Semalam MASKULIN sempat menyertai Starbucks Reserve™ Coffee Chat Session yang berlangsung di Berjaya Times Square. Pada kesempatan ini, MASKULIN bersama beberapa media lain diberi penerangan tentang produk terbaru Starbucks Reserve™ daripada seorang barista hebat, Remy Razali.

Pada sesi ini kami diterangkan tentang penyediaan kopi premium yang ditawarkan oleh Starbucks Reserve™ seperti Kenya Rungeto. Buat pengetahuan anda Starbucks Reserve™ merupakan outlet kopi premium yang kini terdapat sebanyak 10 cawangan di seluruh negara.

Mula Kerja Sambilan, Jejaka Ini Kini Bergelar Juara Barista Starbucks & Bakal Wakili Negara

Pada kesempatan ini juga MASKULIN sempat menemubual Remy Razali, seorang juara barista Malaysia yang juga merupakan Penolong Pengurus Starbucks Reserve™ Berjaya Times Square.

Remy Razali atau nama sebenarnya Muhammad Rahimi Bin Mohamed Razali mula menyertai Starbucks Malaysia pada tahun 2015 sebagai seorang pekerja sambilan. Idea untuk kerja secara sambilan itu muncul kerana ingin menampung yuran pengajian dan kos sara diri sepanjang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di UiTM Shah Alam.

Mula Kerja Sambilan, Jejaka Ini Kini Bergelar Juara Barista Starbucks & Bakal Wakili Negara
Penerangan tentang kopi dari seorang barista yang cukup passionate begitu menarik perhatian MASKULIN.

“Selepas beberapa ketika bekerja sambilan di Starbucks, saya mula berjinak-jinak mengenali kopi dengan lebih mendalam. Dari kerja sambilan minat saya terhadap bidang ini semakin bertambah dan mula serius untuk meningkatkan skil ke tahap lebih tinggi.

IKLAN

“Pada mulanya saya belajar asal-usul setiap jenis kopi, cara ia diproses dan bagaimana biji kopi dipanggang. Minat itulah yang membawa saya untuk mengambil certification yang ditawarkan oleh Starbucks untuk menjadi seorang coffee master,” jelasnya yang tidak lokek berkongsi pengetahuan tentang kopi kepada MASKULIN.

Mula Kerja Sambilan, Jejaka Ini Kini Bergelar Juara Barista Starbucks & Bakal Wakili Negara

BACA: Turun 10kg Dalam Sebulan Lelaki Ini Kongsi Cara Diet Eat Clean Yang Berkesan

IKLAN

Kemuncak kariernya sebagai seorang barista kopi tercatat dalam sejarah hidupnya selepas berjaya menjadi Juara 2018 Starbucks Barista Championship. Selepas selama 4 tahun bergelar sebagai barista sambilan, Remy Razali kini bakal membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Walapun mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza dengan kariernya sekarang ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjaya dalam bidang ini. Baginya, segala apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, minat dan jujur dengan diri sendiri.

Pada tahun hadapan dia bakal berentap dengan juara-juara barista seluruh Asia Pasifik di pertandingan CAP Regional Barista Championship. Dengan sokongan luar biasa dari team Starbucks Malaysia, Remy berikrar untuk memberikan persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.

IKLAN

Bagainya, budaya kopi di Maaysia kini semakin berkembang dan popular. Jelasnya, peminat kopi kini sudah mempunyai banyak pengetahuan dab bijak untuk melakukan eksplorasi kopi terutama dalam proses brewing dan asal-usul kopi.

Mula Kerja Sambilan, Jejaka Ini Kini Bergelar Juara Barista Starbucks & Bakal Wakili Negara

Bila ditanya tentang tip bagaimana untuk menjadi seorang barista berjaya, Remy dengan spontan menyatakan bahawa coffee is fun.

“Bagi saya kopi ini fun dan satu discovery yang sangat menarik. Orang muda tak perlu segan dan malu untuk mencari ilmu jika betul-betul berminat dalam bidang ini. Setiap orang boleh berjaya dalam mana-mana bidang dengan adanya usaha dan ilmu. Starbucks satu tempat di mana seseorang boleh bina kerjaya sebagai barista dengan berjaya”.

Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Remy Razali. Semoga kisahnya menjadi seorang barista terbaik di Malaysia mampu menjadi inspirasi buat anda yang berminat menyertai bidang ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI