Buat peminat kereta khususnya perkara paling ‘basic’ mereka boleh tukar penampilan kereta mereka ialah dengan menggunakan sport rim mengikut trend terkini. Menukar sport rim ini seumpama kitalah yang menukar kasut untuk tampil lebih bergaya.
Akan tetapi harus kita ingat dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen sekali pun ia perlu selari dengan beberapa faktor atau pertimbangan melibatkan kesesuaian dan paling penting keselamatan.
Ini kerana jika anda tersilap pasang atau pulih ia boleh menyebabkan bencana kemudian hari. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
Ads
SAIZ LUBANG RIM DAN PCD
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
KENAL PASTI ET ATAU OFF SET RIM
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
Ads
SAIZ & WARNA SESUAI
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini memperkenalkan rekaan baharu untuk lesen memandu Malaysia yang tampil dengan rupa lebih segar dan moden.
Lesen baharu ini direka dengan lebih kemas dan profesional, menampilkan elemen-elemen bercirikan identiti nasional.
Rekaan baharu ini menggunakan gambar latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, selain motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan. Di belakang pula, ia menggunakan grafik Istana Negara bersama motif abstrak flora.
JPJ turut memaklumkan bahawa lesen baharu ini hadir dengan ciri keselamatan lebih tinggi, bertujuan mengurangkan risiko pemalsuan dokumen dan memastikan keaslian setiap lesen yang dikeluarkan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, lesen fizikal diperlukan kerana tidak semua negara mengiktiraf lesen digital yang memerlukan pemohon membawa LMM fizikal dan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) ketika ke luar negara.
LMM baharu direka dengan ciri keselamatan bagi mengelak pemalsuan dan mempunyai ketahanan untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun. Walaubagaimanapun, versi fizikal untuk lesen memandu ini hanya terhad kepada mereka yang akan ke luar negara, dan bukan warganegara sahaja.
Sebaliknya, pengguna akan diberikan versi digital. Peralihan ke versi baharu juga dijangka akan dilakukan secara berperingkat mengikut cawangan JPJ seluruh negara.
Jenama kereta premium terkenal, BMW mengesahkan harga BMW 330Li M Sport yang sulung sejak dipertontonkan secara rasmi pada 9 April 2021 lalu. Dimensi ketangkasan baharu menerusi varian ‘long wheelbase’ pertama mereka ini bakal ‘mengaum’ di jalan raya Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, “Kami berbesar hati untuk membuka tempahan bagi ahli terbaharu dalam portfolio kenderaan premium kami yang dipasang di dalam negara: BMW 330Li M Sport yang sulung.
“Ekoran kejayaan yang dicatat di peringkat global dalam enam bulan yang pertama bagi tahun 2021, kami yakin model BMW 3 Series ‘long wheelbase’ yang pertama dan dipasang secara domestik ini bakal mengukir senyuman pada wajah para pelanggan dan peminat di Malaysia setelah mereka mengamati erti ketangkasan dalam sebuah dimensi yang baharu.”
BMW 330Li M Sport turut lengkap dan hadir bersama aplikasi My BMW App baharu untuk membekalkan interaksi digital yang kaya. Praktikaliti jentera ini yang disumbang oleh aspek ruang dan keselesaan bertaraf tinggi, tubuh BMW 330Li M Sport baharu yang memanjang juga menyerlahkan reka bentuk elegannya yang dapat dilihat dari hadapan hingga ke belakang.
Gril ‘kidney’ BMW 330Li M Sport yang sulung menyerlahkan bahasa reka bentuk yang bersofistikasi lagi sporty, hadir dengan topang berwarna hitam yang dibingkaikan dengan krom. Gril ini didampingi oleh Lampu Hadapan LED Adaptif serba canggih yang boleh dilaras secara automatik mengikut pelbagai kondisi jalan.
Dari sisi, panjang keseluruhan jentera ini yang dipertingkatkan hadir dengan ukuran 4,819 mm (+110 mm), manakala jarak sumbu rodanya yang dipertingkatkan mencecah 2,961mm (+110 mm) – ia membezakan BMW 330Li M Sport daripada BMW 330i M Sport secara visual, tambahan lagi, ketinggian jentera ini juga dipertingkatkan dengan ukuran 1,441mm (+6mm).
Sifat elegannya juga diperkayakan dengan rekaan siluet serba dinamik yang baharu, dibingkaikan dengan BMW Individual High-Gloss Shadow Line, serta membawakan sentuhan umpama coupé pada garis bumbungnya.
Jentera ini dikuasakan enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 258 kuasa kuda pada paras 5,000 – 6,500 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Steptronic Sport.
Pecutan dari kelajuan 0-100 km/j dapat dibuat oleh jentera ini hanya dalam masa 6.2 saat, dan kelajuan tertingginya mencecah 250 km/j. Di samping itu, BMW 330Li M Sport merekodkan penggunaan bahan api sebanyak 6.4 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 km, manakala emisi karbonnya berkadar 147 g/km.
Manakala dari sudut ruang dalaman pula tumpuan pastinya terarah kepada ambien serba moden serta reka bentuk yang mewah dengan kemasan trim dalam Aluminium Tetragon berserta dengan kemasan trim bersorotan dalam Pearl Chrome.
Dimensi baharu menyaksikan ruang kepala yang berukuran 4 mm lebih tinggi berbanding BMW 330i M Sport, serta penambahan sebanyak 42 mm bagi ruang kaki disediakan untuk penumpang di belakang – keluasan yang benar-benar menyelesakan dan mewah. Ruang but jentera ini berkapasiti 480 liter, dinaik taraf dengan pakej kompartmen muatan.
Dalam kokpit, pemandu disambut oleh stereng kulit M serta pedal M-specific. Taraf kemudahan juga dipertingkatkan dengan fungsi anti silau automatik yang melengkapi cermin interior dan eksterior, termasuk pelarasan kerusi elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu.
Turut menjadi tumpuan di dalam ruang interior BMW 330Li M Sport ialah hamparan lantai velor, lampu ambien dengan 11 gubahan pencahayaan, penyaman udara automatik dengan tiga zon, dan sistem pembesar suara HiFi untuk membekalkan hiburan ketika memandu. Sistem Comfort Access yang juga ditawarkan sebagai standard menyediakan kemudahan tambahan bagi pemilik jentera BMW 330Li M Sport ini.
Sistem maklumat hibur, navigasi, dan paparan pemandu dalam BMW 330Li M Sport yang sulung hadir dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, berserta BMW Navigation System Professional dengan paparan sentuh 10.25”. Panel instrumen bermaterialkan Sensatec dan Galvanic Embellishers bagi komponen kawalan memberi sentuhan tambahan kepada ambien ruang interior yang serba eksklusif, maka ciri kefungsian dan kemewahan dapat disinambungkan.
Untuk memperkayakan lagi ciri-ciri kemudahan dan bantuan, BMW 330Li M Sport yang sulung membawakan Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan, Bantuan Parkir dengan cermin pandang belakang, serta sistem Keselamatan Pejalan Kaki Aktif BMW (BMW Active Pedestrian Safety).
Bantuan Memandu juga hadir sebagai standard dan merangkumi fungsi-fungsi seperti amaran pengeluaran laluan, amaran penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan, amaran rentas trafik serta pencegahan perlanggaran belakang. Fungsi Panggilan Kecemasan Pintar pula dapat dimanfaatkan untuk memperoleh bantuan pada bila-bila masa.
Pemilik kini dapat menikmati interaksi digital dengan BMW 330Li M Sport yang bertaraf lebih tinggi melalui aplikasi My BMW App yang baharu, ia menawarkan akses mudah ke atas pelbagai perkhidmatan berjarak jauh, navigasi, dan fungsi e-mobiliti. Aplikasi ini akan menggantikan BMW Connected menjelang Julai 2021, dan kini boleh untuk dimuat turun di telefon pintar Android dan iOS.
BMW 330Li M Sport yang sulung ditawarkan dalam dua warna – Mineral White dan Carbon Black. Upholsteri Leather Vernasca dalam warna Mocha dengan sulaman hitam menyempurnakan kedua-dua warna eksterior yang ditawarkan.
BMW 330Li M Sport yang sulung disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara mulai 16 Julai 2021. Bagaimanapun, sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang terkini, rangkaian pusat wakil pengedar akan ditutup dan para pelanggan digalakkan untuk membuat kunjungan dalam talian bagi melihat BMW 330Li M Sport yang sulung melalui platform BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/. Para pelanggan juga boleh menghubungi wakil pengedar pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengeluar automotif China kini cuba menembusi pasaran luar. Setelah BMW Motorrad memperkenalkan model G310R, nampaknya model berkenaan bakal mempunyai pesaing baru iaitu Haojiang S310.
Motosikal yang menggunakan jenama Zontes itu bakal menempusi pasaran Eropah dalam masa terdekat ini menerusi model Zontes S310.
Buat masa ini, tiada maklumat terperinci dikeluarkan dan difahamkan spesifikasi lengkap hanya akan didedahkan pada pameran CIMAMotor di China.
Zonte S310 dijana oleh enjin 312cc satu silinder penyejukan air yang mampu menghasilkan kuasa 35hp. Difahamkan model berkenaan lebih berkuasa berbanding G310R walaupun memiliki jana kuasa yang sama.
Bagi mendapat keluluasan memasuki pasaran Eropah, produk dari China itu perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan senarai peralatan yang perlu dipatuhi boleh dikatakan cukup banyak.
Antaranya Zontes S310 dilengkapi dengan sistem ABS Bosch dan mematuhi emisi Euro4. Melalui imej berkenaan, model tersebut tampil dengan fairing lebih besar di bahagian depan. Ini menyerlahkan penampilan yang gagah.
Buat pengetahuan anda, model berkenaan pernah muncul dalam bentup prototaip sebelum ini.
Zontes S310 akan diperkenalkan oleh pengimport asal Perancis, dan pengeluar tersebut telah mendaftarkan ia di bawah senarai produk 2018.
Harga jualan model itu dikhabarkan sekitar €4,590 (RM23, 020) seunit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sekadar hiburan kosong, siri premium Astro Originals 'Good Boys Go To Heaven' benar-benar meninggalkan impak sosial yang mendalam dan terus hidup dalam ingatan penonton.