Buat penggemar program auto dan kereta terutamanya pasti tak mahu melepaskan untuk neonton musim baru ‘Fifth Gear’.
Mula diperkenalkan pada tahun 2002, program yabg menampilkan review pelbagai jenis kereta serta cabaran unik menggunakan kereta lama dan baru menjadikan ‘Fifth Gear’ sebagai sebuah program auto bertahan sehingga kini. Dengan 27 musim dans ebanyak 255 episod ia masih menjadi pilihan penggemar auto sebagai sebuah program penuh dengan teknologi berinovasi dan terkini.
Musim terbaru ‘Fith Gear’ akan ditayagkan bermula pada 23 April pada jam 9 malam hanya di saluran KIX HD (Astro Saluran 729).
Barisan hos ‘Fifth Gear’ yang mempunyai kepakaran dalam bidang auto tampil dengan kreativiti tersendiri.
Antara tarikan utama program ini ialah dia dihoskan oleh 4 orang yang berpengalaman luas dalam dunia permotoran. Mereka ialah Jason Plato, juara dua kali British Touring Car; Tiff Needell, bekas pelumba Le Mans; Vicki Butler-Henderson, pelatih pelumba dan Jonny Smith, jurnalis suka permotoran yang memiliki koleksi sebanyak 130 buah kereta.
Jadi apa yang boleh kita jangkakan pada musim terbaru ini?
Ads
FACE OFF ANTARA KERETA
Sebagai contoh pada episod pertamanya, Jason dan Tiff memandu kereta Mercedes AMG C63 S dan Alfa Romeo Giula Quadrifoglio untuk menguji kereta manakah yang paling hebat. Selain itu mereka turut menguji beberapa kereta hebat yang lain seperti Honda Civic Type-R, Seat Leon Cupra-R, Renault Megane RS, Audi S3, Alfa Stevio dan Jaguar F-Pace.
PANDU UJI DAN REVIEW
Ads
Ujian secara menyeluruh terhadap kereta-kereta terbaru juga dilakukan dengan kereta dalam pelbagai kategori seperti mewah, super car dan juga kereta sedan biasa. Antara kereta yang bakal muncul diuji ialah VW Polo GTi, Mini Cooper S, BMW M2 dan Porshe 718 Cayman. Menariknya ia turut menampilkan pemandu jemputan ialah pemandu F1, Karun Chandhok.
4WD MAYHEM
Buat penggemar kenderaan pacuan 4 roda dan off road, inilah segmen yang pasti menarik perhatian anda. Jonny dan Vicki akan menguji kenderaan 4×4 dengan pelbagai cabaran kreatif dan tak masuk akal!
Ads
MAKEOVER
Segmen menampilkan ubah suai ekstrem dilakukan ke atas kereta yang dianggap biasa dan ditukar menjadi sebuah ‘monster’! Sebagai contoh sebuah kereta VW Beetle dimasukkan enji berkuasa dari Golf GTi, lalu menghasilkan sebuah Beetle yang sangat laju.
KENDERAAN MASA HADAPAN
Trend kenderaan mesra alam atau ‘hijau’ semakin popular di kalangan pengguna yang mengambil berat akan pencemaran udara. Menerusi segmen ini ‘Fifth Gear’ membawa penonton mengikuti perkembangan teknologi terkini daripada pelbagai pengeluar kereta yang memajukankannya untuk masa hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ha ini lah masanya kita borong ‘Raja Buah’ ini habis-habisan. Masalahnya, bau menyengat durian ni boleh melekat di dalam kereta sehingga beberapa hari lamanya dan ada masa boleh membuatkan orang sampai pening.
Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak bau durian yang ‘mengaum’ ni.
1. BUNGKUSAN SERBUK KOPI
Bungkus serbuk kopi dalam kain dan letakkan di dalam kereta. Aroma dari kopi itu akan menyerap segala bau durian yang ada dalam kereta anda. Biji kopi itu biasa digunakan oleh penjual minyak wangi bagi meneutralkan bau hidung.
2. TANGKAI DURIAN
Durian yang dibeli mesti bertangkai, tangkai itu jangan dibuang malah patahkan tangkai tersebut dan belah hujung tangkai tersebut kemudian letakkan tangkai itu pada ruangan aircond kereta.
3. ROTI PUTIH
Korang boleh ambil beberapa keping roti putih tidak kira jenama dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari. Roti juga boleh menyerap pelbagai bau dan roti tersebut akan mengeras. Jangan pula roti itu anda guna buat roti bakar.
4. GUNA ARANG
Kalau tiada roti tetapi ada arang, anda juga boleh menggunakannya dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa hari. Bau itu akan diserap oleh arang.
5. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat bukan saja digunakan untuk membuat kek, ianya boleh digunakan sebagai penyah bau. Letak serbuk soda bikarbonat di dalam bekas terbuka dan tinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam dalam kereta. Ianya boleh juga ditabur tetapi perlu dibersihkan.
6. BUAH NANAS
Selain itu, buah nanas juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau. Anda hanya perlu potong separuh buah nanas itu dan letakkan di dalam kereta anda. Walaubagaimanapun cara itu pasti membuatkan anda berfikir dahulu.
7. DAUN PANDAN
Jika anda ingin menggunakan daun yang anda tanam sendiri di rumah, anda boleh menggunakan daun pandan yang boleh didapati di merata tempat. Anda hanya perlu letakkan daun pandan di dalam kerta dan bau itu akan hilang kerana aroma daun pandan itu sendiri.
8. GUNA CUKA
Hanya letakkan cuka di dalam but kereta. Cuka yang berasid ini boleh menghilangkan bau durian yang melekat dalam kenderaan anda. Selain itu cuka juga dapat menghalang kucing membuang najis di kawasan rumah.9. BUNGKUS BUAH DURIAN TERLEBIH DAHULU
Cara yang senang juga adalah dengan hanya membungkus durian itu dahulu sebelum meletak dalam kenderaan. Anda boleh membungkusnya dengan beberapa lapisan bag plastik dan ikat dengan kemas.
10. BUKA TINGKAP
Perkara yang paling penting ialah anda perlu membuka tingkap kereta dan jangan buka aircond supaya bau itu tidak terperangkap dalam kereta anda. Ketika parking jangan tutup penuh tingkap dan biarkan sedikit terbuka bagi bau itu keluar dan udara segar masuk ke dalam kereta.Selamat mencuba…hehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)