Masalah nafas mulut berbau atau bahasa saintifiknya halitosis adalah sejenis komplikasi yang sering berlaku pada setiap manusia.

Tapi kalau korang kategori lelaki mulut berbau, cepat-cepatlah atasi masalah ini. Selain boleh buat korang hilang member, masalah mulut berbau ini juga boleh buat korang hilang keyakinan diri.

Mulut Berbau Buat Orang Sekeliling Rasa ‘Turn Off’, 10 Cara Mudah Atasi Halitosis!

PUNCA NAFAS BERBAU

BAKTERIA

IKLAN

Punca utama nafas berbau adalah daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang terselit di celah gigi, lalu merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur yang menyebabkan bau kurang menyenangkan.

Kebanyakan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Maka sebab itulah bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan antaranya ialah celah gigi, poket gusi di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang yang melekat di poket gusi serta di celah rekahan pada lidah. Kawasan terlindung ini juga sukar untuk mendapatkan bekalan oksigen.

Apabila anda mendapat selesema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau tonsil seterusnya melekat di situ. Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

IKLAN

Jika anda mengalami masalah gusi dan tulang gigi yang kronik ia juga boleh menyebabkan nafas berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan sukar dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga sememangnya tempat bagi bakteria anaerob membiak.

KURANG PENGHASILAN AIR LIUR DAN MULUT KERING

IKLAN

Air liur adalah bahan pembilas mulut semula jadi. Ia membilas mulut sepanjang masa. Secara tidak langsung ia membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Ketika tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau nafas yang kurang enak setelah bangun dari tidur.

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, sukar untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Mulut Berbau Buat Orang Sekeliling Rasa ‘Turn Off’, 10 Cara Mudah Atasi Halitosis!
Angelina Jolie dikatakan enggan mengucup Johnny Depp kerana masalah nafas berbau

APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?

  • Membersihkan gigi setiap hari (ambil masa memberus paling kurang dua atau tiga minit). Pastikan anda memberus dan menggunakan benang flos dengan betul kerana ia akan membuang bakteria dan lebihan makanan. Bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan nafas berbau.
  • Memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan kira-kira 70 peratus sahaja, selebihnya masih kotor.
  • Membersihkan lidah setiap hari. Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan lidah dan belakang lidah!
  • Bersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah. Kini banyak berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
  • Gunakan berus gigi yang lembut. Berus perlahan-lahan, gerakkan berus dari belakang lidah ke hadapan berulang kali sehingga bersih.
  • Amalkan minum air kira-kira dua liter sehari. Meneguk air dengan kerap membuatkan mulut anda sentiasa dibasahi air. Jika anda mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang kerap bercakap, cara ini paling bagus untuk diikuti.
  • Minum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas sisa makanan pada gigi dan melembapkan mulut.
  • Elak menggunakan pencuci mulut beralkohol. Menggunakan ubat kumur beralkohol boleh menyebabkan kekeringan mulut. Jadi pastikan ubat kumur anda bebas alkohol.
  • Mengunyah gula-gula getah tanpa gula. Guna cara ini jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan tengah hari atau selepas makan makanan kudapan. Sisa makanan dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang sekali gus menyegarkan nafas.
  • Bertemulah doktor gigi untuk rutin pemeriksaan paling kurang setahun sekali bagi mengelakkan masalah gigi dan gusi yang menyebabkan nafas berbau. Doktor dapat mengesan sejak awal jika anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum menjadi teruk.
  • Amalkan petua tradisi

    Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang membantu menghilangkan masalah mulut berbau. Caranya, kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Buang hampasnya dan telan airnya. Amalan menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria yang menjadi punca nafas berbau sebanyak 50 peratus berbanding orang yang tidak menghisapnya.

    Cara lain, korang boleh minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Semoga bermanfaat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI