kemudian letakkan daun pandan yang diikat itu di lantai kereta. Anda juga boleh melakukan hirisan halus dan letakkan dalam kain berbentuk seperti sup bunjut.
Jika berlaku tumpahan minuman sebagai contohnya minuman coklat, ia akan mendatangkan bahana kepada kereta. Ini kerana ia boleh bertukar berbau sangat masam! Untuk kawal perkara ini daripada berlaku anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi. Selepas dibersihkan perahkan hirisan limau ke bahagian yang terkena minuman tersebut.
Sama seperti limau nipis atau kasturi, lemon membawa fungsi yang lebih kurng sama. Cuma kulit lemon juga bpoleh digunakan untuk hilangkan bau hapak kereta. Hiriskan kulit lemon dan letakkan dalam kain kecil. Letakkan ain tersebut di dalam kereta berhampiran dengan penghawa dingin.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk menonton RODA PANAS 2 setiap Ahad di Astro RIA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI), pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Indonesia sebelum ini mengeluarkan teaser tentang ketibaan model MPV baharu mereka.
Model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak itu bakal melakukan debut global di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) ke-25.
Bagaimanapun, foto bahagian depan MPV dengan nama Mitsubishi Expander itu telah bocor di alam maya sebelum penampilan rasminya bulan depan.
Gambar spyshot model tersebut dikatakan dirakam di salah satu hotel lima bintang sekitar kawasan Senayan Jakarta. Difahamkan MPV yang bakal bersaing dengan model Toyota Avanza, Proton Ertiga dan Honda BR-V itu memiliki ukuran lebih lebar dan besar berbanding MPV dalam kelasnya.
Model MPV dengan tujuh tempat duduk itu mengaplikasi konsep Dynamic Shield. Menerusi imej berkenaan Mitsubishi meletakkan lampu utama di tengah bampar seperti Nissan Juke. Jika diamati MPV tersebut masih mempertaruhkan lampu halogen. Rekaan itu begitu berbeza dengan pesaingnya.
Pada bahagian tengahnya pula didominasi gril yang diwarnakan sama dengan semburan cat badan. Perumah cermin sisi juga digabungkan dengan lampu isyarat membelok. Terlihat juga lampu kabus yang diletakkan di bahagian bawah bampar depan.
Lantas di manakah terletaknya ciri lampu nyalaan siang (DRL) LED. Menariknya, Mitsubishi memilih meletakkan lampu tersebut di bahagian tepi atas yang mengapit hud enjin. Desain berkenaan sedikit mencuri rekaan Mitsubishi Eclipse Cross.
Berdasarkan gambar yang tersebar, penulis dapati bahagian hud depan agak tinggi seakan mirip model SUV. Sepertinya jarak kelegaan tanah Expander berada di atas MPV sedia ada di pasaran.
Lekukan fender depan dan belakangnya yang besar dan tinggi serta menonjol menjadi bukti ketangguhan seperti yang diharapkan dari kenderaan produksi Mitsubishi Motors.
Mitsubishi Expander dikhabarkan akan menggunakan enjin 1.5 liter bersama pacuan roda depan (2WD). Pilihan transmisi pula dikatakan akan ditawarkan dengan dua pilihan iaitu CVT dan manual.
Model baru berkenaan akan dikeluarkan di kemudahan baru milik Mitsubishi Motors yang terletak di Bekasi, Jawa Barat. Bagaimana pula dengan pasaran Malaysia, adakah model berkenaan bakal menjadi senarai model baru dari Mitsubishi Motors Malaysia? Sama-sama kita nantikan selepas model tersebut rasmi dilancarkan di Indonesia.
Selepas kemunculan rasmi Toyota CH-R pada program Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Mei lalu, akhirnya UMW Toyota Motor akan mempamerkan model berkenaan kepada umum dengan lebih dekat.
Toyota CH-R akan melakukan siri jelajahnya di pusat pameran Toyota terpilih dan di beberapa program Toyota di Semenanjung Malaysia bermula bulan depan.
Model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak itu akan dipamerkan di:
– Pusat Pameran Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya (4-8 Ogos)
-Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival (12-13 Ogos) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
-Pusat pameran Toyota di Subang Jaya (16-22 Ogos)
-Pusat membeli belah Mid Valley (23-27 Ogos)
-Pusat membeli belah Sunway Pyramid (4-10 September) dan beberapa lagi lokasi lain yang terpilih di Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, Malaysia akan membawa masuk CH-R dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama sequential shifter.
Untuk makluman, model C-HR merupakan model kedua yang dibangunkan di bawah platform Toyota New Global Architecture (TNGA).
Dari segi jana kuasa, CH-R ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.2 liter turbo, 1.8 liter hibrid dan 2.0 liter DOHC 4-silinder (pasaran Amerika Syarikat).
Perkataan CH-R bermaksud Coupe-High Riding. Dan..model itu memiliki dimensi panjang 4, 360mm, lebar (1, 795mm) dan tinggi (1, 550mm) serta jarak roda 2, 640mm.
Pihak UMW Toyota Motor memberitahu model tersebut secara rasmi akan berada di pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Masa yang tepat masih belum diketahui.
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.